Pelakon Fasha Sandha telah menghadiri kursus kahwin untuk kali kedua awal pagi tadi.
Perkara itu dikongsikan pelakon drama Qalbu di akaun Instagrammya.
“Siapa yang pernah pergi kursus 2 kali? Sepatutnya tak payah kan… Takpelah..
“Takut lupa macam mana nak jadi isteri balik. belajaq sekali lagi.
“Ya Allah Permudahkanlah Amin,” tulis Fasha
Foto tersebut melihatkan Fasha manis berhijab berwarna biru lembut manakala tunangnya, Aidil Aziz tampil segak bersongkok.
Menjengah di Instagram Aidil pula, dia juga turut memuat naik gambar sama sejurus selesai khusus perkahwinan tersebut.
View this post on InstagramA post shared by Aidil Aziz (@itsaidilaziz) on
Lalu, netizen turut mendoakan kebahagian mereka berdua.
Foto : IG Fasha Sandha, Aidil Aziz
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bangun Je Tidur Tadi…”- Alamak! Titip Ucapan Hari Jadi Rakan, Tapi Gambar Separuh Bogel Iqram Dinzly Pula ‘Pancing’ Mata Netizen
Pelakon Iqram Dinzly telah memuat naik sekeping gambar separuh bogel di akaun Instagram miliknya beberapa jam lepas.
Bagaimanapun, foto tersebut telah mendapat reaksi pelbagai netizen gara-gara aksi swafotonya beraninya itu.
“Bangun je tidur tadi … terus teringatkan #birthday you . Happy Birthday @furqanhod yang padu lagi jitu . Semoga u bahagia selalu dengan kehidupan dimensi baru you .”
“I tak nyesal kenal you , sebab you Guru Pucuk Muda yang banyak #ilmu dan tinggi kesabaran dan keredhaan you .”
“Kirim salam kat Isteri You tu . I jealous sebab dia memiliki insan seperti you Dan you untong dapat isteri seperti itu Namun keiqlustan you tetap dijiwa i selalu . .” tulis Iqram.
Dalam pada itu, Iqram sempat menitipkan ucapan hari jadi buat pelakon Jue Aziz.
“Begitu jua buat sayangku sorang ni @jueaziz22_official yang semakin montok dan ayu sedang menjanda ni , suara serak serak basah pergh kasi adik layu jadi jitu , yang telah berlalu harijadi mu .”
“Maafkan i ya you , i ingat nak kita berdua check in dulu baru i wish kat you . huhu”
“Semoga kita sama sama kecapi kehidupan perjalanan penuh onak asmaradana ini dengan lebih suci dan menjadi sri kanda dan sri kandi berseri .Perkenankanlah Tuhan Illahi,” tulisnya.
Iqram yang pernah dilapor muflis oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) turut bersuara mengenai hal tersebut.
“Aku perlukan RM369K dengan pajak rumah aku selama 5 tahun dulu . Dalam tempoh ni , aku tetap bayar bulan bulan sebagai aku menyewa dan sekiranya aku tak mampu bayar , silalah ambik selalu .”
“Aku perlukan upfront RM99k untok settle @LHDN yang bernilai RM77 k dan balance aku nak siapkan Gua Gua aku dulu . Baru boleh aku lancarkan perang #WARPPLALU369 setiap penjuru untok jadikan #bidadarisyurganyata dalam hidup ku . . If ada DM aku , baru aku #kongsirahsiadanrasa satu persatu ! Allahu !,”akhiri Iqram.
Lalu, rata-rata netizen telah memberikan komen terhadap gambar tersebut.
Foto : Instagram Iqram Dinzly
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Nombor Syatu!’ ASGV Program Hiburan Paling Popular, Capai 6.11 Juta Tontonan
Program realiti, All Stars Gegar Vaganza (ASGV) masih lagi unggul apabila menjadi rancangan hiburan popular dengan tontonan kira-kira 6.11 juta di negara ini.
Malah, capaian baik tersebut turut boleh ditinjau menerusi keberadaan tanda pagar (hashtag) #GegarVaganza yang menggungguli tangga teratas carta trending setiap minggu menerusi Platform X (Twitter).
Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata;
“Kami melihat peningkatan dari segi tontonan All Stars Gegar Vaganza pada setiap minggu. Terutama pada minggu duet, sambutan yang diterima dalam kalangan peminat dan juga penonton sangat menggalakan.
“Selain itu, maklum balas di media sosial juga positif, menjadikan All Stars Gegar Vaganza trending setiap kali bersiaran.
“Justeru, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penonton kerana menjadikan All Stars Gegar Vaganza sebagai rancangan pilihan nombor satu rakyat Malaysia,” katanya, petik Gempak.
Minggu lalu, ASGV yang mengangkat tema duet menjadi bualan peminat dan pengguna media sosial apabila persembahan bintang bertanding dimeriahkan dengan sokongan barisan ikon muzik tanah air.
ASGV masih mengekalkan format asal penjurian yang diadili berdasarkan sistem pemarkahan 100% oleh barisan juri profesional.
Peserta yang mendapat markah terendah pada setiap minggu akan disingkirkan. Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM200,000.
Program yang telah sampai ke musim ke-10 ini dikendalikan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse, serta diserikan oleh Elly Mazlein pada minggu pertama hingga ketiga.
Bintang yang masih bertanding menerusi All Stars Gegar Vaganza termasuklah Azharina, Aliff Aziz, Siti Nordiana, Jaclyn Victor, Noryn Aziz, Naqiu, Hady Mirza, Ayai Illusi, Liza Hanim, Nikki Palikat, Tomok, Ezad Lazim dan Zamani.
ASGV berlangsung selama 12 minggu dan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 24 September, setiap Ahad, jam 9.00 malam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tiba-Tiba Penglihatan Mata Kanan Saya Jadi Gelap Dan Kabur,” – Radhi OAG Usaha Kumpul Wang Buat Pembedahan Mata
Penyanyi kumpulan OAG, Radhi kini sedang mengumpul wang bagi menampung kos rawatan pembedahan mata kanannya yang berdepan masalah penglihatan akibat katarak.
Radhi menerusi Harian Metro menjelaskan, dia mula perasan keadaan mata kanannya yang tidak dapat berfungsi dengan baik sekitar Mac lalu.
“Tiba-tiba penglihatan mata kanan saya jadi gelap dan kabur. Saya juga tidak dapat mengawal keseimbangan badan ketika berdiri dan memegang barang.
“Jadi saya dapatkan rawatan di hospital dan doktor memberitahu saya mengalami masalah katarak selain perlu menjalani pembedahan.
“Dianggarkan kos pembedahan itu sebanyak RM3,000. Jadi sekarang saya sedang usaha mengumpul wang secepat mungkin kerana bimbang masalah lain timbul,” katanya seperti yang dipetik.
Bagaimanapun, bintang ini menyifatkan apa yang berlaku adalah petunjuk daripada Allah SWT supaya dia menjadi insan yang lebih baik.
“Saya anggap penyakit ini satu hadiah daripada Allah. Mungkin Dia nak beritahu saya, kalau masih teruskan kehidupan begitu (masa lampau), masa depan saya boleh gelap.
“Doakan semoga mata kanan saya kembali normal supaya saya dapat menikmati kehidupan dengan jalan yang baik dan diredai,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Radhi bakal muncul dengan sebuah konsert dalam talian pada 30 Ogos ini.
Konsert yang dikenali sebagai Maya Konserto OAG Mods menampilkan Radhi bersama rakan-rakan seperti Baba Andy (Flop Poppy), Emri Shamreza (Blind Tribe) dan Nazrin (OAG).
Maklumat untuk tiket berharga RM30, sila layari laman web rasmi uberticket.
Sumber: Harian Metro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI