Pelakon Datin Intan Najuwa tampil memberikan pandangan berhubung dakwaan wujudnya budaya buli di kalangan pelakon senior terhadap pendatang baharu di set penggambaran.
Intan berkata, sepanjang terlibat dalam lakonan, dia belum berdepan dengan situasi tersebut meski sering bergandingan dengan pelakon yang lebih berbakat berpengalaman berbanding dirinya.
Malah jelasnya, jika ada teguran diberikan, ia dilihat sebagai cara untuk meningkatkan lagi kualiti lakonan.
“Sepanjang saya berlakon, tak ada pun budaya buli membuli dekat set. Most of the time, i’m acting with people who are more experienced than me, and they’re super talented.
“But nobody ever bullies me, and if they give me advice, i don’t see it as bullying at all.
“Bila senior dekat set advice dan tegur, itu untuk improve lagi dari segi kerja, bukan buli. Kalau kena tegur sikit tu pun dah dianggap buli, tak payah kerjalah kot,” jelasnya.
Luahan tersebut dikongsikan pelakon drama bersiri, Racun Rihanna ini menerusi status terkini yang dikongsikan di Insta Stories yang berlatarbelakangkan sedutan temu bual isu berkaitan.
Intan pada masa sama meminta supaya fahamkan terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan buli selain memberikan pendapatnya berhubung situasi apabila melontarkan skrip di dalam sesebuah babak.
“Kena fahamkan apa maksud buli. Bukan kena advices dan tegur sikit then claim kena buli.
“And also, he said ‘bila rehearsal lain, bila dah take tukar dialog lain, so budak baru tak boleh jawab’.
Hey, acting isn’t just about memorizing lines.“It’s really about getting the scene, getting who you’re supposed to be. So, when your sparing throws you something unexpected lines, you can bounce back right away.
“If you’re just stuck on remembering the script, that’s why you get tripped up. It’s all about interacting in a way that feels real. That’s why new actors gotta really learn how to get in character and not just take it easy.
“I wouldn’t say i’m the best actress out there. But before you get into this, just make sure you know what you’re getting into.
“Acting isn’t just about the fame. You’ve gotta know your stuff and always be working on getting better and don’t go blaming others.
“Haih tolong la sebelum jawab soalan, fikir dulu. Jawab dengan matang dan proper sikit.
Kalau rasa tak boleh jawab, tak payah keluarkan statement apa-apa. Malulah jawab like this,” katanya lagi.Terdahulu, timbul isu mengenai dakwaan wujudnya budaya buli dalam kalangan pelakon dan warga kerjaya produksi di antara pelakon senior dan pendatang baharu.
Dakwaan tersebut menerima reaksi yang pelbagai termasuk di kalangan rakan pelakon dan warganet.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini