Tular isu minyak sapuan yang didakwa mampu menurunkan berat badan dengan hanya oles di permukaan kulit, jelas Dr Amalina Bakri, sepanjang pengetahuannya dalam bidang perubatan, tiada sebarang bukti saintifik menunjukkan minyak essential mampu membuatkan seseorang itu kurus.

Bebenang khas yang dikongsi di laman Twitter menyambut persoalan beberapa netizen yang keliru dengan produk berkenaan dan meminta penjelasannya dengan lebih lanjut.

Saya tidak menyebut sebarang produk. Ini adalah bebenang untuk berbincang mengenai minyak essential dan berat badan daripada sudut saintifik.

Ads

Sepanjang pengetahuan saya, tiada bukti menunjukkan aplikasi sapuan minyak essential secara terus ke kulit akan menyebabkan kehilangan berat badan.”

Minyak essential mungkin mempunyai fungsi untuk pengurusan menurunkan berat badan (efek tidak langsung) namun buktinya sangat lemah dan terhad. Kajian dibuat selalunya kepada vitro atau haiwan, bukan ke atas manusia.”

Ads

Jangan marahkan saya, sebagai doktor dan saintis, saya hanya menyatakan hasil kajian. Kita boleh mengadakan diskusi berilmiah di bahagian komen,” maklumnya.

Ads

Lalu, perkongsian yang dibuat doktor pakar pelatih surgical terbaik United Kingdom ini mendapat reaksi pelbagai pihak di ruangan komen.

“Sepanjang Pengetahuan, Tiada Bukti Menunjukkan Aplikasi Sapuan Minyak Essential Secara Terus Ke Kulit Menyebabkan Kehilangan Berat Badan,” – Dr Amalina Bakri “Sepanjang Pengetahuan, Tiada Bukti Menunjukkan Aplikasi Sapuan Minyak Essential Secara Terus Ke Kulit Menyebabkan Kehilangan Berat Badan,” – Dr Amalina Bakri

Foto : Twitter Dr Amalina

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI