Selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa mengakui menyerahkan soal rezeki zuriat kepada Allah SWT, seperti mana penyatuan jodohnya bersama suami, Haris Ismail.

Menurut Neelofa,32, dia juga percaya kepada rezeki dan terbuka sekiranya dikurniakan cahaya mata awal selepas ini.

“Seperti mana jodoh, perihal zuriat juga saya serahkan kepada aturan Yang Maha Esa.

“Jika diberikan rezeki dalam masa terdekat, saya terima dengan tangan terbuka,” katanya.

Mengharapkan agar bahtera perkahwinan yang dibina dilimpahkan rahmat, juara Dewi Remaja 2010 ini juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih buat semua yang mendoakan kebahagiaan dia dan suami.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

“Semoga Allah SWT sentiasa memberikan rahmat kepada keluarga kecil yang baru sahaja kami bina, dan semoga setiap rahmat itu dapat memupuk hubungan kami sebagai pasangan suami isteri.

IKLAN

“Saya juga ingin berterima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan yang terbaik untuk saya dan juga suami,” katanya lagi.

Terdahulu, Neelofa atau nama lengkapnya, Noor Neelofa Mohd Noor sah bergelar isteri kepada Haris Ismail,26, dengan sekali lafaz kira-kira pukul 11.40 pagi, Sabtu.

“Seperti Mana Jodoh, Perihal Zuriat Juga Saya Serahkan Kepada Aturan Yang Maha Esa,” – Neelofa

Pasangan itu dinikahkan oleh adik Neelofa iaitu Mohamed Aqief Mohd Noor yang berwakil walikan bapa kandungnya dan pengantin perempuan menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin.

Sementara itu, berkongsi mengenai detik perkenalan mereka berdua, bekas hos program MeleTop ini mendedahkan, dia mula mengenai Haris sekitar tahun 2017.

IKLAN

“Seperti Mana Jodoh, Perihal Zuriat Juga Saya Serahkan Kepada Aturan Yang Maha Esa,” – Neelofa

“Sejujurnya, saya mula mengenali Haris pada tahun 2017. Sekitar bulan Jun kalau tak salah. Kemudian pada 2018, saya bekerjasama buat kali yang pertama dengannya untuk sebuah projek.

“Selepas kolaborasi tersebut, kami tidak berhubung sehinggalah setahun kemudian.

“Dari titik pertemuan semula itu, kami mula mengenali hati budi masing-masing,” katanya.

IKLAN

Neelofa pada masa sama menyifatkan Haris sebagai lelaki yang baik dan bersikap matang selain selesa bersama.

“Dia merupakan seorang yang sangat baik, lemah lembut dan matang. Apabila berbual dengannya, kita boleh bincangkan banyak hal dan ia membuatkan saya berasa selesa.

“Dia juga merupakan seorang pendengar yang baik dan sentiasa cuba membantu memberi solusi jika saya menghadapi sebarang kesukaran atau masalah,” katanya.

“Seperti Mana Jodoh, Perihal Zuriat Juga Saya Serahkan Kepada Aturan Yang Maha Esa,” – NeelofaTerdahulu, majlis yang bermula seawal jam 10.00 pagi itu turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang sudi memberikan tazkirah ringkas dan khutbah nikah buat pasangan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

Foto rasmi: wedlocx.co

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI