Penyanyi Fieya Julia mendedahkan antara gangguan misteri yang dialami sepanjang berada dalam saingan Big Stage 2019.

Menurut Fieya, perkara tersebut dialaminya beberapa kali hingga menyebabkan persembahannya terjejas.

“Ketika minggu pertama saingan, saya berada di belakang pentas dan ketika itu saya berseorangan. Saya ada nampak seperti ada entiti yang dalam keadaan mencangkung pandang saya.

“Tak berapa jelas sebabnya saya seorang yang rabun, kadang benda biasa pun saya rasa ia ‘benda tu’. Mungkin overthinking juga…Terus gementar jadi hilang fokus,” katanya jujur.

Malah, situasi menyeramkan turut dirasainya saat mahu pulang ke rumah sejurus selesai saingan separuh akhir Big Stage.

IKLAN

“Jujurnya, pada saingan separuh akhir pun, saya ada ternampak seperti seekor anjing Bulldog yang berada di tepi jalan. Saya ada bercerita hal sama kepada pengurus juga, tetapi dia tidak percaya.

“Ia berada di tepi jalan sewaktu pulang. Ia seakan-akan Bulldog yang tidak berbulu…berwarna coklat dan duduk mencangkung. Saya tengoknya sekilas panjang,” akui Fieya.

Ditanya mengenai apakah reaksinya apabila pendedahan terdahulu yang kononnya dia ada menerima gangguan sepanjang bersaing di program berkenaan, Fieya ada jawapan sendiri.

IKLAN

“Jujurnya sebelum ini saya juga tidak percaya akan perkara-perkara sedemikian. Apa pun, saya rasa mahu ikhtiar untuk pergi berubat, cuma belum berkesempatan.

“Ramai juga yang meminta saya untuk berbuat demikian. Ini cerita betul, saya bukan reka,” tegasnya yang turut mengakui seorang yang lemah semangat.

Pada masa sama, penyanyi yang kini muncul menerusi single terbaru, Jangan Gila turut mendedahkan peti suaranya seakan-akan dikunci ketika mahu membuat persembahan.

IKLAN

“Saya sendiri tak tahu apa puncanya. Boleh dikatakan setiap minggu saya tidak berapa sihat.

“Misalnya ketika saya mahu membuat persembahan, peti suara saya seperti ‘dikunci’. Memang tak boleh, kalau nak nyanyi rasa macam sakit,” kata Fieya yang sebolehnya tidak mahu percaya dengan hal-hal yang di luar akal.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI