Penyanyi, Andi Bernadee ada memuat naik sekeping foto menerusi akaun Instagram miliknya.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Donde itu dirakam sedang menyertai misi bantuan sukarelawan kecemasan COVID-19 yang dianjurkan oleh Malaysian Relief Agency.
“Stay positive, kita boleh ni!,” tulisnya.
View this post on InstagramStay Positive , kita boleh ni ! @malaysianreliefagency.official
A post shared by #SHIMMY Out Now ! (@andibernadee) on
Lantas, perkongsian penyanyi berusia 29 tahun itu menjadi perhatian peminat.
Bukan itu sahaja, rata-rata peminat memuji sikap Andi yang baik dan sentiasa merendah diri.
Sekadar informasi, Malaysian Relief Agency merupakan satu perbadanan sukarelawan yang memberi bantuan keperluan asas kepada masyarakat yang terkesan dengan penularan wabak Covid-19.
Foto: Instagram Andi Bernadee
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Perginya Pelawak Lagenda, Hamid Gurkha Meninggal Dunia
Hari ini, industri seni tanah air dikejutkan dengan pemergian pelakon dan pelawak lagenda tanah air, Hamid Gurkha.
Khabar mendukacitakan itu dikongsikan sendiri oleh pengendali akaun Facebook, Hamid Gurkha sebentar tadi.
“Assalamualaikum semua peminat Pak Hamid. Pak Hamid telah meninggalkan kita semua. Semoha rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman,” tulisnya.
Perkhabaran mengenai pemergian pelawak ini juga turut dilaporkan menerusi laman Instagram program tv, Melodi.
Memetik laporan Melodi, Hamid Gurkha telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 2.11 petang di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
Dalam pada itu, pengendali akaun tersebut turut berharap agar semua pihak dapat mendoakan semoga Hamid Gurkha ditempatkan bersama golongan beriman.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa sedih selain turut menyifatkan pemergian Hamid Gurkha sebagai satu kehilangan besar buat industri seni tanah air.
Sebelum ini, portal berita, Harian Metro melaporkan Hamid Gurkha telah dimasukkan ke hospital sejak Khamis lalu berikutan masalah kesihatan paru-paru yang dialaminya.
Sepanjang bergelar pelakon, Hamid Gurkha telah membintangi pelbagai filem-filem tempatan antaranya Panglima Badol, Gila-Gila, Zombi Kampung Pisang dan banyak lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Facebook Hamid Gurkha, Melodi & Harian Metro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tidur Di Jalanan, Dihalau Rumah Sewa Dan Muntah Darah, Puteri Balqis Buka Cerita
Tular kisah pelakon kanak-kanak popular, Puteri Balqis selepas muncul menerusi rancangan Bersamamu, program yang bersiaran selama 30 minit itu menyingkap realiti sebenar Puteri bersama ibunya, Norashikin Mohamad Aziz atau Nouryl.
Sejak kedua ibu bapanya bercerai empat tahun lalu, remaja berusia 13 tahun ini tinggal bersama ibu.
Aktif menjual buku di jalanan sejak dua tahun lalu, jelasnya yang mesra disapa sebagai Akish, sekiranya tiada hasil jualan, mereka akan duduk di kedai makan atau di jalanan menunggu keesokan harinya kerana tidak cukup wang untuk pulang ke rumah.
“Selalunya jika tiada jualan, kami tidak akan pulang ke rumah. Sebaliknya akan duduk di kedai mamak atau tepi jalan sehingga keesokan harinya dan teruskan menjual buku. Kami tidak cukup duit untuk pulang ke rumah,” jelasnya menerusi program Bersamamu.
Kehidupan dua beranak ini semakin terhimpit apabila Akish disahkan mengidap penyakit kronik pada 2018.
“Saya sedang tidur dan terbangun akibat tersedak dan muntah penuh dengan darah. Daripada situ badan saya terus lemah dan saya tahu ada yang tidak kena,” katanya menceritakan detik permulaan diserang penyakit kronik.
Jelas ibunya, selalunya dia akan dukung setiap kali anaknya muntah darah dan meminta agar dia terus bertahan.
“Pada mulanya dia hanya muntah sedikit namun lama kelamaan semakin teruk. Kadang kala dia akan terus pengsan. Sekarang, setiap hari dia akan muntah sekurang-kurangnya empat hingga lima kali sehari. Orang selalu ingat dia sudah okay dan menerima bantuan kerana dia pelakon. Tidak, ia tidak benar. Puteri seorang anak yang sangat kuat.
“Kami tidak berhubung dengan sesiapa, lebih mudah jika hanya kami berdua hadapi bersama. Puteri seorang yang sangat sensitif dan dia hanya selesa bercerita dengan saya,” katanya lagi.
Sebelum berpindah ke Shah Alam, dia dan ibu pernah dihalau daripada rumah sewa kerana tidak mampu membayar sewa bulanan. Malah kedua-duanya akan mencatu makanan untuk mengalas perut.
“Selalunya kami akan makan sekali dalam sehari. Jadi saya akan membeli bahan mentah yang banyak dan masak dalam jumlah yang besar untuk dimakan dalam beberapa hari,” tambah si ibu.
Malah disebabkan faktor kewangan, rawatan penyakit kroniknya terhenti selama setahun di Pusat Pakar Perubatan Swasta di UiTM Sungai Buloh.
“Selepas menjalani rawatan dan pemeriksaan, saya masih tidak dapat memberikan satu konklusi apa masalah sebenar Puteri. Saya telah jalani pemeriksaan kepada fungsi hati, buah pinggang dan sebagainya dan mendapati dia tidak mempunyai kanser, namun punya masalah berlainan,” jelas Dr Masri Muhamed menerusi program yang disiarkan.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pernah Jadi Anak Didik Dayang Nurfaizah Di Mentor Legend, Ini Latar Belakang Arwah Sandra Dianne
Berita pemergian penyanyi Sandra Dianne nyata mendapat perhatian meluas daripada rakan selebriti dan peminat industri hiburan tanah air.
Lalu, masing-masing memberikan penghormatan terakhir dan turut sedekahkan al-Fatihah atas pemergiaan.
Kami kongsikan, latar belakang mengenainya.
1.Sandra Dianne atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuri telah dilahirkan pada 16 September 1994 di Tuaran, Sabah.
2.Bintang berusia 26 tahun ini beragama Islam dan dibesarkan di Sabah sebelum memulakan kerjayanya sebagai penyanyi kira-kira lima tahun lalu.
3.Sandra merupakan anak kedua daripada empat adik-beradik dan mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Badin Tuaran, Sabah.
4.Selepas itu, Sandra memiliki kelulusan dalam bidang Architectural Drafting.
5.Ketika berusia 20 tahun, Sandra pernah menyertai program realiti nyanyian Mentor Lagend di TV3 dan merupakan anak didik kepada penyanyi Dayang Nurfaizah.
6.Pada tahun 2015, Sandra telah mengeluarkan lagu single pertamanya yang berjudul Hey Kau ciptaan Tam Spider dan penulis lirik oleh Iman Imran.
7.Penyanyi kelahiran Sabah ini merupakan salah seorang peserta yang bertanding dalam program Big Stage 2020 terbitan Astro.
8.Siapa menduga, Sandra terlibat dalam satu kemalangan jalanraya pada 5 September lalu ketika sedang menuju ke Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk menjalani sesi latihan penuh konsert minggu keempat program berkenaan.
9.Arwah Sandra telah menghembuskan nafas terakhir pada 11 September selepas koma selama 5 hari di Hospital Putrajaya.
10.Memetik Harian Metro, jenazahnya akan dikebumikan di Sabah.
Foto: Instagram Sandra Dianne
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI