Pengasas kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri yang baru sahaja kehilangan bapanya, Kamaruzaman Kamaludin, ada berkongsi sedutan video jenazah arwah bapanya disemadikan.

Posting menerusi Instagram dan turut boleh ditonton disaluran YouTube penyanyi Abang Nak Tegur itu nyata membuatkan banyak hati sebak.

Dalam linangan air mata, Aliff yang mengiringi jenazah bapa dengan mengenakan jubah putih kelihatan sugul dan sempat mencium jenazah sebelum disemadikan.

“Buat hero sebenar kri… abah yg teramat ku sayangi dan kusanjungi..hilang abah seperti hilang separuh roh kekuatan kri ……mungkin abah x dapat baca apa yg kri tulis tapi cukuplah kri buat sebagai kenangan kisah kehidupan kri utk dikenang.

“Sejak abah dan mak @bondarozitaibrahim berpisah umur kri baru 7-8 tahun….kri x faham apa itu perpisahan…yg kri tahu kenapa abah dgn mak tinggalkan kri dgn kak yati dan arwah ani dikg…..Abah dan mak membawa haluan masing2….bina kehidupan masing,” tulisnya.

Ads

Pada masa sama, usahawan ini turut mengimbas kisah mereka sekeluarga.

“Kami duduk kampung…abah selalu datang naik motor bg duit RM 50-100 sebulan… utk kami walaupun abah x senang….kerja pengawal,bila ada makanan lebih abah bungkus makanan sisa sisa nak bg anak merasa makan. Bila dapat gaji abah bawa kri dan kak long @yatie_sendayutinggi makan kfc kat pekan Sg.Besar….Bahgianya waktu tu….gembira sangat kami sebab nak makan kfc tu kena tunggu abah dapat gaji.

“Lepas abah kahwin lagi kri dapat duduk dgn abah 2-3 tahun…waktu tu sempat rasa abah hantar sekolah naik motor…bila tgk orang ada basikal,kri meronta2 nak basikal sebab tgk orang lain ada…abah sanggup hutang ceti nak belikan kri basikal…(kri minta maaf kri x faham erti susah waktu tu)…..abah x pernah marah…….x pernah pukul kecuali sekali waktu kri mencuri kad hari jadi kat kedai sebab nak bg abah sebab x ada duit…..tu pertama kali abah pkl kri.

Ads

“Abah ampunkan dosa2 kri
…..sebagai anak kri dan cuba bahgiakan abah dgn seikhlas hati dan termampu…walau abah x pernah minta x pernah mengeluh…abah x pernah burukkan orang…dalam pada orang selalu kata abah tu lembab x reti nak marah,apa orang kata abah diam.

“Hari ni kri tahu Allah kurniakan abah sifat begitu supaya abah x ada dosa mencaci menghina…alangkah bahgianya kri bila jumpa sahabat saudara semua memuji keluhuran abah,baik budi,bicara bila perlu,x pernah buruk sagka dan burukkan orang…

“Sy memohon semua rakan sy disini utk sedekahkan Al Fatihah dan titipan buat arwah abah saya Hj kamarzaman B Kamaludin… bagi sy inilah hadiah paling bernilaj buat saya???? alfatiha.. adakah anda dpt rasa apa yg sy rsa sekrg??,” tulisnya panjang lebar.

Ads

View this post on Instagram

Buat hero sebenar kri… abah yg teramat ku sayangi dan kusanjungi..hilang abah seperti hilang separuh roh kekuatan kri ……mungkin abah x dapat baca apa yg kri tulis tapi cukuplah kri buat sebagai kenangan kisah kehidupan kri utk dikenang… . Sejak abah dan mak @bondarozitaibrahim berpisah umur kri baru 7-8 tahun….kri x faham apa itu perpisahan…yg kri tahu kenapa abah dgn mak tinggalkan kri dgn kak yati dan arwah ani dikg…..Abah dan mak membawa haluan masing2….bina kehidupan masing…….kami duduk kampung…abah selalu datang naik motor bg duit RM 50-100 sebulan… utk kami walaupun abah x senang….kerja pengawal,bila ada makanan lebih abah bungkus makanan sisa sisa nak bg anak merasa makan…….bila dapat gaji abah bawa kri dan kak long @yatie_sendayutinggi makan kfc kat pekan Sg.Besar….Bahgianya waktu tu….gembira sangat kami sebab nak makan kfc tu kena tunggu abah dapat gaji….lepas abah kahwin lagi kri dapat duduk dgn abah 2-3 tahun…waktu tu sempat rasa abah hantar sekolah naik motor…bila tgk orang ada basikal,kri meronta2 nak basikal sebab tgk orang lain ada…abah sanggup hutang ceti nak belikan kri basikal…(kri minta maaf kri x faham erti susah waktu tu)…..abah x pernah marah…….x pernah pukul kecuali sekali waktu kri mencuri kad hari jadi kat kedai sebab nak bg abah sebab x ada duit…..tu pertama kali abah pkl kri?… . Abah ampunkan dosa2 kri …..sebagai anak kri dan cuba bahgiakan abah dgn seikhlas hati dan termampu…….walau abah x pernah minta x pernah mengeluh….abah x pernah burukkan orang………dalam pada orang selalu kata abah tu lembab x reti nak marah,apa orang kata abah diam…hari ni kri tahu Allah kurniakan abah sifat begitu supaya abah x ada dosa mencaci menghina…alangkah bahgianya kri bila jumpa sahabat saudara semua memuji keluhuran abah,baik budi,bicara bila perlu,x pernah buruk sagka dan burukkan orang… . . .. sy memohon semua rakan sy disini utk sedekahkan Al Fatihah dan titipan buat arwah abah saya Hj kamarzaman B Kamaludin… bagi sy inilah hadiah paling bernilaj buat saya???? alfatiha.. adakah anda dpt rasa apa yg sy rsa sekrg?? @tjdntrmn

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Allahyarham yang berusia 59 tahun menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 5 petang Selasa akibat komplikasi jantung dan paru-paru di Thomson Hospital, Kota Damansara

Menerusi ruangan komen, rata-ratanya mengucaklakan takziah buat Aliff Seisi keluarga dan turut sedekahkan Al-Fatihah buat arwah.

Foto: Instagram Aliff Syukri

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI