Setahun Jadi Suami Anggota Polis, Mamat Bagi ‘Punchline Padu’ Buat Isteri – “Pertemuan Kali Pertama Di Balai Seksyen 9 Shah Alam Tahun 2016.”

Share

Pelawak dan pelakon Mamat menitipkan dedikasi istimewa selepas setahun bergelar suami kepada isterinya yang juga anggota polis, Nordiana Ibrahim.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 1 Mac 2020 lalu baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan pertama mereka, baru-baru ini.

Dalam kapsyen humor, Mamar turut mengimbas detik pertemuannya dengan Nordiana kira-kira lima tahun lalu di Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam.

“I SUREENDER“… pertemuan buat kali pertama di balai polis seksyen 9 shah alam pd thun 2016 mmbuatkan aku trus di gari, di tembak dan di lokap kan di hati @_cik_nana.

“Tanpa sedar hari ni genap setahun hari pernikahan kami.. walaupun rasa mcm semalam je ia nya berlaku tp byk liku2 yg di lalui bersama. Sesungguhnya penat kawin dgn polis pempuan klu korg nak tau.

“Sebab dia akan perhatikan setiap gerak geri kau hingga kau rsa “sperti kna tahan kt roblok tapi ko x pakai spender”…itu akan mmbuatkan kau lebih dewasa dan berhati2 dlm melangkah ke depan,” tulisnya pada pautan foto pernikahan mereka.

Mamat turut mendoakan kesejahteraan terhadap bahtera perkahwinan yang dibina.

“SELAMAT MENYAMBUT HARI PERKAHWINAN YG PERTAMA UTK ISTERI KU TERSAYANG @_cik_nana SEMOGA KITA BERTEMU DI SYURGA. DOAKAN KAMI,” doa Mamat.

Meninjau ke ruangan komen, peminat turut mendoakan moga rumah tangga keduanya berkekalan selain mendoakan agar mereka bakal dikurniakan cahaya mata.

Foto: Instagram Mamat

Published by
MH