“Seri Dia Macam Anak Dara,” – Lawa Sungguh Fatin Afeefa Di Majlis Nikah, Disolek Datuk Alha Alfa

Share

Tahniah diucapkan buat pelakon Fatin Afeefa yang telah selamat mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihan yang dikenali sebagai Aliff Awang pada malam Jumaat.

Majlis serba indah itu difahamkan telah dilangsungkan di sebuah premis acara di Subang Jaya, Selangor.

Terdahulu, perkongsian oleh jurusolek terkenal iaitu Datuk Alha Alfa yang bertanggungjawab mencantikkan si raja sehari menjadi sorotan wargamaya di Instagram.

“Thanks for having me dear, love tak hehehe,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Menerusi foto yang dikongsi, ia merakamkan ibu kepada dua cahaya mata itu mengenakan persalinan polos putih lengkap bertudung litup.

Malah penampilan Fatin yang diserikan dengan tatarias oleh jurusoleh berkenaan menambahkan seri pengantin perempuan.

Jadi tak hairan ramai yang terkejut sekaligus memuji penampilan dramatis tersebut yang boleh ditinjau daripada posting berkenaan.

“Woww,” komen ringkas aktres Fasha Sandha.

“MasyaAllah,” puji Zizi Kirana.

“Love sangat. Dia memang dah cantik dah. Kena sentuhan dari Alha hasilnya superb,” komen seorang wargamaya.

“Seri dia macam anak dara,” komen wargamaya lainnya.

“Naik seri,” tulis wargamaya.

“Love sangatlah,” antara komen tertera.

Bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada sebarang kenyataan atau perkongsian daripada tuan punya badan mengenai majlis hari bahagia mereka, meski ada beberapa rakan hadir yang turut hadir meraikan mempelai.

Sementara itu pada sekitar November, Fatin ada memuat naik video memperlihatkan tangan seorang wanita yang dipercayai dirinya disarung cincin sekaligus menimbulkan reaksi pelbagai wargamaya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini

Published by
MH