Mengabadikan momen sepanjang tahun 2019, bekas isteri Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan iaitu Ain Afini berkongsi hasratnya yang tergendala tahun ini.
Katanya, cita-cita untuk menunaikan umrah di Tanah Suci terbantut kerana ketika itu sedang sarat hamil anak sulung pada bulan Jun lalu.
“Semalam ain baca balik ‘ achievement goals ‘ yang dah tercapai dengan belum tahun 2019.
“Salah satu nya nak pi umrah sepatutnya bulan 6 haritu tapi takpi sebab dah sarat.
“Korang tolong doakan semoga tahun 2020 ni ada rezeki ain dengan anak dapat jejakkan kaki ke rumahNya insyaAllah . Dan semoga korang pun dapat jejakkan kaki ke sana,”tulisnya.
Menerusi ruangan komen,rata-rata mendoakan agar ibu kepada seorang anak itu dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci seperti yang diimpikan.
Foto: Instagram Ain Afini