“Sepatutnya Ramadan Tahun Ni Jadi Romantik,”- Belum Sampai Seru Kahwin, Awi Rafael Akur Raya Pakai Tittle Single

Share

Penyanyi Awi Rafael akur dengan kehidupannya kini yang masih memegang status bujang.

Awi ketika ditemui di Hotel Royal, Kuala Lumpur pada Selasa memberiahu MH, dia bagaimanapun masih berkawan rapat dengan bekas tunangnya, pelakon Atikah Suhaime.

Pasangan berkenaan yang sepatunya berkahwin beberapa 17 Mac lalu terpaksa membatalkan niat atas sebab yang tak dapat dielakkan.

“Dia (Atikah) okay sihat alhamdulillah, keluarga dia pun okay. Kita sentiasa berfikir positif, tambah-tambah ini bulan suci Ramadan.

“Saya pun tengok dia happy dengan life dia, banyak terlibat dengan aktiviti kempen plastik dan ia sesuatu benda yang positif.

“Lagipun dia tahu saya punya matlamat untuk membantu golongan yang memerlukan dan alhamdulillah dengan sumbangan yang saya dapat, saya mahu fokus kepada arah ini (aktiviti kebajikan masyarakat),” kata Awi.

Dalam pada itu, Awi menganggap apa yang terjadi sebelum ini adalah satu ujian dari Allah buatnya untuk menjadi insan yang lebih kuat.

“Untuk Ramadan tahun ni bagi saya sepatutnya ia menjadi sesuatu yang romantik, tapi ia lebih kepada sesuatu yang sangat bermakna dan berharga.

“Kita hanya mampu merancang selebihnya Tuhan yang tentukan,” jelas Awi yang akan pulang beraya ke kampung halaman di Singapura.

Published by
Amynur Akmal