Penyanyi Shiha Zikir mendedahkan dia pernah berdepan dengan situasi cemas apabila berdepan situasi panic attack (serangan panik) yang berlaku secara tiba-tiba.
Katanya, situasi tersebut membuatkan dirinya sukar untuk bernafas sekali gus membuatkan badan semakin lemah.
“Baru-baru ini, saya terjatuh dan terbaring di tandas dalam keadaansukar untuk bernafas.
“Malah, saya rasa seperti dah nak mati,” katanya kepada MH.
Shiha ditemui di sidang media selepas takat konsert Dansa Dan Sing di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA),Shah Alam pada malam Ahad.
Ads
Shiha,33, menjelaskan bahawa dia sebelum ini pernah mengalami perkara sama, namun serangan panik itu datang kembali sejak akhir-akhir ini.
“Sebelum ini saya memang mudah diserang panic attack, tetapi ia sudah lama tidak berlaku.
“Akan tetapi, serangan ini datang kembali, mungkin disebabkan banyak berfikir dan kurang berehat.
Ads
“Sekali gus menjadikan saya takut lalu air mata mengalir tanpa henti kerana sakit yang teramat. Mujur ketika itu ibu dan abang turut membantu meredakan keadaan,” jelasnya.
Meski pernah berdepan dengan situasi tersebut, namun pemilik nama penuh Nurshiha Mohd Zikir sentiasa memberikan persembahan terbaik setiap minggu.
“Apapun, saya tidak mahu hanya disebabkan sakit, saya tarik diri dari pertandingan seperti ini.
Ads
“Ini kerana, saya seorang yang bekerja keras dalam industri seni.
“Malah saya bersyukur kerana pihak produksi memilih saya menyertai pertandingan ini,” kongsinya optimis.
Dalam perkembangan lain, Shiha yang sinonim dengan lagu Pipiyama berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir dalam program Dansa Dan Sing minggu hadapan.
Selain Shiha, lima peserta lain turut layak antaranya Chubb-E, Raja Syahiran,Sophia Liana, Waris dan Wani Kayrie.
https://youtu.be/YBte4x3XyIY
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bintang skuad Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid, ada membuat permohonan maaf seterusnya cuba untuk meningkatkan prestasi lagi prestasinya dalam perlawanan bola sepak selepas ini.
Katanya seperti mana yang dikongsikan di Instagram yang dikemas kini, bintang sukan berusia 23 tahun itu turut terharu atas sokongan yang diberikan terhadapnya selama ini.
“Great win last night JDT @officialjohor. Dalam masa yang sama saya ingin mintak maaf terhadap prestasi saya dan saya akan cuba tingkatkan tahap prestasi saya, inshaallah next game saya cuba bagi lagi yang terbaik untuk Team.
“Tanpa ada sokongan dari anda semua, belum tentu saya boleh berada pada tahap ini #teruskanusaha #jgncepatputusasa,” tulisnya sambil disambut dengan ribuan komen yang bercampur-campur di kalangan netizen.
Terdahulu, prestasinya yang menurun berbanding musim lalu turut mendapat perhatian pemilik pasukan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Foto: Instagram Safawi Rasid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat pelakon yang juga adik kepada Syatilla Melvin, Syida yang telah pun selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada 20 Februari lalu.
Berkongsi berita gembira dan penuh syukur itu menerusi Instagram, Syida atau nama sebenarnya, Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin,23, ini menjelaskan, puterinya itu dilahirkan dengan berat 3.47 kilogram tepat jam 3.56 petang.
Dia yang kini turut bergelar usahawan itu juga turut berkongsi nama anak sulungnya itu.
“Alhamdulillah, MashaAllah MashaAllah. Terima kasih pada yang mendoakan.
“Kebetulan sangat-sangat yang due date Safeera memang harini, date santekkk hehe!
“Ibu & daddy nikah 19.1.19, babygirl keluar at 20.2.20.
“Syukur Alhamdulillah Ya Allah,” tulisnya yang turut merancang untuk berkongsi cerita mengenai proses bersalin bersama para pengikutnya di media sosial.
Untuk rekod, Syida dan suaminya, Mohamad Syafiq Azim Shaheen, 31, yang juga anak kepada Iron Lady Malaysia, Allahyarham Datuk Dr Maznah Hamid mendirikan rumah tangga pada 19 Januari tahun lalu di Pulau Pinang.
Foto: Instagram Syida Melvin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Chacha Maembong enggan mengulas lanjut mengenai video kontroversi miripnya yang didakwa hanya berbikini di Bali, Indonesia bersama teman-teman baru-baru ini.
Chacha,23, menambah dia tidak mahu isu yang berlaku mengganggu konsentrasi dirinya yang mahu menjaga kakak, Emma Maembong yang dimasukkan ke hospital kerana diserang demam panas dan jangkitan kuman.
“Minta maaf banyak-banyak saya tidak mahu keluarkan apa-apa kenyataan sekarang.
“Buat masa sekarang saya tidak mahu keruhkan lagi keadaan memandangkan Emma masih dalam hospital.
“Sekarang pun saya bergegas mahu ke hospital dan kalau boleh saya mahu fokus menjaga kakak terlebih dahulu.
“Saya memang tak boleh, minta maaf… tak nak jawab fasal perkara tu. Saya biarkan saya dahulu sebab mahu jaga keluarga terlebih dulu buat masa sekarang,” katanya.
Beberapa hari lalu tular beberapa potongan video yang dipercayai telah dimuatnaik menerusi Instastories yang seterusnya viral di media sosial.
Penularan video-video tersebut sekaligus mencetuskan reaksi kurang senang netizen.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Febriansyah yang memegang watak Borek dalam filem terkenal Laskar Pelangi dilapor meninggal dunia pada 15 Disember 2024 pada usia 29 tahun.Berita kematian pelakon...