
Terbaru pelakon dan pengacara, Alif Satar telah memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya ketika dia sedang solat subuh.
“salam subuh gais… beautiful shot from the missus p/s kasi ‘switch’ on surah al-kahfi pagi ni..” tulisnya.
View this post on Instagramsalam subuh gais… beautiful shot from the missus?p/s kasi ‘switch’ on surah al-kahfi pagi ni..
A post shared by Alif Satar (@alifsatar) on
Lantas ada sesetengah pihak memberi kecaman kepada Alif dengan mengatakan Alif riak dan seperti mahu pamer kemewahan.
Lalu Alif menjawab komen tersebut dengan berkata
“Get out from that toxic and negative mind set bro… seriously it makes you look real bad.”
Rata-rata netizen memberi pendapat dan bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Alif.
Alahai netizen pun, tidak baik bersangka buruk dengan Alif. Alangkah baik kalau kita berfikiran yang baik sahaja.
Foto : Instagram Alif Satar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Menyedihkan Bila Minta Sponsor…” – Isu Bantu Sekolah Tahfiz, Che Ta Luah Rasa. Yang Tarik Diri Pun Ada!

Terlibat dalam program Squad Dekorasi Amal bagi membaik pulih sekolah tahfiz di sekitar Lembah Klang, pelakon Rozita Che Wan ada membuat luahan.
Semuanya gara-gara tiada pihak yang sudi menaja mereka, malah ada yang membatalkan tajaan pada saat-saat akhir.
“Squad Dekorasi Amal ni ialah program di mana kami memberi nafas baru dr segi dekorasi dan jgk baik pulih di Mahaad2 tahfiz.
“Tapi Apa yang menyedihkan ialah bila mintk sponser spt carpet atau lantai atau curtain, wallpaper dan sbgnya utk menghiasi dan membaik pulih mahaad2 tahfiz sekitar lembah Kelang ni, ramai yang tak sudi.”
Walau bagaimanapun, atas inisiatif dan usaha pihak produksi, walaupun tanpa sebarang bantuan, dekorasi yang dilakukan berjaya direalisasi.
Pelakon ini juga masih mengharap agar ada pihak yang tampil berkongsi rezeki.
“Ada yg cancel last minit .. Tapi mujur, diatas kreativit hos kami @deen_daud, kami usahakan buat yg terbaik. Alhamdulillah, bila anak2 ni tgk ja keadaan asrama diorang selepas di ubahsuai “manja manja”, boleh nampak riak wajah diorang yg mcm tk percaya, terkedu , terkesima, yang senyum sampai ke telinga tu tk payah cakap la.. .walaupun tk lah mcm hotel 5 bintang tp sekurang2 nya sedap mata memandang.
“Harap2 byk la kedai2 carpet ka langsir ka yang sudi utk bekerjasama dgn team SDA ni . .
Apa salah nya berkongsi rezeki .. dunia ni pinjaman shj, tak dak apa pun yang akan kekal,” tulisnya mengharap.
View this post on InstagramA post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on
Sempena kedatangan Ramadan tidak lama lagi, apa salahnya kita saling ringan-ringankan tangan menghulur bantuan.
Foto : Instagram Rozita Che Wan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ingat Lagi Show Dekat Sungei Wang. Menggigil Nyanyi…,”- Forteen ‘Throwback’ Memori Sempena Ulang Tahun Ke-8!

Sudah pasti ada yang mengenali dengan penyanyi kumpulan Forteen yang terkenal dengan lagu Berdua Bersatu.
Sebelum ini, penyanyi kumpulan Forteen dianggotai empat orang ahli iaitu Ariz Lufiaz, Ameerais, One dan Izzue Islam.
Namun, kumpulan Forteen dipalit kisah sensasi apabila salah seorang ahli mereka, Izzue Islam membuat keputusan menarik diri dari kumpulan tersebut, pada November tahun lalu.
Meski kini kekurangan ahli, mereka bertiga tetap bersemangat untuk meneruskan dan mengekalkan kumpulan Forteen di dalam industri hiburan tanah air.
Bersempena ulang tahun Forteen yang ke-8, Ariz Lufiaz telah memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.
Menariknya, Ariz telah mengimbau kembali kenangan kumpulan Fourteen dahulu bersama peminatnya.
“Harini ini Ulangtahun ke-8 @official.forteen. Ingat lagi show dekat Sungei Wang. Menggigil-gigil nyanyi. Kasut besar 1 size. Baju main taram je, 1st time orang datang ambil gambar, memang manis.”
“Alhamdulillah, More years to come inshaAllah. Ingat jangan berhenti berjuang sahabat-sahabatku. Terima kasih juga pada @official_forteenagers kerana terus menyokong kami dari dulu sampai kini. Another meet and greet perhaps? #Forteenturns8”tulis Ariz.
View this post on InstagramA post shared by Ariz Lufias (@arizlufias) on
Lalu, peminat mendoakan kepada kumpulan Forteen agar terus sukses dan berjaya di masa hadapan.
Foto : Instagram Ariz Lufiaz
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Masih Bersedih Pemergian Abang Sulung, Uyaina Arshad Pesan Rajin-Rajin Buat Pemeriksaan Kesihatan

Masih bersedih di atas kehilangan abang sulungnya pada malam Khamis lalu, pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad menasihatkan pengikutnya di laman Instagram agar sentiasa menjalani pemeriksaan kesihatan berkala.
Menurut Uyaina, penyakit serangan jantung kini bukan lagi hanya menyerang golongan berusia sebaliknya, yang muda turut tidak terkecuali.
Abang sulung, Uyaina, Dr. Mohd Attaful Uzair Arshad, 35, meninggal dunia akibat serangan jantung ketika melakukan aktiviti berbasikal pada malam Khamis lalu.
“Memang ajal tidak mengenal usia, kita mungkin rasa kita jaga makan, menjalani kehidupan sihat.
“Tapi saya nak pesan, jangan kita rasa diri kita sihat… kena rajin-rajin buat check up untuk periksa tahap kolestrol, jantung kita.
“Serangan jantung bukan lagi penyakit untuk orang berusia,” kata Uyaina.
Dalam video itu juga, Uyaina turut berharap agar kerajaan Malaysia dapat melakukan sesuatu memandangkan jadual kerja doktor yang sentiasa sibuk dan padat sehingga menyebabkan mereka kurang mendapat rehat yang secukupnya.
“Abang saya tidak merokok, umur 35 tahun, fit dan sihat. Betul, ajal dah tertulis di tangan Allah.
“Doktor punya kerja memang sangat memenatkan, harap sistem (kerja) doktor diperbaiki. Saya harap akan ada lebih banyak consideration daripada kerajaan.
“Tiada guna cuba lahirkan ramai doktor tapi at the end of the day, mereka kerja teruk-teruk… tiada siapa yang jaga mereka,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI