Pelakon Fattah Amin mengakui pada awalnya dia tidak memahami isu viral membabitkan komen Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, yang menyatakan kesudiannya untuk membuat persembahan dan merenjis di majlis perkahwinan penyanyi Amira Othman, baru-baru ini.
Menurut Fattah, dia tidak sempat membaca komen tersebut yang dibuat menerusi TikTok dan hanya mengetahui mengenainya selepas Amira sendiri menceritakan perkara itu kepadanya.
“Saya sebenarnya tak boleh baca komen itu. Bila Amira pun ada cakap fasal komen Datuk Siti, saya tak boleh nak relate. Saya tak sempat baca. Saya pun jadi blur sekejap.
“Jadi, Amira pun terangkanlah apa yang berlaku. Saya hanya boleh memberikan reaksi berdasarkan cerita yang dikongsikan Amira,” katanya kepada MH.
Pelakon filem Pendekar Awang itu ditemui pada Majlis Iftar Keluarga Itu di Lado By The Lake, Shah Alam, pada Rabu.
Gembira Dengan Doa Baik
Dalam pada itu, Fattah turut meluahkan rasa syukur apabila ramai yang mendoakan perkara baik untuk dirinya dan Amira.
Ads
“Pada bulan Ramadan ini, kita kena sentiasa cakap dan doa yang baik-baik. Jadi, bila kita tengok komen-komen yang baik dekat live itu dan salah satunya daripada TokTi, kita pun gembira.
“Maknanya apa yang kami lakukan ini dapat hiburkan orang lain. Saya seronok bila rakan-rakan artis pun cakap yang baik-baik fasal saya. Nak komen lebih-lebih pun tak berani,” ujarnya.
Mengulas sama ada komen Siti Nurhaliza itu bakal menjadi kenyataan, Fattah menjelaskan bahawa dia bukan individu yang layak mengulas lebih lanjut.
Ads
“Itu komen TokTi kepada Amira. Beliau nak menyanyi dan merenjis di majlis perkahwinan Amira. Doakanlah yang baik-baik. Saya dan Amira ini hanyalah teman dan rakan sekerja.
“Saya pun tak tahu macam mana boleh ada khabar angin yang kata kami akan berkahwin selepas hari raya,” katanya lagi.
Restu Keluarga & Doa Buat Amira
Fattah turut berkongsi bahawa keluarganya merestui dan menyokong persahabatannya dengan Amira.
Ads
“Keluarga saya memang merestui dan suka dengan persahabatan kami. Amira pun pernah hadir ke majlis yang diadakan keluarga saya. Mereka pun tumpang gembira.
“Lagipun, Amira seorang rakan artis dan teman sekerja yang baik. Kalau nak kata kami ini teman tapi mesra, ia lebih kepada soal kerja,” jelasnya lagi.
Pada masa sama, Fattah memberitahu dia ada menitipkan doa buat Amira yang kini sedang menunaikan ibadah umrah pada 10 malam terakhir Ramadan.
“Saya ada kirim doa kepada Amira. Dia pula pergi umrah pada waktu yang sangat baik. Waktu ketika doa mustajab terutamanya pada 10 malam terakhir.
“Banyak doa yang saya kirimkan. Moga doa itu dimakbulkan,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pendakwah selebriti, Haris Ismail akui terkilan apabila ditegur dengan nada yang agak keras oleh seorang indiviu hanya kerana dia baring di dalam surau sementara menunggu waktu solat.
Menurut Haris atau lebih mesra disapa PU Riz, pihak kariah masjid atau surau tidak sepatutnya berbuat sedemikian kerana berehat sambil menunggu waktu solat sememangnya perkara yang dituntut di dalam agama.
“Sahajalah berkongsi, sebagai seorang yang bukan selalu berkesempatan jemaah waktu Maghrib dek kerana sedikit jam dan sebagainya, haritu sahaja la tunggukan waktu solat.
“Sekali saya terjekut bila kena jerit baring dalam surau. Sedih juga la. Sahaja kongsi. Ada manfaat sebenarnya bila tunggu waktu solat ada hadith,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh suami kepada selebriti terkenal, Neelofa itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Dalam pada itu, PU Riz turut menasihatkan ahli kariah agar tidak terlalu tegas dengan jemaah yang ingin berehat di kawasan masjid dan surau.
“Pakcik-pakcik yang bertangungjawab selia masjid, jangan jerit saat org itikaf di masjid. Bukan tidur semalaman pun. Hanya berehat sekejap untuk tunggu Magrib.
“Dia mari dengan suara yang amat deras
dan kuat ‘Tak boleh tidur dalam masjid. Orang marah’. Siapa entah nak marah Pakcik oi. Nanti kalau kata balik dia rasa kita biadap.
“Buat apalah kita buat masjid tapi tak bagi orang duduk sekejap,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memaklumkan mereka pernah melalui situasi sama selain turut berharap agar sikap seperti ini dapat diubah pada masa akan datang.
“Setuju, mentaliti kena ubah. Masjid rumah Allah. Biarlah orang berehat dan beriktikaf dengan tenang. Contohilah masjid luar negara. Sangat menyantuni anak-anak.
“Setuju sangat. Janganlah marah. Masjid sangat tenang untuk solat dan istirehat sekejap. Menunggu waktu sambil nap sekejap apa salahnya.
“Tanya balik, masjid tu siapa punya.
“Kalau budak budak bising dijeritnya. Apalah. Siapa kita mencerminkan sikap kita,” antara komen-komen netizen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Misi mencari permata baharu industri seni tanah air kini diteruskan.
Buat julung-julung kalinya, program realiti pencarian bakat popular, Hero Remaja dan Dewi Remaja bakal digabungkan didalam satu program yang sama yang dikenali sebagai Hero Dewi Remaja 2023.
Lapan finalis lelaki dan lapan finalis wanita bakal berantap bagi merebut gelaran Hero Remaja dan Dewi Remaja yang baharu.
Kesemua 16 finalis telah pun diperkenalkan secara rasmi menerusi sidang media khas yang dilansungkan di Astro, Bukit Jalil sebentar tadi.
Berikut adalah barisan finalis Hero Dewi Remaja 2023;
Dalam pada itu, pelakon terkenal yang juga merupakan juara Dewi Remaja 2005/06, Scha Al-Yahya diberikan tanggungjawab selaku hos merangkap mentor dan juri tetap Hero Dewi Remaja 2023.
Rakaman program ini akan bersiaran selama tujuh episod setiap Jumaat bermula 10 November ini jam 10 malam menerusi saluran Astro Ria dan Astro Go.
Manakala episod kemuncak minggu ke-8 pula bakal bersiaran secara langsung pada 30 Disember depan.
Pengajuran pencarian bakat Hero Dewi Remaja 2023 ini merupakan sebuah lagi kerjasama strategik di antara Astro menerusi saluran Astro Ria dan Nu Ideaktiv Sdn. Bhd.
Terdahulu, seramai 600 calon remaja telah mencuba nasib pada sesi uji bakat yang berlangsung selama lapan hari di tiga buah negeri iaitu Selangor, Penang dan Sabah.
Ikuti laporan terkini dan maklumat lanjut mengenai Hero Dewi Remaja 2023 di laman web dan platform media sosial Majalah Remaja dan Media Hiburan.
Buat finalis yang bertanding. All the best.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dihujani komen saiz tubuh badannya yang dikatakan semakin gempal dan berisi baru-baru ini, pelakon Atikah Suhaime tenang menghadapi perkara tersebut.
Bagaimanapun, Atikah dilihat ada meluahkan rasa apabila ada segelinitir yang membuat perbandingan antara dirinya dan bintang Hollywood, Kylie Jenner.
Kongsinya menerusi Insta Stories, ramai yang memuji sosok badan adik kepada Kim Kardishan itu, namun ada yang menyifatkan saiz badan Atikah sebagai ‘gemuk’.
Terdahulu, pelakon drama Tuan Danial itu telah memuat naik foto di Instagramnya yang melihatkan dia tampil dengan dres senteng dalam rona pastel.
Dalam ramai yang memuji, ada juga memberi komen yang kurang senang terhadap posting berkenaan.
Penyanyi Datuk Awie, meluahkan rasa gembira atas perkembangan hubungan sahabat baiknya, Erra Fazira, yang kini dikatakan semakin rapat dengan usahawan Ezwan Zain atau lebih dikenali sebagai 'Mr. E'.