Pelakon popular, Kamal Adli mengakui tertekan menjalani penggambaran drama bersiri, Duda Pujaan Dara.

Katanya, ekoran beberapa masalah dalaman dan teknikal yang timbul, proses penggambaran mengalami sedikit kesukaran.

“Sekiranya, tiada apa-apa masalah, shooting sepatutnya tamat pada Khamis lalu. 

“Sekarang ini, kami semua terkejar-kejar. Macam, kalau shoot hari ini,  lusa dah tayang. 

“Saya sendiri pun serabut kepala sebab terkejar-kejar macam. Ini pun saya rayu suruh produksi lepaskan sekejap,” katanya pada Media Hiburan.

‘Serabut kepala terkejar-kejar’ – Kamal Adli
Pun begitu, selebriti berusia 31 tahun ini mampu menarik nafas lega apabila drama adaptasi novel itu menerima sambutan memberangsangkan daripada penonton.

“Saya tak salahkan produksi, sebab job ini pun agak lambat propose. Jadi, kami semua pun bekerja secara selamba.

Ads

“Saya faham situasi mereka. Tapi, nasib baiklah dapat feedback positif daripada penonton. 

“Malangnya, drama ini hanyalah 12 episod (ketawa),” katanya. 

Selain Kamal, drama arahan Jamal Khan ini turut dibintangi Zahirah MacWilson, Nazierah Amin, Aprena Manrose dan Kuna Muzani serta mula ditayangkan di Astro Ria (104) mulai 4 September lalu.

Dalam pada itu, Kamal mengakui selesa dapat bekerja kembali dengan aktres popular, Tiz Zaqyah menerusi filem komedi romantik, Kolestrol VS Cinta di pawagam bermula 14 September lalu.

Ads

Katanya, filem arahan Eyra Rahman ini merupakan kerjasama ketiga bersama Tiz selepas drama bersiri Impian Sunsilk dan Gemilang.

“Saya happy dapat berlakon kembali dengan dia. 

“Lagi pula, masa tengah shooting filem ini, Tiz baru saja menang anugerah pelakon terbaik. Terus rasa bangga (ketawa),” katanya. 

‘Serabut kepala terkejar-kejar’ – Kamal Adli

Ads

Bahkan, bintang filem Kembar Siang ini mengakui tiada masalah untuk menghayati watak lelaki romantik yang bernama Irfan.

“Saya dah biasa bawa watak sebegini cuma kali ini saya bukanlah lelaki yang romantik sangat.  Saya lebih control. Cuma kadang-kadang terlepas jua.

“Lagipun, saya juga dah biasa bekerja dengan Eyra dan dia pun tahu kemampuan saya macam mana,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Kamal akan menyambung semula siri travelog Curi-Curi Cuti selain kembali sibuk menjalani dua penggambaran drama bergandingan dengan Emma Maembong dan Syatila Melvin.

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI