Meski bergelar isteri pada usia yang agak muda, namun pelakon, Mawar Rashid nyata teruja dan mengakui dirinya ada cara tersendiri dalam bergaul dengan ibu mentuanya.
Bijak membawa diri sebagai menantu, Finalis Dewi Remaja 2015 ini juga sedia dikenali sebagai artis yang cukup rapat dengan ibu yang dipanggil mummy.
“Dulu ke mana sahaja Mummy pergi, pasti akan ada saya menemani. Dia seorang yang caring dan cukup lemah lembut selain sanggup berkorban apa saja demi anak. Tetapi lepas kahwin, dah tak boleh macam dulu.
“Pun begitu, hubungan dengan ibu mentua juga rapat kerana sudah ada ‘bonding’ dari awal. Seperti mana saya layan mummy, begitu juga layanan saya pada ibu (mentua). Awal-awal memang sedikit kekok, tapi ibu dan ahli keluarga yang lain banyak beri tunjuk ajar.
“Jadi timbul keserasian antara kami. Lagipun saya memang dilahirkan dalam keluarga besar dan kami sangat rapat. Jadi, apabila berada di rumah mentua, ia mengingatkan saya seolah-olah berada dalam keluarga sendiri.
“Mummy juga selalu ajar bagaimana untuk saya menjadi menantu yang baik pada mentua,” katanya seperti yang dipetik menerusi Keluarga.
Jelasnya lagi, pergaulan bersama keluarga sebelah suami khasnya bersama ibu mentua memberi ruang buatnya untuk belajar perkara baru.
Ads
“Seronok sebenarnya kerana saya dapat belajar cara dan budaya hidup orang lain. Maklumlah sebelum ini saya lebih ke arah orang Thailand.
“Tetapi keluarga mentua pula lebih tersusun, disiplin dan waktu ini saya memang belajar banyak benda baru. Ibu ajar bagaimana mahu jadi isteri dan menantu yang baik memandangkan usia saya masih muda.
“Kalau di rumah ibu memang rajin memasak, jadi saya akan bantu mana yang patut. Cuma selepas disahkan mengandung saya alami alahan dan tak boleh memasak. Tetapi ibu sangat memahami dan prihatin.
“Banyak nasihat yang beliau kongsikan,” ulas Mawar yang kini sedang sarat hamil anak kedua.
Ads
Sambil memanjat rasa syukur, dia pada masa sama turut berterima kasih kepada suami dan familinya.
“Masih banyak yang perlu saya belajar dalam kehidupan ini terutama sekali status dan tanggung jawab saya sekarang sudah berbeza. Apa pun saya bersyukur dan bahagia dengan apa yang saya tempuhi sekarang.
“Walaupun dulu saya meletakkan sasaran mendirikan rumah tangga di kala usia 28 tahun, tetapi saya tidak menyesal. Sebaliknya saya bertuah kerana mendapat suami yang penyayang dan bertanggung jawab.
“Malah sifat penyayang terhadap ibunya menunjukkan dia boleh menjadi suami yang baik kepada saya dan itu antara sebab kenapa saya setuju menjadi isteri kepada Raf.
Ads
“Memang saya akui agak takut dan gementar untuk menggalas tanggung jawab besar ini, tetapi suami dan ahli keluarga lain banyak beri sokongan. Tak timbul soal tak boleh enjoy sebaliknya saya rasa bertuah kerana sejak dulu saya sangat mementingkan keluarga.
“Malah bagi saya keluarga itu membahagiakan saya,” ujar Mawar yang turut mendoakan urusan bersalin anak keduanya nanti juga dipermudahkan.
Imbas kembali, Mawar mendirikan rumah tangga dengan suami, Raden Ahmad Faizal Yaakob atau Raf pada November 2017.
Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael Mac tahun lalu.
Mawar juga memiliki dua anak tiri iaitu Raden Ahmad Rayyan, 9, dan Raden Seri Raysaa Chanela, 5, hasil perkahwinan Raf bersama bekas isteri.
Foto: Instagram Mawar Rashid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Wah sangat mengejutkan bila pertama kali melihat jurufoto yang berasal dari Singapura ini, sungguh tidak disangka dia sudah berusia 50 tahun,
Jurugambar yang dikenali dengan nama Chuando Tan ini masih kelihatan muda seperti tidak dimakan usia.
Sebelum Chuando menjadi jurufoto, ketika dirinya masih remaja dia merupakan seorang model dan semakin hari dia semakin meminati bidang fotografi yang melibatkan fesyen.
Dengan melihatkan susuk tubuh badan, Chuando sahaja kita sudah boleh mengagak bahawa dia seorang yang sangat menjaga penampilannya maka tidak hairanlah apabila melihatkan rutin hidupnya di akaun Instagramnya dia sering melakukan senaman untuk sentiasa kelihatan cergas dan sihat.
Chuando mempunyai perniagaan fotografi bersama rakannya yang diberi nama ChuanDo&Frey.
Antara nama-nama besar yang pernah mereka bekerjasama adalah seperti, Jalouse, Muse, L’Officiel, Harper’s Bazaar, Elle dan banyak lagi.
Jom kita lihat foto jurugambar yang sedang menjadi viral ketika ini.
Pelawak dan penyampai radio Shuib Sepahtu tidak menafikan ada menerima tawaran kurniaan bergelar ‘Datuk’ dari sebuah negeri baru-baru ini.
Bagaimanapun, suami kepada penyanyi, Sarah Rissuddin itu masih belum membuat keputusan sama ada untuk menerima pangkat tersebut atau sebaliknya.
“Kalau nak ceritakan mengenai pangkat ‘Datuk’ ni, saya tinggal cakap ‘ya’ saja. Sebab memang ada tawaran dari sebuah negeri.
“Saya ada bertanya dengan ramai orang mengenai tawaran yang ditawarkan. Masih dalam pertimbangan.
“Saya dengar semua pendapat. Misalnya ada juga yang kata berapa sesuai sebab saya masih bekerja sebagai penyampai radio.
“Akan tetapi, apabila melihat dari segi perniagaan, ia dilihat macam perlu,” jelasnya jujur.
Meski ada yang memberikan pandangan bahawa dirinya sudah ada kriteria yang cukup untuk ‘menggalas’ pangkat tersebut, namun Shuib juga tidak menafikan akan kepentingan status tersebut di dalam sesetengah perkara.
“Bagi saya, rasa agak janggal apabila menghadiri mesyuarat bersama usahawan yang ada pelbagai pangkat dari Datuk sehinggalah kepada Tan Sri.
“Tapi tak tahulah kalau sudah ada ‘title’ tu, dah rasa setara dengan mereka kot.
“Buat masa ni, saya sendiri tak tahu nak cakap atau sahkan. Okay ke kalau Datuk Shuib?,” tanyanya.
Terdahulu, Shuib ditemui pada majlis pelancaran cawangan terbaharu Bubble Bee di Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur pada Khamis kendalian rakan artis, Sharnaaz Ahmad.
Pelakon tersohor Hollywood, Demi Moore, diumumkan sebagai wanita paling cantik dunia tahun 2025 oleh majalah antarabangsa People, susulan kejayaan cemerlangnya menerusi filem The Substance.Pelakon...