Setiap kali melihat posting selebriti kepada dua cahayamata, Anzalna Nasir mengenai kecintaannya terhadap fesyen abaya dari Timur Tengah, ramai yang memuji kejelitaannya menggayakan abaya dari Dubai itu.
Malah, Anzalna sendiri sering berkongsi ‘kegilaan’ dirinya membeli abaya dari Dubai yang disifatkan nampak sopan, elegan dan fashionable untuk wanita mengenakan hijab.
Lama Anzalna Pendam ‘Hasrat’ Punyai Jenama Pakaian Sendiri
Isteri kepada Hanif Zaki ini sudah lama menyatakan hasrat untuk memiliki jenama fesyennya sendiri. Namun hasratnya itu terpaksa dibiarkan seketika kerana ingin memberi tumpuan penuh terhadap dua orang putera tersayang, Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan.
Anzalna memilih untuk tidak terlibat dengan projek drama kerana mahu menjaga anak-anak sendiri dan membesar di depan mata. Pelakon berusia 34 tahun itu memikul tugas tersebut bersama suami tersayang, Hanif Zaki tidak kira sama ada mempunyai pembantu rumah ataupun tidak.
Sibuk Uruskan Keluarga Tak Halang Anzalna Kembangkan Perniagaan
Ads
Dalam kesibukan menjalani kehidupan sebagai ibu dan isteri, Anzalna sempat melahirkan jenama fesyennya sendiri yang diberi nama @anzalna.vestiaire.
Jenama fesyen Anzalna Nasir ini mendapat sentuhan peribadi Anzalna yang sememangnya amat mencintai dunia fesyen terutamanya selepas mengenakan hijab.
“Dari segi rekaan, saya berkongsi idea dengan pereka fesyen terkenal iaitu Ashraff Zainal yang juga merupakan salah seorang pereka fesyen yang saya kenali sejak tahun 2015.
“Hasil gabungan idea dan olahan Ashraff Zainal telah menghasilkan koleksi Anzalna Vestiaire yang menepati citarasa saya,” ujar Anzalna yang rancak bercerita mengenai cinta terbaharunya itu.
Ads
Teruja Punyai Label Pakaian Jenama Sendiri!
“Finally I can wear my own clothing brand,” ujar Anzalna yang gemarkan potongan abaya moden dan menjadikan abaya dari Dubai sebagai sumber inspirasi dirinya sebagai wanita yang baharu mengenakan hijab, tetapi tetap mengekalkan ciri-ciri bergaya dan moden.
Tambah Anzalna lagi, abaya yang dihasilkan menepati keperluan hijabista yang mementingkan abaya yang longgar, mudah untuk dibawa solat dan berwudhuk. Selain itu, Anzalna turut berkolaborasi dengan jenama Les Anggun untuk busana raya ibu dan anak.
Ads
Ketika ditanya mengenai perancangan untuk membuka butik sendiri sekiranya langkah awalnya dalam bidang fesyen ini berjaya, pelakon Dendam Aurora ini turut memasang angan-angan untuk memiliki perniagaan fesyennya sendiri tetapi dia lebih selesa untuk memperkenalkan abaya ini untuk memenuhi permintaan para peminat yang sering mengikuti gaya fesyen yang digayakannya.
Melihat perkongsian di laman Instagram miliknya, ternyata Anzalna terharu dengan sambutan yang diterima dari para peminatnya yang teruja dengan koleksi abaya yang dihasilkan.
“Doakan semoga langkah awal saya berkongsi citarasa fesyen dengan para peminat ini diterima sebaiknya,” ujar Anzalna yang berkongsi keterujaannya dalam dunia fesyen di laman sosial miliknya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi yang kini bersaing di dalam Famili Duo, Sissy Iman memohon maaf kepada semua andai ada yang tidak suka dengan persembahannya malam tadi.
Menerusi minggu keenam saingan itu, Sissy bersama pasangan duo, Naim Daniel menyampaikan lagu Jampi yang dipopularkan Hael Husaini di dalam versi kerocong sebagai melengkapkan Tema Tradisional.
“Musik sentiasa menjadi cinta pertama saya dan betul, dalam seni, sedar diri dan sedar ruang itu perlu ada. Mungkin saya tak sedarkan hal itu atau masih belum cukup menyedarinya.
“Saya tidak pernah terfikirkan diri ini untuk terus berkarya tetapi malam ini ia dirasakan seperti sesuatu yang saya telah lakukan sejak berusia lima tahun tidak ‘mencintai’ saya lagi.
“Saya akhirnya menyakiti hati ramai orang dengan nyanyian yang teruk. Saya minta maaf semua,” tulisnya.
Reaksi tersebut dikongsikan Sissy di Instagram, sejurus program realiti itu tamat dipercayai susulan komen yang diterimanya daripada salah seorang juri tetapnya, Mas Idayu.
Mas Idayu mempersoalkan mengenai pemilihan lagu berkenaan selain prestasi persembahan memandangkan kini ia sudah memasuki minggu keenam.
Sissy kemudiam dirakam tidak dapat menahan sebak hingga terpaksa ditenangkan Naim dan hos, Janna Nick hingga tidak mampu meneruskan ucapannya sejurus persembahan.
Naim bagaimanapun mengucapkan terima kasih atas setiap komen serta sokongan yang diberikan semua pihak sepanjang menyertai program tersebut.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas filem, Puteri Gunung Ledang, sebuah lagi filem ikonik tanah air, Leftenan Adnan dijangka bakal ditayangkan semula tetapi kali ini versi suntingan sutradara (director cut).
Perkara tersebut disahkan sendiri oleh pengarahnya, Aziz M Osman.
Malah, pengarah tersebut turut mendedahkan dia juga akan memasukkan kembali beberapa babak yang telah dipotong termasuklah adegan terakhir.
Atas permintaan, in syaa Allah saya sedang usahakan filem Leftenan Adnan versi suntingan sutradara ke pawagam…dan memasukan kembali adegan terakhir yg dipotong. pic.twitter.com/lvDJsLZr6C
“Atas permintaan, in syaa Allah saya sedang usahakan filem Leftenan Adnan versi suntingan sutradara ke pawagam.
“Dan memasukan kembali adegan terakhir yang dipotong,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Aziz menerusi akaun Twitter miliknya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja malah berharap agar perkara tersebut menjadi kenyataan.
Filem Leftenan Adnan yang dibintangi oleh pelakon seperti Hairie Othman, Umie Aida, Faizal Hussein dan ramai lagi telah pun ditayangkan pada tanggal 31 Ogos 2000.
Terdahulu, filem Puteri Gunung Ledang juga telah melalui proses yang sama dan telah pun ditayangkan semula di saluran Youtube selama satu hari pada 10 Oktober lalu.
Sumber: Twitter Aziz M Osman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“InsyaAllah Zizan ok. Doakan Zizan kuat dan sihat sentiasa. Amin,” kongsinya tanpa memaklumkan apakah punca dirinya terpaksa bermalam di hospital.
Lalu, menerusi ruangan komen, rata-rata peminat serta rakan selebriti berdoa agar kesihatan bintang tersebut kembali pulih, apatah lagi dengan kehadiran Syawal yang bakal tiba, beberapa hari sahaja lagi.
Foto: Instagram Zizan Razak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!