“Sepatutnya Raya Tahun Ini…,” – Bercerita Fasal Awi Rafael, Atikah Suhaime Kata Usah Buang Persahabatan

Share

Hari Raya bakal menjelang tidak lama lagi, namun bagi Atikah Suhaime, sambutan tahun ini tiada bezanya berbanding tahun sebelum ini.

Sebak tika diaju persoalan perihal persiapan rayanya, pelakon dari Singapura ini mengakui, sepatutnya pada Aidilfitri tahun ini, dia sebetulnya bergelar seorang isteri.

Sedihnya soalan. Sepatutnya ada kelainan tahun ini tapi tak ada. Jadi perayaan sama sahaja dengan tahun yang lain

,” kongsinya ringkas kepada MH.

Biarpun impian mendirikan rumah tangga musnah, namun dia terbuka soal jodoh.

Malah, kesibukan kerja juga sebenarnya turut mengubat luka di hati, sekali gus mampu melupakan apa yang terjadi sebelum ini.

Bagi saya ini adalah masa yang sangat sibuk. Jadi tak terfikir untuk merawat hati. Kalau tak sibuk, mungkin ada masa untuk sakit hati.

“Saya tetap berkawan dengan sesiapa. Kalau nak ajak saya keluar, silakan. Saya okay,” tambahnya.

Tiada dendam dan sentiasa positif, aktres jelita ini juga tidak menafikan dirinya masih berhubung dengan bekas tunang, Awi Rafael.

Kami masih kawan yang sangat baik dan masih berhubung. Lagipun saya dah berkawan tujuh tahun dengan dia.

“Saya tetap nak berkawan dan jangan pernah buang persahabatan. Kakau nak berpisah, berpisah dengan baik.

“Kita kena positif dengan kuat. Dekatkan diri dengan tuhan

,” ulasnya.

Atikah ditemui pada majlis Sidang Media & Tayangan Perdana Program Raya Astro 2019 bertempat di Hotel Majestic, Kuala Lumpur.

Dalam perkembangan lain, Atikah juga turut meluaskan sayap dalam bidang pengacaraan selepas mengambil keputusan berehat daripada dunia hiburan tidak lama dulu.

Published by
Noraini Abd Wahab