Terbaru, penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau sinonim dipanggil Tok Ti ada memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram miliknya.
Menariknya, foto yang dirakam secara kandid itu turut kelihatan Tok Ti bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa dan anaknya, Siti Aafiyah.
Seperkara yang menarik, penyanyi Anta Permana ini ada titipkan kata-kata doa buat Aafiyah sempena kelahiran anaknya itu pada 1 Rejab 1439 Hijrah dalam kiraan kalendar Islam.
“Alhamdullillah.. 1 Rejab Aafiyah di lahirkan ..1 Tahun sudah usia mu sayang.. Doa ibu Aafiyah menjadi anak yang berjaya dunia & akhirat .. Allah SWT kurniakan ‘Aafiyah’ buat anakku sayang..”tulisnya.
Lantas, para peminat penyanyi kelahiran dari Kuala Lipis, Pahang itu telah mendoakan Tok Ti diberikan kesejahteraan dan kebahagiaan yang berpanjangan bersama Aafiyah.
Untuk rekod, Tok Ti dan suami telah mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2006 dan Siti Aafiyah yang telah dilahirkan pada 19 Mac tahun lalu.
Foto : Instagram Siti Nurhaliza