Penyanyi, Andi Bernadee ada memuat naik sekeping foto menerusi akaun Instagram miliknya.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Donde itu dirakam sedang menyertai misi bantuan sukarelawan kecemasan COVID-19 yang dianjurkan oleh Malaysian Relief Agency.
“Stay positive, kita boleh ni!,” tulisnya.
View this post on InstagramStay Positive , kita boleh ni ! @malaysianreliefagency.official
A post shared by #SHIMMY Out Now ! (@andibernadee) on
Lantas, perkongsian penyanyi berusia 29 tahun itu menjadi perhatian peminat.
Bukan itu sahaja, rata-rata peminat memuji sikap Andi yang baik dan sentiasa merendah diri.
Sekadar informasi, Malaysian Relief Agency merupakan satu perbadanan sukarelawan yang memberi bantuan keperluan asas kepada masyarakat yang terkesan dengan penularan wabak Covid-19.
Foto: Instagram Andi Bernadee
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
”Balik Umrah Januari 2017, Jumpa Bakal Isteri. Tahun Sama 9 November Kami Pun Bernikah,” – Raf Yaakob Dedah Doa Fasal Jodoh Di Tanah Suci
Suami Mawar Rashid, Raden Ahmad Faizal Yaakob atau lebih dikenali sebagai Raf Yaakob merakamkan rasa syukur apabila segala urusan menunaikan umrah buat kali keenam dipermudahkan.
Malah, bapa kepada tiga cahaya mata ini turut memasang niat untuk mengerkakan haji selepas ini.
Perkara itu disampaikan Raf menerusi salah satu entri di Instagram miliknya, baru-baru ini. Selain itu, pelakon dan usahawan ini juga turut berkongsi kisah mengenai doanya di tanah suci.
“Alhamdulillah, selesai sudah semua amalan dan urusan di Makkah. Alhamdulillah ini kali ke-6 Raf menunaikan Umrah. Insyaa’Allah kali ke-7 atau ke-9 ke Makkah, Raf nak tunaikan Haji pulak.
“Kalau kalian semua ada kesempatan, cuba lah datang ke Makkah untuk menunaikan Umrah dan Haji bagi yang mampu. Berdoa dan minta lah segala hajat di dada.
“Sebelum ni, kali terakhir Raf buat Umrah pada December 2016. Time tu Raf berdoa sangat nak jodoh yang baik. Jodoh yang boleh membahagiakan Raf. Jodoh yang sayang anak2 Raf (@radenrayyanraf & @raysaachanelaraf) dan boleh terima mereka berdua seadanya.
“Raf balik je Umrah, January 2017 jumpa dengan bakal isteri @mawarashid. Tahun yang sama November 9, kami pun bernikah. Sekarang dah ada @radenrafaelraf, syukur Alhamdulillah.
“Sejujurnya, Raf anggap Mawar seperti anugerah yang Allah Swt beri kepada Raf. Banyak yang kami berdua sama2 belajar dan saling melengkapi antara satu sama lain,” tulisnya.
Pada masa sama, Raf turut memberi pandangan mengenai keharmonian di dalam rumah tangga.
“Tiada istilah, “Aku suami, isteri kena dengar cakap suami selalu”. Ye betul, apa yang isteri nak buat kena sentiasa mendapat izin dan redha suami kerana suami adalah Syurga buat isteri.
“Tetapi suami juga harus menjadi pemimpin yang adil, penyabar dan tak bole marah2. Nak jadi ketua keluarga dan pemimpin yang hebat, suami dulu kena tunjukkan contoh yang baik pada isteri, lepas tu baru isteri dengar cakap.
“Suami tak perlu cakap dengan mulut, dengan perbuatan saja isteri dah boleh menilai dan ikut. Bak kata Mawar waktu kami mula2 kenal, “your surrounding is your reflection”. SETUJU TAK?,” jelasnya panjang lebar.
View this post on InstagramA post shared by Raden Ahmad Faizal Bin Yaakob (@rafyaakob) on
Terdahulu, Raf mengerjakan umrah bersama isterinya Mawar Rashid dan turut membawa cahaya mata mereka, Raden Muhammad Rafael.
Foto: Instagram Raf Yaakob
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Iya, Memang Dia Ada Ajak…”- Baby Shima Nafi Tak Mahu Berduet Dengan Afieq Shazwan, Jelaskan Situasi Sebenar
Penyanyi Baby Shima mengakui dia tidak pernah menolak untuk bekerjasama dengan rakan artis Afieq Shazwan menerusi naskhah duet.
Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli berkata, Afieq ada bertanya dengannya dan dia sudah menyatakan persetujuan untuk berkolabirasi di dalam sebuah lagu istimewa.
“Saya tidak pernah menolak untuk berduet dengan Afieq. Iya, memang Afieq ada mengajak saya untuk berduet kerana mahukan kelainan.
“Saya sendiri bersetuju untuk berduet dengannya memandangkan kami sudah kenal lama dan pernah sama-sama menyertai program Big Stage sebelum ini.
“Cuma apabila wakil syarikat rakaman FMC Music (FMC) menghubungi pengurus saya, mereka menyatakan mahu gandingkan saya dengan penyanyi lain untuk lagu Resipi Berkasih. Penyanyi itu bukannya Afieq.
“Apa -apa pun setelah berbincang, pihak saya bersetuju dan saya hanya menunggu tarikh yang sesuai untuk rakaman,” katanya.
Shima juga menjelaskan bahawa FMC ada menghubungi pihaknya untuk menjalankan sesi rakaman lagu tersebut, namun masalah kesihatan tidak mengizinkannya untuk meneruskan rakaman itu.
“Ketika itu saya demam dan saya tak mahu menjejaskan sesi rakaman. Jadi pada esoknya saya ke Indonesia kerana memenuhi undangan nyanyian yang telah ditetapkan lebih awal.
“Buat masa ini, saya hanya menunggu tarikh baharu untuk rakaman,” ujarnya.
Terdahulu, FMC menerusi sebuah kenyataannya menyebut Afieq Shazwan meluahkan rasa kecewa apabila impiannya mahu berduet dengan Baby Shima tidak dipenuhi.
“Sebenarnya saya sendiri ada bertanya secara langsung dengan Baby Shima dan cadangan saya itu disambut baik oleh Baby Shima.
“Kebetulan saya ada dengar tentang projek lagu duet tribute berjudul Resipi Berkasih. Jadi saya pun cadangkanlah kepada Baby Shima.
“Kemudian selepas itu saya ada ajukan perkara itu pada FMC agar lagu duet Resipi Berkasih ini saya nak duet dengan Baby Shima.
“Tapi entah kenapa tak jadi pula. Memang saya agak kecewa juga. Sebab bagi saya secara peribadi, saya inginkan sesuatu kelainan dan rakan duet baru.
“Tambahan pula saya dengan Baby Shima memang dah saling kenal sebelum program Big Stage lagi. Apa pun saya anggap mungkin belum masanya dan tunggu untuk single seterusnya,” katanya.
Sementara itu, Afieq kini muncul dengan lagu Insan Ku Sayang Kini Menghilang bersama Tajul Arif dan kumpulan Spin yang mana ia adalah nyanyian asal Allahyarham Acik Spin yang juga Abang kepada Tajul.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bapa The Rock Meninggal Dunia
Menerusi laman web NBC, dilaporkan bapa kepada pelakon Dwayne Johnson atau The Rock, Rocky Johnson atau Wayde Bowles meninggal dunia.
Mendiang menghembuskan nafas terakhir pada usia 75 tahun.
Bagaimanapun tiada perincian mengenai punca kematian dinyatakan.
Rocky Johnson merupakan ahli gusti profesional dan mula aktif pada tahun 1960-an.
Mendiang kemudian mengambil keputusan untuk bersara daripada sukan gusti hiburan, WWE pada tahun 1991 dan mula melatih anaknya untuk menjadi ahli gusti profesional.
Sumber : NBC
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI