Sering ditawarkan watak sebagai lelaki berkahwin dua, penyanyi dan pelakon Zarul Umbrella berharap agar segala naskhah drama yang dijayakannya itu dapat sedikit sebanyak memberi iktibar dan pengajaran buat penonton.
Menurut Zarul atau nama sebenar Zairulkefli Husin, 50, walaupun isu poligami dilihat sensitif bagi sesetengah pihak, namun semua perkara yang digambarkan menerusi drama-drama lakonannya sebelum ini mengambil intipati daripada kisah realiti yang berlaku dalam kehidupan seharian.
“Sebenarnya itu realiti, kalau tak, orang takkan buat drama. Drama itu semua berdasarkan kisah realiti.
“Sangat sukar… susah saya nak cakap (tentang isu poligami), saya tak layak nak nasihatkan semua orang. Cuma apa yang boleh saya katakan, ambillah semua yang dalam lakonan yang tidak elok itu jadikan pengajaran. Ambil mana yang elok sahaja,” katanya pada majlis pelancaran program YEG Sambung Belajar di Putrajaya pada Sabtu.
Aktif dalam bidang seni sejak 30 tahun lalu, Zarul juga jarang-jarang sekali dikaitkan dengan kontroversi panas termasuk melibatkan hal rumah tangga.
Ini kerana menurut Zarul, dia lebih senang berpegang pada prinsip enggan berkongsi hal-hal peribadi di media sosial miliknya untuk tatapan umum.
Ads
“Mungkin sebab saya jarang kongsikan fasal keluarga, isteri pun faham dengan kerjaya saya. Ini adat resam seseorang artis, ada pasang, ada surut juga.. akan ada benda tak elok yang akan didengari orang luar.
“Alhamdulillah, syukur juga saya tak terlibat dengan kontroversi hangat.
“Prinsip saya, jangan dikenang, jangan dikongsi. Apa perlu disimpan kita simpan,” katanya lagi.
Ads
Sementara itu, selain berlakon dan menyanyi, Zarul kini memegang profesion baharu bergelar felo di pusat latihan Meatech dalam jurusan Aviation.
Berpengalaman luas selama 16 tahun bergelar pramugara, Zarul akan berkongsi segala ilmu tersebut buat generasi baharu yang memasang cita-cita ingin menceburi bidang tersebut.
“Saya bukan tenaga pengajar, sebaliknya hanya ‘sharing session’, berkongsi pengalaman menerusi sesi yang disusun mengikut jadual.
Ads
“Apa yang dikongsikan adalah pengalaman sepanjang 16 tahun saya dalam bidang penerbangan.
“Dalam setiap sesi, saya banyak menerapkan tentang keikhlasan menjalankan tugas dalam mana-mana bidang dan kepentingan berkomunikasi dengan orang sekeliling,” katanya lagi.
Meatech adalah institusi yang bekerjasama dengan YEG Academy Sdn Bhd yang menyediakan platform kepada lepasan SPM untuk membuat pilihan sebelum menyambung penganjian di peringkat diploma.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
3. Asyik Tweet Pelik, Hafiz Hamidun Diganggu Wanita Berpurdah?
Penyanyi, Hafiz Hamidun telah berkongsi satu bebenang panjang di laman Twitter mengenai insiden dia diganggu seorang wanita.
Katanya, wanita itu turut datang ke pejabat untuk bertemu dengannya serta menghantar khidmat pesanan ringkas kepada pengurusnya untuk bertemu dengannya.
4. Raff Yaakob Buka Mulut Fasal Isu Ketepikan Anak Hasil Daripada Perkahwinan Pertama
Ada netizen yang menganggap bahawa Raf sering mengetepikan dua orang anaknya iaitu Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela hasil dari perkahwinan terdahulu.
Bagaimanapun, Raf telah membuka mulut berkenaan isu tersebut menerusi akaun Instgramnya.
Penyanyi dan pelakon meningkat naik, Naim Daniel akhirnya menjawab kekeliruan ramai mengenai pertalian darahnya bersama pelawak dan penyampai radio, Fad Bocey.
Menurut Naim, mereka bukanlah adik-beradik tetapi hanya rupa paras sahaja yang hampir mirip sama.
“Kalau Abang Fad tengok video ni, suka saya nak katakan sebenarnya kami adik-beradik lain mak.
“Mungkin muka kami seiras, saya cute dan Abang Fad handsome. Kami bukan adik beradik kandung tapi kami memang rapat.
“Tetapi dia tidak menafikan dia merupakan abang yang baik,” katanya secara seloroh memberi penjelasan.
Sebelum ini, ada segelintir peminat yang mendakwa bintang itu rupanya adik kepada pelawak dan hos terkenal itu.
Dalam perkembangan lain, Naim menjelaskan dia mahu berehat seketika daripada dunia lakonan dan memberi sepenuh perhatian pada nyanyiannya.
“Selepas drama Pia memang saya rasa nak berehat seketika, bagi penonton move on dulu.
“Pada masa sama, saya nak fokus pada muzik dan sebolehnya mahu kembang sayap kearah lebih besar lagi.
“Untuk lakonan pula, saya dah bermula berlakon sejak usia 8 tahun dan kini usia saya 22 tahun.
“Saya tak rasa sudah lama dalam industri cuma mungkin saya nak belajar benda lain pula selepas ini,” jelasnya lagi.
Atas krisis yang melanda negara kini, pelawak Abd Rahman Kasim atau lebih sinonim disapa Man Raja Lawak bermurah hati untuk mendermakan sebahagian wang kemenangan yang diraihnya bersama Puteh selepas diumumkan sebagai Juara Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM 2019) bagi membantu golongan memerlukan.
Kenyataan dan niat murninya itu disampaikan menerusi Instagram, hari ini.
Jelasnya, situasi yang berlaku cukup memberi kesan kepada semua termasuk dirinya sendiri dan sebagai warganegara, dirinya terpanggil untuk sama-sama menghulurkan bantuan.
“Situasi sekarang amat terkesan kepada semua warga Malaysia termasuk saya dari segi emosi dan kewangan.
“Saya, Abd Rahman Kasim sebagai warga Malaysia dengan rendah hati terpanggil untuk berkongsi hadiah wang tunai hasil Juara MLM2019 tempoh hari bagi meringankan beban anda untuk meneruskan kehidupan.
“Sesiapa yang benar-benar memerlukan bantuan sahaja yang akan saya layan dan sila DM, berikan detail kenapa saya harus membantu anda sehinggalah bajet sebanyak 50k habis digunakan sepenuhnya,” jelasnya.
Man bagaimanapun akan meneliti setiap permohohan yang dibuat dan berharap agar bantuan yang diberikan ini dapat dimanfaatkan sebagai sebaik-baiknya.
“Saya akan teliti setiap permohonan. Sekiranya tiada respon bermakna permohonan anda gagal.
“Semoga bantuan kecil ini dapat dimanfaatkan sebaiknya. Hanya doa saya murah rezeki dan sihat tubuh badan, amin #stayathome #kitajagakita,” tulisnya panjang lebar.