Penyanyi Shila Amzah tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak susulan masalah teknikal mikrofon tidak berfungsi ketika dia dan adiknya, Syahir Amzah membuat persembahan di konsert minggu pertama Famili Duo musim ke-3 (FD3) pada Ahad.
Menurut Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, dia telah cuba melakukan yang terbaik demi menyelamatkan keadaan.
“Seperti juga dalam kehidupan, ada juga masalah teknikal. Jadi, saya teruskan sahaja. Apa lagi yang boleh saya buat. Perkara seperti ini memang tidak boleh dijangka.
“Kita sudah rehearsal untuk beberapa hari, semuanya berjalan dengan lancar. Yang penting kami sudah buat sehabis baik dan semampu kita pada ketika itu,” katanya kepada MH.
Anak kepada penyanyi ND Lala itu berkata sedemikian ketika ditemui selepas selesai program berkenaan yang berlangsung di Studio NTV7, Glenmarie, Shah Alam.
Katanya lagi, dia juga menyifatkan perkara tersebut sebagai lumrah yang perlu dilalui setiap penyanyi.
“Kecewa itu tidak. Bila sudah berusaha, kita kena tawakal. Sebelum naik ke atas pentas, saya memang sudah bagitahu Syahir kita memang kena berserah kepada Allah.
Ads
“Apa sahaja akanberlaku di atas pentas. Saya dah ingatkan Syahir tapi saya lupa nak ingatkan diri sendiri. Sebab itu saya agak panik sedikit.
“InsyaAllah pada minggu hadapan kita boleh buat yang lebih baik,” ulasnya lagi.
Sementara itu, Syahir akui sedikit ralat kerana tidak dapat membuat persembahan seperti yang telah dirancang berikutan masalah teknikal yang berlaku.
“Saya tidak kecewa tapi saya merasakan kami mampu berikan 110 peratus kalau masalah tersebut tidak berlaku. Mungkin kami akan lebih puas dengan persembahan kami,” katanya.
Ads
Ditanya adakah mereka menyasarkan untuk bergelar juara di FD3 ini, Shila memaklumkan dia dan adiknya hanya mahu berhibur serta memperbaiki kelemahan.
“Saya sudah bagitahu Syahir, bila masuk pertandingan, kita jangan sasar untuk menang. Kita sasar untuk perbaiki dan mempelajari setiap ilmu pada setiap minggu.
“Bila masuk pertandingan ini bersama Syahir, saya tak boleh memikirkan diri saya seorang. Bila berduet, kerjasama dan kebersamaan diambil kira.
“Markah yang kami terima tadi adalah markah bersama. Kalau bergelar juara, ia merupakan rezeki buat kami. Kami hanya nak enjoy sahaja,” akhirinya.
Ads
Terdahulu, mikrofon yang digunakan Shila dilihat tidak berfungsi ketika dia dan Syahir sedang membuat persembahan untuk membawakan lagu, Menggegar Dunia nyanyian asal Adam dan Stacy.
Ketika masalah tersebut berlaku, Shila dilihat cuba mengawal keadaan sehingga terpaksa menukar mikrofon secara langsung di atas pentas.
Bagaimanapun, masalah tersebut tetap berlaku sehingga dipertengahan persembahan.
Namun, juri tetap memberikan pujian kepada Syahir yang dilihat tidak panik dan meneruskan persembahan seperti yang dirancang.
Pasangan ini berjaya menduduki tempat kedua dibelakang Duo Terbaik, Sharif dan Syaiful.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza ada berkongsi satu rakaman video memaparkan suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa yang dilihat sedang bermain aplikasi TikTok.
Perkongsian tersebut dikongsi oleh penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu menerusi akaun media sosial Instagram miliknya bersempena ulang tanun kelahiran suaminya yang ke-62.
“Sempena birthday, mari kita tanya soalan jujur pada birthday boy & bff DS @din.meranun #kenapaksabuattiktok #takutisteriyek,” tulisnya.
Serentak dengan itu, rata-rata peminat meluahkan rasa terhibur selepas menonton rakaman video yang berdurasi 56 saat itu.
Sekadar informasi, Siti selamat bergelar ibu selepas melahirkan Siti Aafiyah pada 19 Mac 2018
Siti mendirikan rumah tangga bersama Datuk K pada 21 Ogos 2006.
Pada 1 Disember lalu, bintang ini turut mengumumkan kehamilan kedua yang kini sudah mencecah usia 6 bulan.
Foto: Instagram Siti Nurhaliza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tiada ‘hint’ atau berkongsi momen menuju hari bahagia, rupa-rupanya pelakon, Hanna Aqeela telah selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hatinya, Muhammad Farid Sakri pada 13 Mei lalu di Putra Glass Hall, Shah Alam, Selangor.
Menurut Hanna ketika dihubungi MH, dia tidak berniat merahsiakan soal perkahwinan, sebaliknya lebih selesa untuk tidak terlalu terbuka mengenai hal peribadi.
“Jujurnya tiada niat nak berahsia cuma pendekatan kami sejak dahulu memang begitu. Tidak terlalu terbuka mengenai hubungan kami. Majlis pun kami hanya berkongsi bersama keluarga dan teman rapat sahaja.
“Sebab saya pun risau, selagi belum betul-betul pasti, sebaiknya tak perlulah dikongsikan. Bagi saya, tak semua orang suka kalau kita selalu kongsi mengenai hal peribadi.
“Kami sudah lapan tahun mengenali hati budi dan baru sekarang hajat kami untuk melayari bahtera perkahwinan dimakbulkan, alhamdulillah.
“Kami selamat bernikah pada 13 Mei lalu manakala majlis resepsi pula diadakan sehari selepas itu,” katanya.
Pelakon drama Suara Hati ini pada masa menambah, meskipun terpaksa jalani perhubungan secara jarak jauh sejak tiga tahun kebelakangan ini, namun, dia bersyukur kerana impiannya untuk mendirikan rumah tangga dipermudahkan.
“Salah satu sebab kami mengambil masa selama lapan tahun sebelum memutuskan mendirikan rumah tangga adalah kerana kami harus menjalani hubungan secara jarah jauh.
“Suami akauntan dan ketika ini bekerja di Labuan. Kami sempat berbulan madu sekejap sebelum suami harus meneruskan semula kerja-kerjanya di sana.
“Jadi, kami sebenarnya dah terbiasa berjauhan tapi suami pun ketika ini sedang cuba memohon untuk ditukarkan ke Kuala Lumpur. Harapnya dapatlah.
“Saya bersyukur kami akhirnya ke jenjang pelamin sebab kami pun bersama agak lama. Umur saya masuk 32 dan adik-adik saya ada yang dah berkahwin,” kongsinya lagi.
Bercakap soal kerjayanya selepas berkahwin, Hanna memberitahu, dia percaya rezeki dan berserah aturan Allah SWT.
“Memang tidak dinafikan, pada mulanya saya ada sedikit risau. Kemudian, lihat rakan artis lain yang berkahwin dan kehidupan mereka okay sahaja. Malah, rezeki mereka makin bertambah.
“Walaupun selepas berkahwin saya masih lagi menerima tawaran lakonan. Jadi, saya percaya yang rezeki itu Allah SWT. Saya hanya perlu bersyukur,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Hanna Aqeela
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan, Elfira Loy yang kini berada di tanah suci bagi mengerjakan umrah bersama suami tersayang ada berkongsi pengalaman buat para bakal jemaah lain yang berhajat untuk mendirikan solat di Raudhah.
Raudhah atau Taman Syurga yang merupakan salah satu ruangan dalam Masjid Nabawi menjadi pusat tumpuan jemaah seluruh dunia yang datang berdoa dan bersolat di taman-taman ini. Oleh sebab itu rama untuk berada di situ.
Lain individu berbeza rezekinya, bintang cantik ini ada berkongsi tips serta pengalamannya ketika menjejakkan kaki ke Taman Syurga itu menerusi Insta Stories yang dikemas kini.
Kongsi El, dia yang secara kebetulan mengenakan persalinan hitam dan cuba untuk memasuki salah satu pintu masuk yang dikhaskan untuk warga tempatan dan dia bersyukur kerana berjaya memasuki pintu berkenaan.
“Kebetulan El pakai serba hitam jadi El pun cuba je masuk gate 29, gate untuk orang Arab. Alhamdulillah lepas. Lepas dah masuk akan ada satu ruang (masih carpet merah) sebelum dia buka penghadang putih untuk kita ke Raudhah.
“So boleh solat sunat tahiyatul majis dulu dan tunggu,” kongsinya.
“Lepas tunggu tak sampai 5 minit penghadang dibuka dan ketika itu semua orang akan berlari anak. Tapi tak payah pun sebab akan ada lagi second phase ruang menunggu. Lepas dibuka terus dapat masuk raudhah,” tulis El.
Lalu, El turut memberitahu agar tenangkan diri saat melangkah ke sana dan terus berdoa.
“Sampai je raudhah jangan nervous himpit-himpit orang. Tenang… dapat je berdiri kat karpet hijau tadah je tangan berdoa sambil-sambil tu.
“Rapat terus ke kiri hujung dan terus solat ke saf depan sebab belah kanan ramai yang akan bertolak-tolak dan berpijak sebab tak perasan atau sebab teruja dapat masuk mereka terus solat tengah-tengah.
“Yang belah kiri tulah dekat Makam Rasulullah SAW,”tulisnya panjang lebar.
“Kalau dah dapat solat di depan, teruskan he solat tanpa berhenti. Kalau berenti orang akan suruh bangun terus. Solatlah solat hajat: taubat, solat sunat, suhud syukur,” kongsinya lagi.
Semoga apa yang dikongsikan El dapat memberi manfaat buat semua, insyaAllah.
Foto: Instagram Elfira Loy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!