Pelakon, Fadzil Zahari berkongsi detik cemas selepas memaklumkan ibunya dilaporkan telah terjatuh sewaktu sedang memasak di dapur.

Menurut Fadzil, insiden tersebut nyata membuatkan dirinya berasa kurang senang memandangkan dia kini berada jauh daripada keluarganya itu.

“Assalam, ni mama abang dan mak abang. Dapat berita yang buat kami tak senang duduk. Mama di Jitra terjatuh masa memasak sebab lututnya kurang kuat dah,” tulisnya.

Tambah membimbangkan, ibu bapa kepada isterinya yang juga merupakan pelakon, Yana Samsudin pula kini disahkan dijangkiti wabak Covid-19.

“Serba Tak Kena Jadinya, Nak Melawat Pastinya Tak Boleh,” – Ibu Terjatuh & 12 Orang Keluarga Mertua Pula Disahkan Positif Covid-19, Fadzil Zahari Zahir Kerisauan

Selain ibu bapa mertua, ahli keluarganya yang lain turut dilaporkan positif wabak yang sama.

Ads

Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh adik kepada pelakon, Farid Kamil itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram

“Dapat pulak berita mak dan abah di Yong Peng positif Covid sekali dengan akak akak @yanasamsudin dan family depa semua positif.

“Serba tak kena dah jadinya, nak melawat memang pastinya tak boleh, hanya call dan doa dari jauh ja yang boleh buat sekarang ni,” jelasnya lagi.

“Serba Tak Kena Jadinya, Nak Melawat Pastinya Tak Boleh,” – Ibu Terjatuh & 12 Orang Keluarga Mertua Pula Disahkan Positif Covid-19, Fadzil Zahari Zahir Kerisauan

Ads

Dikesempatan itu juga, bapa kepada dua orang anak ini turut menyeru kepada semua pihak untuk sama-sama mendoakan ahli keluarganya itu agar mereka kembali sembuh seperti sedia kala.

“Ya Allah permudahkanlah urusan kita semua, sembuhkanlah segala kesakitan, segala penyakit, dan hilangkanlah Covid ini dari bumi mu,” luahnya lagi.

“Serba Tak Kena Jadinya, Nak Melawat Pastinya Tak Boleh,” – Ibu Terjatuh & 12 Orang Keluarga Mertua Pula Disahkan Positif Covid-19, Fadzil Zahari Zahir Kerisauan

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa risau selain turut memberikan kata-kata semangat buat Fadzil.

Ads

“Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesembuhan.

“Allahu, semoga semunya sihat kembali mama dan maknya.

“Allahuakbar, moga mama dan mak abang cepat sembuh,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.

“Serba Tak Kena Jadinya, Nak Melawat Pastinya Tak Boleh,” – Ibu Terjatuh & 12 Orang Keluarga Mertua Pula Disahkan Positif Covid-19, Fadzil Zahari Zahir Kerisauan

Terdahulu, menerusi perkongsian di ruangan Instagram Story, Yana memaklumkan seramai 12 orang ahli keluarganya dikhabarkan telah dijangkiti wabak Covid-19 termasuklah dua orang kakak kandungnya.

Sumber: Instagram Fadzil Zahari & Yana Samsudin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI