Zebra Studio Sdn Bhd dan Tremendous Entertainment telah mengumumkan perjanjian usaha sama untuk menghasilkan 12 filem dalam tempoh 24 bulan dengan anggaran 100 juta ringgit.

Ia menjadikan RM5 hingga RM10 juta akan dibelanjakan secara purata untuk menghasilkan setiap filem bergantung pada keperluan produksi filem tersebut. Secara keseluruhan, anggaran jumlah pelakon yang diperlukan seramai 120 pelakon dari 12 filem tersebut.

Manakala, dianggarkan kira-kira 600 hingga 800 anggota kru produksi akan terlibat sepanjang produksi kesemua 12 filem bersama para pelakon untuk menjalankan peranan yang ditentukan untuk setiap filem yang bakal diterbitkan.

“Sesiapa Sahaja Berpeluang Mencuba…,” – Labur RM100 Juta Hasilkan 12 Filem, Rezeki Anak Seni “Sesiapa Sahaja Berpeluang Mencuba…,” – Labur RM100 Juta Hasilkan 12 Filem, Rezeki Anak Seni “Sesiapa Sahaja Berpeluang Mencuba…,” – Labur RM100 Juta Hasilkan 12 Filem, Rezeki Anak Seni “Sesiapa Sahaja Berpeluang Mencuba…,” – Labur RM100 Juta Hasilkan 12 Filem, Rezeki Anak Seni

“Semua orang di industri hiburan berpeluang untuk menyertai sebahagian daripada 12 filem bergantung pada keinginan mereka untuk berlakon dan ikut watak yang dihendaki.

“Sesiapa sahaja berpeluang untuk mencuba terutamanya pelakon baru yang sedang mencari kejayaan kerjaya dalam industri hiburan.

“Pelakon veteran dan popular juga berpeluang mengembangkan karier lakonan mereka ke pasaran antarabangsa dalam 12 filem ini,” kata Pengasas dan Pengarah Zebra Studio Saraleana Nattaya Azmi.

Ads

Dalam pada itu, temuduga akan dimulakan setiap 2 bulan sebelum penggambaran bermula dan boleh diikuti dari semasa ke semasa di media sosial Zebra Studio.

Pengarah Bersama Zebra Studio dan Pengarah pemenang anugerah antarabangsa CL Hor berkata, pihaknya akan memberi peluang kepada pelbagai pengarah dan pengeluar untuk bekerjasama dengan mereka.

 

“Ini termasuk memberi mereka peluang untuk mengembangkan kreativiti mereka kepada penonton antarabangsa yang lebih luas melalui 12 filem ini.

Ads

“Sudah tentu, ini bukan sahaja memberi peluang untuk membantu para pelakon yang berjuang tanpa mengira bangsa, tetapi juga untuk menyatukan semua orang dalam industri hiburan bersama-sama bergantung kepada Pengarah dan Pengarah Fotografi setiap filem,” katanya.

Projek ini diharap dapat kerjasama baik pihak media.

“Sesiapa Sahaja Berpeluang Mencuba…,” – Labur RM100 Juta Hasilkan 12 Filem, Rezeki Anak Seni

Ads

“Sesiapa Sahaja Berpeluang Mencuba…,” – Labur RM100 Juta Hasilkan 12 Filem, Rezeki Anak Seni

“Sesiapa Sahaja Berpeluang Mencuba…,” – Labur RM100 Juta Hasilkan 12 Filem, Rezeki Anak Seni
“Kami juga ingin berkolaborasi dengan media hiburan untuk mempromosikan dan membuat liputan bagi setiap filem dari penggambaran hingga penerbitan setiap filem.

“Ini boleh dilakukan kerana kami akan membenarkan wartawan dari pelbagai platform hiburan berada di lokasi lokasi penggambaran setiap filem.

“Kami juga akan bekerjasama dengan media untuk mengatur wawancara khas atau liputan untuk tujuan penerbitan mereka sama ada untuk majalah, radio, stesen tv atau platform dalam talian.

“Dan tentu saja seperti produksi antarabangsa, kami ingin mempromosikan media hiburan dalam pembuatan filem kami, contohnya kami akan menemu ramah wartawan untuk berkongsi pendapat mereka mengenai pembuatan kami di sebalik tabir setiap produksi penggambaran.

“Dengan ini, kami berharap dapat memupuk dan mendorong lebih banyak bakat Malaysia untuk mendapat penghargaan global,” kata Saraleana

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI