
Penyanyi Datin Alyah mendedahkan dia dan suami yang juga maestro muzik, Datuk Ramli MS sepatutnya menuju ke Singapura bagi menyambut 1 Syawal di sana.
Bagaimanapun, impian untuk beraya di tanah kelahiran suami tidak kesampaian pada Isnin apabila mengalami masalah urusan passport.
Perkara tersebut dikongsikan penyanyi Thank You Allah ini menerusi Insta Stories.
“Sepatutnya balik Singapura. Tapi kami ada masalah passport. Jadi kita beraya ala huru-hara di Gelang Patah (tempat kelahiran Alyah) je,” tulisnya.
Menerusi perkongsian video dan hantaran di Instagram, keduanya sedondon mengenakan persalinan baju rona biru.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
https://youtu.be/m68NrpTpSgA
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Semua Isu, Saya Dengar Sendiri Daripada Mereka,” – Datuk Seri Eizlan Yusof

Tidak seperti calon-calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lain yang lebih gemar menyantuni masyarakat dengan kempen ceramah dan syarahan, pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof, 51, pula mengambil pendekatan sendiri yang disifatkan lebih ‘old school’.
Eizlan yang merupakan calon Parti GTA (Pejuang) bagi kerusi Parlimen Sabak Bernam menggunakan cara lebih mesra dan santai iaitu ‘lepak minum’ bagi mendengar sendiri permasalahan serta penambahbaikan yang diperlukan penduduk di situ.
“Sejak nama saya dicalonkan untuk bertanding di Parlimen Sabak Bernam, perkara pertama yang saya mahu lakukan adalah mengenali hati budi dan mendengar sendiri luahan masyarakat di sini.
“Tambahan pula saya tidak mahu menyusahkan masyarakat terutama pihak berkuasa tempatan yang saya faham bertungkus lumus memastikan proses berkempen sempena PRU15 di sini berjalan lancar.
“Saya akui, saya tak banyak masa untuk berkempen secara besar-besaran seperti mana calon-calon lain yang bertanding tapi saya ada pendekatan saya sendiri,” katanya.
Menurut Eizlan, pendekatan yang dilakukan sejak hampir seminggu berkampung di Sabak Bernam, mendedahkannya dengan isu dan permasalahan yang tidak pernah diketahui sebelum ini.
Antaranya isu jambatan menghubungkan Sungai Air Tawar dan Hutan Melintang, isu rangkaian internet, hasil pertanian serta isu anak muda.
“Semua isu itu saya dengar sendiri daripada mereka. Seolah-olah saya sudah bergelar YB Sabak Bernam.
“Saya orang yang bekerja, bukan ahli politik. Jika menang di sini, saya mahu bawa semua isu dan permasalahan diluahkan masyarakat Sabak Bernam ke peringkat Parlimen,” katanya lagi.
Eizlan bakal bertanding empat penjuru menentang calon PN, Kalam Sahlan, calon Pakatan Harapan (PH), Shamsul Ma’arif Ismail dan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Abd Rahman Bakri dalam PRU15 yang diadakan pada 19 November ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Suami Bukanlah Suka Mahukan Perhatian,” – Jarang Kongsi Foto Suami, Adriana Adnan Jelaskan Kekeliruan

Gara-gara jarang berkongsi gambar bersama suaminya di media sosial, rumah tangga pelakon dan hos, Adriana Adnan dikatakan bermasalah oleh peminat.
Menjawab persoalan tersebut, Adriana, 27, berkata dia lebih senang berkongsi tentang kisah kerjayanya berbanding perihal peribadi di mana-mana akaun laman sosialnya.
“Sosial media saya dan suami lebih kepada kisah kerjaya dan rakan-rakan kami. Suami saya pun bukanlah seorang yang suka bergambar atau mahukan perhatian.
“Dia pun jarang berkongsi tentang saya di media sosialnya. Kami lebih selesa begitu.
“Lebih baik tidak berkongsi kisah peribadi supaya peminat lebih fokus kepada kerjaya saya,” katanya kepada Media Hiburan.
Adriana ditemui pada majlis sidang media drama terbaharu lakonannya, Seribu Nina yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur pada Selasa.
Hos program hiburan HLive! itu mendirikan rumah tangga dengan seorang pengurus akaun, Harez Hazim Hazrin pada 30 Ogos 2019.
Memasuki tahun ketiga perkahwinan, Adriana mengakui dia tidak tertekan walaupun sering diasak saudara mara mengenai cahaya mata.
“Sejak awal kami berkahwin, saya dan suami memang tidak buat perancangan. Jika dikurniakan rezeki kami terima.
“Saya sentiasa berdoa agar dikurniakan cahaya mata pada waktu yang sesuai sebab sekarang kami berdua sibuk fokus dengan kerjaya.
“Kalau ada anak takut tidak dapat beri perhatian sepenuhnya,” katanya lagi.
Bercakap mengenai drama terbaharunya, Seribu Nina, Adriana berkata dia puas dapat melakonkan lapan karakter berbeza dalam satu drama.
Selain ingin menguji diri, Adriana juga mahu bakatnya dapat diterima peminat drama tempatan.
“Selama ini orang mungkin nampak saya sebagai pengacara sahaja. Drama Seribu Nina ini boleh diibaratkan saya seperti ‘balas dendam’ selepas beberapa tahun tidak muncul dengan naskhah lakonan baharu.
“Saya harap peminat dan penerbit lain di luar sana boleh melihat bakat saya,” katanya.
Selain Adriana, drama arahan Umi Salwana Omar itu turut dibintangi Syafiq Kyle, Marsha Milan dan Nadia Aqilah.
Ia bakal menghiasi slot drama Viu bermula 19 Mei ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Adriana Adnan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Korang Kecam Macam Tak Sedar Cik B Umur 15,” – Babak Atas Pelamin Dikatakan Tak Sesuai Kerana Bawah Umur, Dengar Respon Tuan Badan

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai beberapa keping foto yang memaparkan anak kepada usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B sedang bersanding di atas pelamin yang juga merupakan salah satu babak menerusi drama, Lelaki Lingkungan Cinta.
Entri tersebut ternyata menerima reaksi pelagai dan bercampur baur dari kalangan netizen.
Malah, ada diantara mereka yang menyifatkan babak tersebut tidak sepatutnya berlaku memandangkan Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen masih lagi di bawah umur.
Menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik di ruangan Twitter, Cik B memaklumkan sekiranya mereka sedar akan bilangan umurnya, mengapa masih ada diantara mereka yang mengkritiknya seolah-olah dia seorang gadis dewasa.
“Ye Cik B 15 tahun underage. Lepastu yang korang kecam Cik B macam korang tak sedar Cik B umur 15 Tahun boleh pula? Fikir balik.
“Hi netizen pernah tak terfikir dekat diri sendiri “Orang tak tahu apa yang Aku hadapi”. Macam tulah semua orang. Bukan you sorang je ok? Aight be nice and stay safe!
“Cik B tak marah atau terasa cuma Cik B tak faham,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut menasihati Cik B supaya tidak mempedulikan komen tersebut.
Sumber: Twitter Cik B
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI