Genap dua bulan bersalin, penyanyi, Qalisha Ray berkongsikan gambar cahaya mata sulungnya, Maria Serra yang dilahirkan pada 5 Disember lalu.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya itu, Qalisha atau nama sebenarnya, Noor Qalisha Ahmad Rashid, 32, berkata walaupun tanggungjawabnya sudah bertambah, namun dia sangat menyenangi ‘peranan’ terbaharunya bergelar seorang ibu.
“Saya ingin perkenalkan kalian dengan anak perempuan kesayangan kami, Maria Serra yang sudah genap berusia dua bulan pada hari ini (Ahad).
“Hands full, but heart fuller.
“Mama love you, my darling Serra,” tulis Qalisha di ruangan kapsyen.
Untuk info, Qalisha yang sering kali diberi julukan nama Kim Kardashian Malaysia ini mendirikan rumah tangga dengan Shahrin Kamaruzzaman, 35, pada 17 Disember 2021.
Qalisha merupakan sepupu kepada usahawan dan pengacara popular, Neelofa.
Sebelum ini, Qalisha pernah tampil dengan single Bebaskanlah Cinta yang diterbitkan pada tahun 2011.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.