
Mengenakan warna tema kuning diraja, pasangan selebriti, Jihan Muse dan Ungku Hariz dilihat sedondon menggayakan baju berona berkenaan bersama anak, Ungku Arsalan Haq.
Sempena Syawal, famili kecil ini memilih untuk tampil baju raya yang sedondon warnanya.
Bagaimanapun apa yang melucukan, kunjungan ke rumah tetamu menjadi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Masakan tidak, sofa tuan rumah seakan-akan sama seperti baju raya mereka!
“Rasa cantik sangat color baju kami arini.. bila dah masuk rumah orang.. terus rasa nak balik.. #sesumpahsofa,” tulis Ungku Hariz di Instagram.
Nampaknya bukan Jihan sahaja yang pernah mengalami situasi sebegini, netizen turut berkongsi peristiwa lucu yang dialami menerusi ruangan komen.
Foto : Instagram Ungku Hariz
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Selepas KYS & TKC, Anak Sulung Dr Sheikh Muszaphar Ditawarkan Ke Kolej Genius Permata Pintar Pula

Baru kelmarin Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor berkongsi berita tentang anak sulungnya, Sophea Isabella yang telah berjaya menerima tawaran masuk ke sekolah berasrama penuh berprestij, Kolej Tunku Kurshiah (TKC).
Hari ini, Angkasawan Negara itu telah berkongsi pula bahawa Sophea Isabella atau lebih mesra digelar Bella telah ditawarkan untuk memasuki Kolej Genius Permata Pintar Negara pula.
Dalam hantaran yang dibuat menerusi Instagram itu, suami kepada Dr Halina Mohd Yunos itu menulis, “Tawaran ke Genius Permata Pintar. Keputusan keluar hari ini dan Bella telah ditawarkan tempat. Syukur sangat. Alhamdulliah.”
Terharu dengan pencapaian anak gadisnya itu, Dr Sheikh Muszaphar berkongsi yang dia menitiskan air mata kerana selama ini menjadi saksi pengorbanan yang dilakukan anak sulungnya itu.

BACA JUGA: “Dia Menangis Teresak-Esak,” –Anak Sulung Dr Sheikh Muszaphar Berjaya Masuk Kolej Tunku Kurshiah
“Kali ini, daddy yang menangis. Selama ini melihat pengorbanan anak. Tak kenal erti penat, sentiasa bersemangat. Kental jati diri, tak pernah mengeluh, itulah Bella,” tambahnya lagi.
Menerima tiga tawaran dari tiga institusi pendidikan hebat iaitu Kolej Yayasan Saad, Kolej Tunku Kurshiah dan Kolej Genus Permata Pintar jelas membuktikan ketekunan Bella dan jati dirinya yang cemerlang.
Bapa kepada tujuh cahaya mata ini menyatakan lagi, “Semua ini adalah sekolah yang sangat hebat. Bagaimana kami nak buat pilhan? Dalam dilema. Namun pada akhirnya apa yang terbaik untuk Bella. Impiannya, cita-citanya, kesejahteraannya dan kegembiraannya.”
Untuk pengetahuan pembaca Media Hiburan, sistem pendidikan di Kolej Genius Permata Pintar agak berbeza.
Seperti yang dikongsikan oleh Dr Sheikh Muszaphar, pelajar di sini memulakan pengajian subjek Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan ketika tingkatan satu.
Mereka kemudiannya mengambil peperiksaan A Levels pada tingkatan empat dan Sijil Pelajaran Malaysia pada tingkatan empat atau lima.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kes Masih Dalam Siasatan, Selebriti Disyaki Terbabit Kes Pemerdagangan Orang Dibebas Dengan Jaminan Polis

Selebriti lelaki yang ditahan pada Ahad lepas kerana disyaki terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia dibebaskan dengan jaminan polis pada Selasa.
Perkara itu disahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Ramlan Abdul Razak ketika dihubungi Bernama pada Rabu.
“Kami dah bagi jamin semalam, bagaimanapun kes ini masih dalam siasatan,” katanya.
Pada Selasa, media melaporkan selebriti lelaki berumur 40-an itu ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks dalam satu sekatan jalan raya di sekitar Negeri Sembilan.
Susulan penangkapan itu, polis turut menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau di sebuah bilik hotel di Kuala Pilah dan mendapat perintah perlindungan sementara untuk ditempatkan di sebuah rumah perlindungan di Johor.
Kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 15 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Difahamkan, lelaki itu turut dikenakan kompaun atas kesalahan rentas negeri tanpa kebenaran di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan).
Sumber: Bernama
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kena Masuk Bawah Batu Dan Merangkak,” – Kamalia Jamaludin Kongsi Pengalaman

Mengambil posisi sebagai pemenang Pencarian Hos Mingguan Wanita Talkshow ini iaitu Kamalia Jamaludin memberitahu, pengalaman masuk gua sesuatu yang cukup mendebarkan.
Ulasnya, dia terpaksa masuk di bawah batu dan merangkak di kawasan sempit dan gelap gelita demi memenuhi tugasan Kisah Dalam Gua.
”Pengalaman masuk gua dengan tempat yang sangat gelap dan sempit, sukar nak gambarkan.
“Saya terpaksa masuk di bawah batu, merangkak di tempat yang gelap. Saya pula takutkan tempat gelap. Kadang kala terdengar ada yang jerit sebab terpijak kaki sebab tempat itu sempit.
“Apa yang paling saya takut adalah ahli kumpulan yang hilang atau tertinggal di dalam gua,” kata graduan Kewangan daripada UiTM Shah Alam ini.
View this post on InstagramA post shared by Ainaa Kamalia (@kamaliajmldn) on
Soal penampilan di tolak ke belakang, ulas wanita berusia 27 tahun ini, dia tidak kisah tampil tanpa solekan asalkan matlamat tugas tercapai.
“Sudah semestinya saya rela terlihat buruk di depan kamera. Sewaktu masuk ke dalam gua, takkan saya nak pakai cantik-cantik dan bermekap, kenalah ikut keadaan.”
Biarpun masih muda, namun dia meminjam pengalaman individu sekeliling untuk dijadikan sandaran dalam mengenengahkan isu wanita.
“Biarpun orang kata tak sesuai berbicara soal wanita dan keluarga kerana saya masih muda dan belum berkahwin, namun saya melihat sekeliling dan mengambil pengajaran daripadanya.
“Asyik mengulas isu keluarga, orang kata tua sebelum usia, tak adalah. Itu yang mematangkan saya.
“Saya bawa umur 27 tahun namun fikiran kena matang. Sebab itu saya akan cuba beri nafas baharu kepada program ini untuk menarik minat golongan yang lebih muda,” katanya kepada MH.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI