
Pelakon, Nadzmi Adhwa ada berkongsi momen anaknya, Arwa Malaikha Urwa yang kini sudah mula bertatih meski baru sahaja mencecah usia 10 bulan.
Menerusi rakaman video yang dimuat naik menerusi entri di Instagram, Nadzmi atau nama lengkapnya, Nadzmi Adwa Nor Adzmi menzahirkan momen manis itu bersama peminat.
Ada budak 10 bulan dah start nak jalan. Terkedek kedek. Good job Urwa. Dont give up! @malaikhaurwa #10Months,” tulisnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis memuji selepas melihat telatah Arwa yang kelihatan sangat comel dan bijak.
Terdahulu, Nadzmi mendirikan rumah tangga bersama pelakon Ardell Aryana pada tanggal 1 September 2019.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Arwa Malaikha Urwa.
Foto: Instagram Nadzmi Adhwa
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Jika Ini Ujian Untuk Dapatkan Cahaya Mata, Aku Reda,” – Ikhtiar Rezeki Zuriat, Eriyca Baiduri Ada Sebab Buang Tiub Fallopio

Pengasas kosmetik Eriyca Baiduri atau lebih mesra disapa sebagai Madammu selamat menjalani prosedur membuang tiub fallopio yang membengkak sebelum meneruskan rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) pada Isnin.
Menurut Madammu, pembedahan tersebut terpaksa dilakukan secepat mungkin susulan bengkak pada saluran tiub dan ia menyukarkan proses pemindahan embrio bagi tujuan IVF.
“Hari ini 18/7/2022, Isnin 10:00am Madammu perlu melalui procedure remove fallopian tube. Satu procedure yang Madammu memang amat takut dan tak nak lalui. Tetapi keadaan memaksa untuk Madammu perlu laluinya juga.
“Teringat pada 5/7/2022 apabila Dr. Haris memberitahu Madammu yang Madammu harus jalani pembedahan secepat mungkin akibat bengkak yang semakin besar pada tube dan tidak boleh teruskan untuk proses pemindahan embryo,” tulisnya menerusi Diari Madammu.
Meski banyak cabaran yang dihadapi dalam usaha memiliki zuriat, namun dia percaya dengan aturan Yang Maha Esa dan bersyukur apa adanya.
Ahli perniagaan ini juga bersangka baik, setiap apa yang dilalui hari ini pasti ada hikmah.
Sementara itu menerusi aplikasi Tik Tok, Madammu reda dan mendoakan agar urusannya dipermudahkan.
“Jika ini adalah ujian untuk mendapatkan seorang cahaya mata, Madammu reda. Ya Allah permudahkanlah urusan Madammu,” tulisnya.
Dia pada masa sama memberikan dedikasi atas pengorbanan suami dan anak-anak yang sentiasa berada di sisi.
Eriyca sebelum ini menerusi MH mengakui dia dah suami mulai ikhtiar untuk memiliki cahaya mata mengenangkan tiga anak mereka kini kian menginjak dewasa.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalau Mampu Nak Jer Saya Delete Semua Gambar Dan Video Saya Yang Jahil Dulu,” – Akui Sudah Banyak Buang & Bakar Foto Lama, Lisdawati Minta Maaf

Pelakon, Lisdawati mengakui dia sudah banyak membuang atau membakar foto-foto lamanya.
Malah, Lisdawati atau nama penuhnya, Nisdawati Nazaruddin, 42, turut mendedahkan, dia turut memohon maaf seterusnya meminta peminat agar tidak menyiarkan gambar lamanya.
Katanya, kalau mahu simpan, ‘conteng’ sikit mana yang perlu. Perkara itu dikongsikan bintang KL Menjerit ini menerusi satu posting terkininya di Instagram pada Ahad.
View this post on InstagramA post shared by Lisdawati (@lisdawati15) on
“Byk dah gambar gambar lama yg sy dah buang dan bakar. Tiba2 terkeluar keratan ni.. Masih ada lagi yg terselit.
“Teringat pada beberapa peminat yg paparkan trowback gambar lama sy. Sy mohon maaf sgt2 dan minta tidak disiarkan gambar sy yg lama. Kalau nak simpan pun jom kita jaga sesama kita. Conteng sikit mana yg perlu.
“Kalau MAMPU nak jer sy delete semua gambar dan video sy yg jahil dulu,” katanya.
Pada masa sama, dia juga turut berdoa agar cerita lamanya juga tidak disiarkan.
“Hari2 berdoa supaya cerita lama sy tak disiarkan. Semoga Allah Swt terima Taubat sy. Maaf sekali lagi atas kesalahan sy pada semua,” tulis pelakon ini lagi.
Serentak dengan perkongsian berkenaan, posting tersebut menerima reaksi pelbagai peminat.
Foto: Instagram Lisdawati
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Datuk Vida Bukan Tak Sokong Kempen Bendera Putih, Tapi Kecewa Ada Terus Meminta Banyak Kali Meski Sudah Dapat Bantuan!

Usahawan dan pengasas kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida (DSV) berkongsi video penuh mengenai pandannganya berhubung sumbangan bantuan ketika singgah membeli makanan di sebuah gerai kecil milik warga tempatan di sebuah kawasan perumahan baru-baru ini.
Selain menasihati golongan yang memohon bantuan kerana terjejas pendapatan gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk berusaha, DSV antara lain sebenarnya kecewa bila ada yang terusan meminta meski mempunyai kudrat untuk mencari rezeki.
Sementara itu ruangan kapsyen, DSV turut menjelaskan, pandangan yang diberikan tidak bermaksud dia tidak menyokong kempen Bendera Putih.
Sebaliknya dia kecewa kerana ada yang masih bergantung harap meski bantuan sudah dihulurkan.
“Bukan Maksud saya Saya tak Sokong Kempen Bendera putih. Yang betul betul memerlukan saya dah agihkan di Kelantan, & Perak.
“Yang saya kecewa, dah dapat bantuan tapi masih meminta berulang kali. Minta yang bukan-bukan.
“Sampai bila? Nak harapkan bantuan. kalau PKP sampai tahun depan macam mana? Kerajaan pun tak boleh bagi bantuan tiap tiap bulan. Hanya awak yang boleh mengubah hidup awak sendiri,” tulisnya.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Foto: Instagram DSV, Majalah Nona
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI