“Sepanjang Pantang Tak Pernah Rasa Bosan,” – Elfira Loy Tak Jemu Rakam Foto Anak

Share

Kehadiran permata sulung, Muhamad Rayyan Khalaf menjadi penyeri dalam kehidupan pelakon Elfira Loy selepas mendirikan rumah tangga bersama Faris Khairol Anuar.

Bergelar ibu pada usia 25 tahun, Elfira semakin matang dalam menguruskan hal rumah tangga termasuk gaya hidup membesarkan Rayyan.

“Sepanjang pantang tak pernah rasa bosan sebab hari-hari nak bangun nak pakaikan baju baru untuk dia & nak tangkap gambar.

“Biasalah anak pertama kan , i think Rayyan has 44 ++++ newborn outfit .

“Walaupun he is 3.68kg dia still boleh pakai newborn size bukan yang up to one month tu.

“Lama jugak dia pakai sampai habis pantang. for me lamalah hahahahah. anyways its really up to you , xoxo,” tulisnya.

Menerusi foto yang disunting Elfira, memaparkan perkembangan Rayyan pada awal kelahiran hingga memasuki tiga bulan.

 

Terdahulu, Elfira dan Faris diijabkabulkan  pada 1 Januari 2019 dalam sebuah majlis tertutup.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak sulung, Muhamad Rayyan Khalaf pada 1 Oktober 2019 yang di lahirkan di Andorra Women & Children Hospital di Seri Kembangan.

Foto: Instagram Muhamad Rayyan Khalaf

Published by
MH