Pelakon, Fasha Sandha ada berkongsi video terbaru di akaun Instagram miliknya.

Video tersebut memaparkan suaminya, Aidil Aziz sedang cuba mencabut gigi anaknya, Rayfal dengan menggunakan seutas benang.

Menurut Fasha, meski dia sendiri agak risau melihat proses tersebut namun dia turut menyifatkan anaknya itu seorang yang berani.

IKLAN

“Doktor ayah. Eei, seriau tengok.

“Rayfal nak sangat ayah cabutkan gigi dia. Brave boi,” tulisnya.

Video berdurasi 55 saat itu memperlihatkan Aidil berjaya mencabut gigi anaknya itu tanpa mengeluarkan sebarang tangisan.

IKLAN

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis memuji telatah anak beranak itu meskipun turut agak risau pada awalnya.

‘Seriau’ Tengok Aidil Aziz Cabut Gigi Rayfal Guna Benang, Fasha Sandha Sifatkan Anak Lelakinya Berani ‘Seriau’ Tengok Aidil Aziz Cabut Gigi Rayfal Guna Benang, Fasha Sandha Sifatkan Anak Lelakinya Berani

IKLAN

Terdahulu, Aidil baru sahaja menyambut hari kelahirannya yang ke-33 pada tanggal 26 Julai lalu.

Majlis hari jadi itu disambut meriah ketika pasangan tersebut sedang bercuti di Penang.

Sumber: Instagram Fasha Sandha

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI