Pelakon, Anzalna Nasir telah meraikan ulang tahun kelahiran ibu tercinta lewat petang Rabu.
Perkara itu dikongsikan pelakon drama Memori Cinta Suraya di Instagram miliknya.
“Adakah dia seorang yang gorgeous? Happy birthday mama!
“Meraikan majlis hari jadi mama di rumah. Sepatutnya, kami mahu membawa mama ke tempat istimewa seperti tahun-tahun sebelumnya, tetapi diluar sana terlalu berisiko untuk membawa Eidrees.
“Duduk di rumah adalah pilihan terbaik buat masa ini. Sorry mama, Love you so much!,” tulisnya.
Malah, figura jelita itu mendekorasi sendiri ruang majlis kecil-kecilan itu dengan mengenakan warna-warna pastel.
Menerusi ruangan komen, peminat turut meitip ucapan hari jadi buat ibu pelakon itu.
Foto : Instagram Anzalna Nasir
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI