Nabila Razali menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa dirinya cuba meniru cara penyanyi antarabangsa, Ali Gatie yang terlebih dahulu mendedahkan nombor telefon peribadinya kepada peminat di Malaysia menerusi platform Twitter, awal Mac lalu.
Sebaliknya, bintang ini mempunyai alasan tersendiri berbuat demikian.
“Berkongsi nombor peribadi di laman sosial bukan satu ‘trademark’. Sesiapa saja boleh berbuat demikian, sama seperti saya yang berkongsi nombor telefon apabila jumlah tontonan lirik video Peluang Kedua mencecah satu juta tontonan di YouTube.
“Itu adalah janji saya kepada peminat di laman sosial jika lagu itu berjaya mencapai sasaran 1 juta tontonan pada hari kedua dilancarkan.
“Sejujurnya, saya tidak tahu menahu tentang ada artis lain turut melakukan tindakan sama hingga ada netizen yang maklumkannya di laman sosial. Bagi saya, masing-masing mempunyai cara tersendiri untuk tujuan promosi.
“Lagipun ramai yang tahu saya dan pihak pengurusan sentiasa mencari idea kreatif untuk mempromosikan setiap lagu baru dilancarkan. Saya tak rasa apa yang dibuat ini satu kesalahan atau meniru sesiapa.
“Memandangkan kita semua dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya kira ini adalah idea efektif untuk mempromosikan lagu baru kepada peminat.
“Saya juga tidak boleh keluar untuk aktiviti promosi di radio atau televisyen. Jadi ini salah satu cara terbaik untuk mendekatkan diri dengan peminat,” katanya seperti yang dipetik Harian Metro.
Ads
Sementara itu, Nabila turut merasa teruja selepas single barunya, Peluang Kedua, meraih sambutan luar biasa seterusnya mengakui telefon bimbitnya tidak henti berdering dan dihujani mesej di WhatsApp.
“Sehingga kini saya menerima lebih 35,000 ribu mesej di WhatsApp. Saya sendiri terkejut dengan maklum balas positif peminat terhadap lagu Peluang Kedua ini.
“Buat masa ini, saya hanya sempat menjawab beberapa panggilan telefon apabila mereka meminta saya sendiri menyanyikan lagu Peluang Kedua secara langsung. Baru saja letak telefon, sudah ada panggilan baru.
Ads
“Belum lagi mesej yang menderu masuk sehingga telefon bimbit saya tersekat. Namun saya akan cuba melayan mesej yang masuk itu. Paling melucukan ada juga peminat yang mencipta kumpulan WhatsApp supaya saya dapat berinteraksi dengan keluarga serta rakan mereka.
“Apapun saya sangat gembira dan tak sangka dengan maklum balas luar biasa seperti ini,” jelasnya lagi.
Terdahulu Nabila ada berkongsi nombor telefon peribadi selepas berjanji andai lirik video lagu Peluang Kedua berjaya mencapai satu juta tontonan pada hari kedua pelancaran.
Sehingga kini lirik video lagu Peluang Kedua di YouTube sudah meraih lebih 1.5 juta tontonan. Lagu berkenaan merupakan ciptaan sepenuhnya Hael Husaini.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kisah perceraian di antara Anang Hermansyah dan Krisdayanti pada tahun 2009 menjadi kisah hangat industri hiburan Indonesia. Pasangan yang berkongsi hidup selama 13 tahun itu melangsungkan perkahwinan pada tahun 1996 dan dikurniakan dua cahaya mata, Titania Aurelie dan Azriel Akbar.
Berkongsi cerita menerusi saluran YouTube The Sungkars Family, setelah bercerai dengan Krisdayanti, Anang berpindah dan tinggal di rumah kedai. Ketika itu dia hanya memiliki wang pegangan sebanyak 10 juta rupiah atau kira-kira RM3’000 sahaja sedangkan bayaran rumah kedai yang didudukinya kepada bank pula bernilai RM12’000.
“Aku pindah ke rumah kedai duitku hanya ada 10 juta rupiah sahaja, sementara rumah kedai itu adalah hutang kepada bank. Aku perlu membayar 40 juta rupiah sebulan,” ujarnya.
Biarpun dihimpit kesusahan, lelaki berusia 52 tahun ini memberitahu yang dia tidak mungkin meminjam wang dari bekas isterinya. Ucapnya, “Wow, ini gila Rp 10 juta, saya harus menanggung kedai ini dengan harga Rp 40 juta sebulan ‘. Tidak mungkin saya boleh bertanya kepada ibu mereka, bukan?”
Setelah jatuh disebabkan perceraian itu, Anang berkongsi lagi yang dia sangat gembira kerana kedua-dua anaknya memilih untuk tinggal dengannya. Kehadiran dua cahaya matanya itu memberikan semangat untuk dirinya lebih bekerja kuat dan menyifatkan mereka adalah titipan Allah untuk dirinya.
Kongsinya, “Saya mesti melakukannya, Bismillah. Lebih-lebih lagi, ketika dua anak hadir, itu saja. Mereka adalah titipan ilahi. Ya, mereka mahu tinggal bersama ayahnya, takkanlah saya mahu menolak.”
Selepas episod duka menerpa dalam hidupnya, Anang bangkit dengan menghasilkan karya-karya yang popular seperti Tanpa Bintang dan Separuh Jiwaku Pergi, kejayaan lagu-lagu ini membawa kerjayanya ke tahap yang lebih tinggi.
Kini, Anang bahagia bersama keluarga tercinta. Pada tahun 2012, Anang berkahwin semula dengan Ashanty dan perkongsian hidup tersebut sehingga kini dikurniakan dua lagi cahaya mata.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Aprena Manrose baru-baru ini ada melakukan kejutan bersempena dengan hari jadi suaminya, Mohd Afiq Hazman.
Memberikan kata-kata romantis, Aprena menerusi Instagram turut membuat naik beberapa keping foto dan video bersama suami tercinta.
“Been away from him almost a month, at the same time on his birthday, so bila I dapat cuti je terus plan to surprise him! I’m not the type yang romantic, but atleast I tried.
“Nasib baik ada @nazdecosurprisedelivery tolong set up walaupun by phone je. Thanks a lot! Again, happy birthday sayang. Love you so much,” tulisnya.
Menyifatkan Afiq sebagai lelaki terbaik buatnya, Aprena pada masa sama turut mendoakan agar suaminya itu berjaya di dunia dan akhirat.
“Semoga u berjaya dunia & akhirat dan dirahmati Allah selalu. Thanks for everything syurgaku. Seorang yang selalu meng-iyakan aja apa yang I cakap dan nak.
“Selalu mengalah. Alhamdulillah Allah beri suami yang sempurna untukku, Maaf atas ketidak sempurnaanku, akan ku perbaiki, InsyaAllah @mohdafiqhazman lebiuuu memey! (Itu je dia boleh speech,malu lettew),” titipnya lagi.
Pelakon remaja, Mia Sara Nasuha Ridzuan, 17, memaklumkan dia kini berada dalam keadaan stabil selepas dikejarkan ke hospital akibat sesak nafas, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Mia menjelaskan dia mengalami serangan panik dan kerisauan melampau (anxiety) termasuk sukar bernafas sejak tiga hari lalu.
“Alhamdulillah, saya sudah semakin baik. Saya baharu didiagnosis mengalami severe anxiety dan serangan panik.
“Selain itu, saya juga mengalami sesak nafas selama tiga hari berturut-turut tapi sekarang keadaan saya sudah stabil.
“Terima kasih di atas doa anda semua,” tulis Mia di ruangan kapsyen menerusi akaun Instagram kedua miliknya, @miyebersare.
Terdahulu, menerusi akaun Instagram rasminya, @therealmiasara, pengurusnya memuat naik status memaklumkan aktres itu dikejarkan ke dua buah hospital pada Selasa selepas mengalami sesak nafas.
Namun, Mia telah dibenarkan pulang selepas lapan jam mendapatkan rawatan dan kini sedang berehat di rumah.
Sekadar info, Mia memulakan kerjaya seni selepas membintangi drama bersiri Adamaya yang ditayangkan pada tahun 2010.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Mia Sara
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...