
Komposer dan personaliti TV, Ahmad Fedtri Yahya ada menitipkan kata nasihat kepada seluruh umat Islam agar sentiasa muhasabah diri apabila berbicara mengenai isu Masjid Al-Aqsa yang terletak di Palestin.
Sebagai umat yang beragama Islam, pengacara Malaysia Hari Ini memberitahu untuk terus mempertahankan Masjid Al-Aqsa daripada diceroboh serta ditindas oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Selain itu, pengacara berusia 39 tahun ini menjelaskan, Masjid Al-Aqsa memiliki kedudukan yang istimewa dalam Al-Quran dan ia harus dilindungi oleh seluruh umat Islam.
“Masjidil Aqsa memiliki kedudukan yang istimewa dalam Al-Quran dan juga hati setiap Muslim.
“Isu yang melibatkan Al-Aqsa adalah isu akidah bagi seorang Muslim dan kemanusian adalah sebahagian daripadanya.
“Sesiapa yang tidak merasai kepentingannya maka dia perlu menilai imannya,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa setuju terhadap perkongsian Fedtri tersebut.
Foto: Instagram Fedtri Yahya
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Luah Syukur Timang Anak Sulung, Da’i Syed Kongsi Nama Anak – “Perkenalkan, Sharifah Fatma Nour Jamalullail.”

Tahniah diucapkan kepada pendakwah selebriti, Da’i Syed isterinya yang juga hos, Hana Ismail yang telah selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka, Rabu lalu.
Menerusi hantaran terkini di TikTok, Da’i Syed meluahkan rasa syukur dengan kehadiran ahli keluarga baharu di samping berkongsi nama puteri sulung, Sharifah Fatma Nour Jamalullail.
“Alhamdulillah, we are finally a family of 3. Introducing, Sharifah Fatma Nour Jamalullail, lahir pada 14 Ogos 2024 bersamaan 9 Safar 1446H.
“Mohon doakan keluarga kecil kami,” kongsinya menerusi ruangan kapsyen.
Meninjau ke ruangan komen, rata-ratanya menitipkan ucapan tahniah kepada pasangan tersebut selain ada yang tumpang gembira atas ‘kejutan’ pengumuman kelahiran anak sulung.
Imbas kembali, Da’i Syed mendirikan rumah tangga dengan Hana Ismail pada 3 Disember 2022.
Hana sebelum ini pernah mengalami keguguran ketika usia kandungan mencecah usia 10 minggu, Julai tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mak Bagi Kad Kahwin Dekat Orang Di Hospital, Mereka Tahu Dulu,” – Ibu Ubai Meninggal Dunia, Nukilan Shila Amzah Buat Ramai Sebak

Penyanyi, Shila Amzah menyifatkan ibu kepada tunangnya yang juga merupakan pempengaruh, Ubai, Allahyarham Rohani Jamal sememang seorang wanita yang kuat meskipun diduga dengan pelbagai ujian berat.
Menurut Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, hubungannya bersama ibu Ubai sangat akrab sehingga turut menjadi tempatnya untuk meluahkan perasaan.
“Semoga orang yang nak bernikah, buat video counting days. Dari bulan ke minggu dan ke hari tapi saya dan Ubai ulang alik hospital hampir setiap hari demi mak.
“Kita tak banyak gambar bersama tapi saya sangat bersyukur walau belum jadi menantu pun mak dah layan saya macam anak sendiri. Keluh kesah saya semua mak pujuk.
“Dari adik meninggal dua bulan lepas mak tetap jadi yang paling kuat. Kami pun tak mampu jadi sekuat mak. Dalam baru kehilangan anak pun masih tetap nak bagi semangat dekat orang lain,” tulisnya.
Nukilan itu dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Patah Seribu itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Jelas Shila lagi, dia dan Ubai mahu ibunya itu hadir ke majlis hari bahagia mereka namun percaya perancangan Allah jauh lebat baik.
“Mak adalah orang yang paling teruja bila hal berkaitan perkahwinan. Banyak kali mak cakap ‘kalau mak sihat, korang tak payah penat. Hantaran ke apa memang tangan mak akan buat’.
“Dah ditakdirkan mak sakit. Bukan semua orang ada rezeki untuk dapat mak mertua yang baik. Percayalah, saya bersyukur sangat dapat juga merasa walaupun seketika,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Shila turut mendedahkan sebulan yang lalu merupakan tempoh yang sukar buat dirinya dan Ubai memandangkan mereka juga harus membuat persiapan majlis perkahwinan mereka.
“Mak bagi kad kahwin dekat semua orang di hospital. Satu hospital tahu bila tarikh nikah kami. Pesan dekat semua, ‘apa-apa jadi, teruskan majlis dan jangan tangguh’. Mak, enam hari sahaja lagi. Macam mana Sha nak kuat ni mak?
“Hari-hari pergi hospital menangis dalam kereta. Naik atas, ketawa dengan mak. Masuk kereta, nangis lagi. Itulah rutin kami sebulan ini mak. Saya sayang dan ak rindu mak sangat. Al-Fatihah,” akhirinya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa hiba selain turut memberikan kata-kata semangat buat Shila dan Ubai.
Terdahulu, ibu Ubai dilaporkan meninggal dunia pada jam 6.45 petang Ahad di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya.
Difahamkam, Allahyarham sebelum ini bertarung dengan penyakit barah dihidapinya.
Shila dalam temu bual bersama media baru-baru ini memaklumkan masih menunggu masa sesuai untuk mengumumkan majlis pernikahan mereka memandangkan ibu Ubai masih dirawat di hospital.
Difahamkan ibu Ubai telah selamat dikebumikan di salah sebuah tanah perkuburan di Petaling Jaya, malam tadi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Iman Dia Sedang Turun Naik, Jangan Kecam,” – Kongsi Pula Video Rambut Pendek, Netizen Titip Doa Buat Mawar

Selepas memuat naik foto dengan gaya rambut terikini di Instagram Stories, pelakon dan usahawan, Mawar Rashid sekali lagi mencuri perhatian selepas berkongsi sebuah video terbaharu di ‘feed’ Instagram miliknya.
Video pendek berdurasi 22 saat itu memperlihatkan Mawar dengan stail rambut pendek sambil mempromosikan produk kecantikan terbaharu keluaran syarikatnya.
Sehingga kini video berkenaan telah meraih lebih 500,000 tontan dan dihujani hampir 1000 komen netizen.
Rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa selain turut mengkritik penampilan terbaharu Mawar itu.
“Sedihnya. Dah elok berhijab boleh buka. Apa perasan ya? Dah terbiasa pakai, then buka. Saya tak boleh bayang la. Orang-orang di Palestin tu siap pakai pakaian menutup surat sentiasa even semasa tidur takut mati nanti tidak menutup aurat. Ni kita rasa happy pula buka surat dan promote produk. Allahuakbar. Tak tahu nak kata apa. Semoga Allah memberi hidayah kepada mu Mawar.
“Komen ikhlas dari hati. Pakai tudung lagi cantik.
“Sedinya tengok Mawar. Semoga diberikan hidayah dan dipermudahkan segala urusan.
“Hampir tak kenal. Nampak lain sangat,” antara komen-komen netizen.
Bagaimanapun, ada juga netizen yang menitipkan kata semangat dan mendoakan semoga Mawar kembali istiqomah.
“Hati bila dibolak-balikkan, hanya yang tinggi iman dan taqwa sahaja mampu pertahankan ajaran Islam.
“Dear Mawar, sayang suami dan Allah. Tutup aurat elok-elok. Rambut Mawar cantik. Ya tahu tapi biarlah untuk suami sahaja.
“Semoga Mawar terbuka hati nak bertudung semula. Biasalah iman naik turun. Teruskan mencari hidayah dan jangan berhenti berdoa dan solat okay. I love you Mawar.
“Iman dia sedang naik dan turun. Jangan kecam. Doakan moga Allah beri hidayah yang sebenar untuk dia. Dalam pada masa sama, Allah sedang uji kita. Sama-sama kita doakan untuk Mawar. Mungkin ada doa daripada kita yang dimakbulkan,” kongsi para netizen di ruangan komen.
Pada 10 Oktober lalu, Mawar atau nama sebenar Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid telah mengejutkan ramai pihak apabila memuat naik gambar tidak lagi mengenakan hijab.
Menerusi hantaran tersenut, Mawar turut membuat permohonan maaf kepada khalayak kerana gagal istiqamah.
Situasi itu membuatkan netizen bimbang dengan keadaan kesihatan mentalnya yang pernah memaklumkan bertemu psikiatrik selepas kerap berdepan serangan panik.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Mawar Rashid
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI