Pelakon, Azad Jasmin berkongsi situasi menyayat hati apabila memaklumkan dia ada terserempak dengan seorang peniaga yang sanggup meredah hujan demi menjual burger di bahu jalan.
Jelas Azad, sedang kita bersenang lenang di rumah, masih ada orang-orang di luar sana yang bersusah payah meredah panas dan hujan semata-mata untuk mencari sesuap nasi buat keluarga.
Dikesempatan itu juga, Azad turut berharap agar sesiapa sahaja yang melalui kawasan tersebut untuk membeli burger daripada peniaga berkenaan.
“Tolong lahhhhh, sesiapa yang lalu kot area Shah alam, tolonglah budak ni, dia tak mintak duit, dia cuma mintak anda kalau terjumpa dia, belilah burger dia nah.
Ads
“Anda bantu dia Allah SWT guarantee bantu anda. Hujan Rahmat, Ya Allah Ku pohon padamu, Jagalah insan ini bersama keluarganya Amin Amin Amin.
“Kita bersenang di rumah, mereka mencari rezeki dalam hujan diluar… #kitajagakita,” katanya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh pelakon filem, J Revolusi itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Ads
Video berdurasi hampir seminit itu nyata mendapat perhatian ramai pihak selepas meraih hampir 200,000 tontonan selain turut dihujani ratusan komen.
Rata-rata netize memuji usaha Azad itu selain turut mendoakan semoga peniaga tersebut akan sentiasa dimurahkan rezeki.
Ads
“Aku tengok video ni doakan Allah sentiasa murahkan rezeki rezeki dan kayakan hang supaya lagi ramai hang akan bantu. Keep it up.
“Allahuakbar, sebab tu rezeki hang murah Azad. Sebab hang baik hati. Hat ni yang Allah nak kira pun. Jujur dari naluri hang bantu.
“Allah kesiannya cari rezeki terpaksa redah hujan macam ni. Semoga dimurahkan rezeki keluarga adik ni.
“Ya Allah sedihnya. Demi mencari rezeki berhujan pun takpe. Semoga adik tu dan Abang Azad dikurniakan rezeki yang melimpah ruah seperti air hujan yang turun,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sumber: Instagram Azad Jasmin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Mengucapkan kesyukuran atas perkembangan positif bayi pra-matang, jelas Abby Abadi, berat Muhammad Danial Firman Faizal kini sudah mencapai 924 gram dan mampu minum susunya.
Tulisnya, menurut doktor sebarang kemungkinan boleh berlaku memandangkan Danial lahir dalam keadaan tidak cukup bulan.
“Beratnya makin naik. 924gram dah. Minum susu Mama pun ok, Alhamdullillah.
“Masih dalam inkubator, masih bernafas mengunakan machine… Panjang lagi perjalanannya.
“Jumpa Pakar baru2 ni, katanya: Baby Danial lahir dalam keadaan yg belum bersedia, jadi dalam usianya yg baru 56 hari, berbagai kemungkinan buleh berlaku,” kongsinya.
Masih berada dalam zon kritikal, pelakon Gerak Khas ini terus mengharapkan keajaiban agar kesihatan anak pramatangnya terus bertambah baik.
“Masih dalam Zon kritikal, jadi Sy hanya mengharapkan DOA berterusan dari Sahabat2 disini. Sebab tu, tak banyak yg Sy buleh cerita. Takut tersalah info pun ye juga.
“Setelah USAHA, Hanya DOA yg dapat mengubah nasib Baby D Sy. Tawakal hanya pada ALLAH. Sy & Suami @jaiezzany yakin Baby Danial Sy kuat & akan balik rumah kurang 2 bulan lagi inshaALLAH.. Amin, Mohon doakan ye,” tulisnya lagi.
A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on Nov 21, 2019 at 2:33am PST
Abby selamat melahirkan bayi lelaki pada 27 September lalu ketika enam bulan di dalam kandungan.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Ogos 2015.
Hasil perkahwinan pertamanya bersama aktor Norman Hakim, Abby dikurniakan tiga orang anak, Mohamed Danish Hakim, 16, Marissa Dania Hakim, 14 dan Maria Danisha Hakim, 11.
Foto : Instagram Abby Abadi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!