Baru sahaja memuat naik klip rakaman seorang kanak-kanak didera oleh seseorang dipercayai ibu angkat dan merayu tindakan segera, Amyza Aznan menarik nafas lega apabila wanita tersebut telah ditahan pihak polis untuk siasatan.

“Alhamdulillah.. SYABAS @pdrmsia_official KERANA CEPAT BERTINDAK DAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YG MEMBERI INFO KEPADA PIHAK SEPATUTNYA.
#SIFARDERAKANAKKANAK”

Memerik artikel Berita Harian, wanita yang disyaki melakukan penderaan ke atas anak angkat yang berusia tujuh tahun telah ditahan di Jalan Sungai Tua, Batu Caves.

Suspek ditahan susulan laporan seorang individu yang melihat video tersebut viral di media sosial.

Siasatan turut mendedahkan suspek sering memukul mangsa kerana mahu melepaskan geram terhadap suami yang juga bapa saudara mangsa.

Ads

Bagaimanapun, suspek dan suami sudah bercerai awal tahun ini.

Menerusi posting sebelum ini, Amyza turut menjelaskan dia terpaksa menutup ruangan komen bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham.

DENGAN RASA RENDAH HATI SAYA, JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA YG TELAH MEMBANTU KANAK2 INI, SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG. INFO TERKINI ,KES INI TELAH PUN DI DALAM SIASATAN PIHAK BERKUASA. TERIMA KASIH @pdrmsia_official DI ATAS TINDAKAN YANG SANGAT PANTAS.

Ads

“SEMOGA ALLAH SENTIASA MEMELIHARA /MELINDUNGI ANAK INI, DAN ANGGOTA PDRM YG SENTIASA MENJALANKAN AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB MELINDUNGI RAKYAT MALAYSIA. DENGAN INI SAYA OFF COMMENT UNTUK MENGELAKKAN KEKELIRUAN DAN SALAH FAHAM YG AKAN TERCETUS.

“SEMOGA KES INI DAPAT DISELESAIKAN DAN JANGAN BERULANG LAGI. KEPADA SEMUA, JADI LAH MATA DAN TELINGA KEPADA @pdrmsia_official UNTUK SIFAR KES DERA.

“AMIN.ASSALAMUALAIKUM DAN SEMOGA SEMUA YG PRIHATIN DAN MEMBANTU,SENTIADA DALAM RAHMAT ALLAH S.W.T.”

Ads

View this post on Instagram

DENGAN RASA RENDAH HATI SAYA ,JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA YG TELAH MEMBANTU KANAK2 INI, SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG. INFO TERKINI ,KES INI TELAH PUN DI DALAM SIASATAN PIHAK BERKUASA. TERIMA KASIH @pdrmsia_official DI ATAS TINDAKAN YANG SANGAT PANTAS. SEMOGA ALLAH SENTIASA MEMELIHARA /MELINDUNGI ANAK INI, DAN ANGGOTA PDRM YG SENTIASA MENJALANKAN AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB MELINDUNGI RAKYAT MALAYSIA. DENGAN INI SAYA OFF COMMENT UNTUK MENGELAKKAN KEKELIRUAN DAN SALAH FAHAM YG AKAN TERCETUS. SEMOGA KES INI DAPAT DISELESAIKAN DAN JANGAN BERULANG LAGI. KEPADA SEMUA, JADI LAH MATA DAN TELINGA KEPADA @pdrmsia_official UNTUK SIFAR KES DERA . AMIN.ASSALAMUALAIKUM DAN SEMOGA SEMUA YG PRIHATIN DAN MEMBANTU ,SENTIADA DALAM RAHMAT ALLAH S.W.T

A post shared by KAAIA (@amyzaaznankaaia) on

Terdahulu, pelakon senior ini berkongsi sebuah video yang memaparkan kanak-kanak malang tersebut dipijak dan ditendang oleh pelaku sambil menyebut “ini anak kau kan?

Meskipun netizen mengatakan ia adalah video lama dan tidak perlu diperbesarkan, namun kes dera kanak-kanak adalah serius dan pelakunya harus diambil tindakan tegas. Syabas PDRM.

Foto – Instagram Amyza Aznan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI