Personaliti TV popular, Aidid Marcelo akui terkilan dengan sikap segelintir pihak yang menghentam institusi sekolah tahfiz secara membuta tuli gara-gara kontroversi yang melibat seorang pendakwah selebriti baru-baru ini.
Menurut Aidid, disebabkan isu ini, ramai yang mula memberikan gambaran buruk sehingga ada yang mempertikai keperluan mempelajari Al-Quran di sekolah tahfiz.
“Aku sedih betul lepas terbaca komen-komen post gambar pendakwah disabitkan kes baru-baru ni.
“Memang semakin dekat kita dengan akhir zaman, bila semua pun nak tunjuk alim, tunjuk pandai, lepas geram dan macam-macam.
“Betul atau salah orang tu, biarlah ditentukan tapi yang sedihnya sesama Islam kat komen tu boleh sama naik sebarkan aib dan yang paling tak best tu dah sampai ketahap sentuh tentang keburukan sekolah tahfiz, tak perlu nak hafal Quran, boleh belajar sendiri, sebagai ayah boleh ajar anak sendiri,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh bekas pengacara program Remaja itu menerusi entri terkini di laman Instagram.
Ads
Dalam pada itu, Aidid turut menyifatkan perbuatan seperti ini boleh berlaku di mana-mana dan jangan disebankan nila setitik, rosak susu sebelanga
“Bagi aku, kita tahu kita jahil macam mana. Kita tahu Allah tutup aib kita banyak mana. Jangan akibat salah seorang kena, kita sesama Islam sanggup bertikam lidah jauh daripada topic.
“Kalau nak jadi masalah, sekolah mana pun boleh jadi, tempat kerja mana pun boleh jadi, di rumah sendiri pun boleh jadi.
Ads
“Aku yang jahil ni, minta sangat kita janganlah tergolong dalam langkah-langkah kecil fitnah dajjal ni, dan aku doakan kita sesama Islam kena selalu sedar dengan apa yang sedang terjadi di negara kita sendiri,” kongsinya lagi.
Katanya lagi, dia juga tidak mahu umat Islam terlalu mengikutkan nafsu amarah sehingga boleh memecahbelahkan agama.
“Dah lah tak mau cakap panjang sebab aku pun tak pandai mana, tapi rasa terpanggil nak tulis bila Sekolah Tahfiz dipandang hina bila berlaku sebegini.
Ads
“Kesimpulannya. Jangan kita tulis dengan rasa marah. Sebab tulis ni tak sama dengan kita bercerita. Dan ingat, syaitan akan sentiasa ada dengan kita untuk bantu karangkan ayat-ayat kita bila fikiran tengah bercelaru.
“Maaf kalau terasa dan terkasar. Hanya bersuara sebagai seorang muslim dan ayah,” akhirinya.
Baru-baru ini, seorang pendakwah selebriti didakwa atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Aidid Marcello
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Terkenang saat peristiwa diganggu dipercayai entiti mistik sewaktu melalukan pendakian di Gunung Irau, Cameron Highland tidak lama dulu, Catriona Ross jujur akui pada mulanya, dia tidak mahu mempercayai perkara melibatkan mistik.
Bagaimanana pun, selepas melaluinya sendiri, dia akur ‘benda’ itu wujud di sekeliling kita.
“Sebenarnya saya pun tidak mahu percaya perkara mistik dan hanya fikirkan ia kisah mistik orang-orang Melayu sahaja. Namun apabila saya mendaki Gunung Irau pada 2018, sesuatu telah berlaku kepada kami.
“Kami sekumpulan ada 15 orang dan apabila kami sudah tiba di puncak pada pukul 4.00 petang, hujan turun dengan lebat. Kami terpaksa berehat sebentar di atas.
“Namun kami terpaksa juga turun kerana hari semakin gelap walaupun hujan masih lebat dan suhu sangat sejuk. Kami tidak kenal jalan untuk turun dan asyik melalui jalan yang sama. Kami asyik lalu jalan yang berpaya lebih tiga kali.
“Namun kami semua diam sebab tahu ada sesuatu yang tidak kena, dan tidak sepatutnya berkata apa-apa yang tidak patut. Kami dinasihatkan untuk terus berjalan dan membaca doa dan ayat suci Al-Quran,” jelasnya.
Jelas pelakon jelita itu, peristiwa tersebut menjadi pengajaran buatnya.
“Kami faham apabila masuk kawasan orang, ‘mereka’ yang mahu bergurau dengan kita. Kesimpulannya ia memang wujud.
“Waktu itu mungkin nasib kami malang namun saya anggap ia satu perkenalan yang bagus kerana sebelum ini saya kurang percaya dan tidak pernah kena,” katanya lagi.
Catriona bercerita ketika ditemui pada pertunjukan fesyen Summeraya 2020 oleh Rico Rinaldi di GMCV, Kuala Lumpur.
Dalam perkembangan lain, Rico Rinaldi melancarkan tiga koleksi busana raya, Summer Basic, Summeraya Ramadan dan Summeraya 2020 sempena sambutan lebaran yang bakal tiba.
Dua hari lalu, pelakon Izara Aishah ada memuat naik status yang memaklumkan dirinya ada melakukan sesuatu di bahagian bibir bagi memberi ilusi yang lebih mugil.
Dia berkongsi pengakuan berkenaan menerusi Twitter dua hari lalu.
“I wanted to try something new. So I had my lips done few months back. Don’t worry it’s not permanent, lasts only for 6months. it’s cool to try but I didn’t like how it looks on me so now I’m just waiting for it to dissolve. I like the lip plumper thing better. Omg bye!,” tulisnya jujur.
I wanted to try something new. So I had my lips done few months back. Don’t worry it’s not permanent, lasts only for 6months. it’s cool to try but I didn’t like how it looks on me so now I’m just waiting for it to dissolve. I like the lip plumper thing better. Omg bye!
Tanpa selindung pelakon Pilot Cafe yang juga menantu kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza itu antara lain turut berkongsi mengenai rawatan menebalkan bibir tersebut dan turut risau apakah pendedahannya itu akan memberi reaksi berbeza di kalangan netizen.
Izara ketika dihubungi MH menjelaskan dia tidak mempunyai apa-apa masalah untuk berkongsi apatah lagi ia bukanlah sesuatu yang kekal.
“Pada awalnya saya hanya mahu cuba benda baru. Bukan suatu yang kekal dan rasanya tidak bagus pun untuk elak atau menipu kalau orang tanya.
“Lagi pula memang saya ada cuba beberapa bulan lalu dan mungkin ia tidak sesuai dengan saya. Dalam dua bulan lagi ia akan kembali normal,” jelasnya kini sibuk dengan projek drama rantaian terkini, Jodoh-Jodoh Anissa.
Foto: Instagram Izara Aishah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon jelita, Zara Zya mula mengenakan hijab sejak September lalu yang sekaligus menerima reaksi positif peminat.
Bagaimanapun, tindakan murni pelakon itu turut mendapat kritikan dan kecaman segelintir netizen, lalu melontarkan spekulasi sendiri.
Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia mengakui ada segelintir pengguna media sosial yang menuduhnya memperdagangkan agama apabila menjalankan perniagaan tudung selepas mula mengenakan hijab.
Jelasnya, dia sebolehnya mahu berubah ke arah yang lebih baik tanpa membabitkan mana-mana pihak mahupun perniagaan yang dijalankan olehnya.
“Selamat Petang Kesayangan Semua Adakah media sosial sekarang dijadikan sebagai platform untuk menilai dan memberi persepsi kepada orang lain
“Lately, saya selalu dapat DM yang menilai dan menghentam diri saya, sampaikan ada netizen yang komen saya memperdagangkan agama antara kehidupan peribadi dan business tudung yang saya buat.
“Kalau nak diikutkan, sejak 2015 lagi saya mula jual tudung dan sekarang saya mulakan balik business ni dengan nafas baru yang lebih fresh,” jelasnya.
Zara pada masa sama turut menambah, dia memohon maaf atas kekurangan yang pernah dilakukannya sebelum ini.
“Dan yang penting, kehidupan peribadi saya sekarang adalah fokus untuk berubah ke arah yang lebih baik tanpa melibatkan dunia business dan pihak lain.
“Apa pun saya mohon maaf atas kekurangan dan kekhilafan diri saya ye.
“Anyway, enjoy lah tengok video tutorial @zarazya.scarfz yang tak seberapa ni okay,” tulisnya di ruangan kapsyen video yang dikongsi.
Penyanyi terkenal, Conor Maynard, sebelum ini terpalit kontroversi apabila namanya dipetik sebagai bapa kepada bayi yang baru dilahirkan bintang The Traitors, Charlotte Chilton.
Namun kini,...