Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan isterinya Datin Seri Shahida yang kini sedang hamil anak keenam dinasihatkan doktor untuk menggunakan kerusi roda selama beberapa bulan.
Ia susulan masalah kedudukan uri yang berada di bawah selain demi menjaga kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.
Malah Shahida pernah dikejarkan ke hospital selepas mengalami pendarahan kira-kira empat hari lalu.
“Posisi uri dia ke bawah ketika mengandung. Pengalaman pertama kali dialami isteri. Tak boleh berjalan dalam 10 langkah saja boleh berdarah. Jadi ia boleh membahayakan ibu dan bayi dalam dalam kandungan. Tak boleh berjalan dalam tiga ke enam bulan.
“Setakat ini ibu okay, baby 50-50. Kalau berjalan, berdarah mungkin tiada rezeki. Sekarang ini memang nak jaga,” katanya kepada MH.
Mengulas insiden pendarahan Shahida baru-baru ini, penyanyi Ingin Bahagia ini turut bersimpati dan menyifatkan apa yang berlaku mengejutkannya.
“Masa tu saya sedang buat ‘IG Live’. Kemudian isteri beritahu dia alami pendarahan. Saya terkejut dan ingatkan keguguran.
“Bila ke hospital, doktor beritahu kalau lambat dirawat, mungkin bayi meninggal.
“Alhamdulillah semuanya baik cuma isteri kena kurangkan berjalan, nak kemana-mana pakai kerusi roda. Ketika ini dia juga tidak ke pejabat, perlu berehat,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Isu Ini Sudah Diselesaikan Cara Baik,”- Syafiq Kyle Enggan Ulas Panjang Kontroversi Dengan Mimi Lana, Mahu Fokus Keluarga & Kerjaya
Pelakon terkenal, Syafiq Kyle enggan mengulas lanjut mengenai kontroversi pembatalan majlis pernikahan bersama aktres, Mimi Lanayang sepatutnya berlangsung pada Ogos lalu.
Menurut Syafiq, dia berharap agar semua pihak dapat memberi ruangan terhadap isu bagi menghormati kedua-dua buah keluarga.
“Saya mengambil maklum dengan isu ini. Terima kasih kepada semua yang mengambil berat tentang saya dan pihak Mimi.
“Saya harap isu ini tidak lagi kita ulas dengan lebih lanjut sebab perkara ini melibatkan banyak pihak.
“Saya mengambil pendekatan ini untuk menghormati kedua-dua belah pihak. Kami sudah pun menyelesaikan perkara ini secara baik diantara kami,” katanya kepasa MH.
Syafiq berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media filem DOH yang berlangsung di ibu kota pada Sabtu.
Dalam pada itu, pelakon berusia 31 tahun ini turut memaklumkan dia dan Mimi kini memilih untuk mengambil masa sendiri dan memberi fokus kepada kerjaya serta keluarga.
“Saya rasa perkara ini tak diulas lanjut lagi pada peringkat seterusnya dan diharapkan tiada lagi follow up lanjut selepas ini. Itu sahaja jawapan saya.
“Buat masa sekarang, saya mengambil pendekatan untuk kami mengambil masa, dan ruang masing-masing untuk memberi fokus terhadap keluarga dan kerja,” ujarnya lagi.
Pada 11 Ogos lalu, Mimi yang merupakan pelakon filem Pusaka mengejutkan ramai apabila membatalkan majlis perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung pada 18 Ogos ini.
Mimi bagaimanapun tidak berkongsi sebarang penjelasan lanjut mengenai pembatalan perkahwinan mereka.
Terdahulu, pasangan ini juga pernah putus cinta pada Mei 2020 selepas lima tahun bersama namun hubungan mereka kembali bertaut apabila berkongsi foto di media sosial.
Dalam perkembangan lain, filem Doh ini merupakan buah tangan pertama Syafiq bersama syarikat produksinya sendiri, Indigo Film.
Filem ini boleh ditonton bermula hari ini secara langganan menerusi platform penstriman, Tonton
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sebelum Ini Aktif Cari Rezeki & Bina Kerjaya Di Filipina, Akhirnya Min Yasmin Bakal Beraksi Di Konsert Solo Pertama Dalam Negara
Penyanyi Min Yasmin menzahirkan rasa terujanya apabila dapat merealisasikan impian mengadakan konsert solo dalam negara yang bakal berlangsung di Sandakan, Sabah Mac tahun hadapan.
Min, 33, atau nama sebenarnya Nurul Yasmin Abdul Aziz berkata, konsert Min Yasmin Live In Sandakan anjuran SS Event Management itu sepatutnya diadakan pada Oktober lalu.
Malah isteri kepada komposer terkenal, Julfekar ini turut mempunyai sebab tersendiri mengadakan konsert di lokasi berkenaan.
“Disebabkan kerajaan baharu saja umumkan pembukaan semua aktiviti selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi konsert ini yang sepatutnya diadakan bulan lepas terpaksa tunda dulu.
“Insya-Allah semuanya sudah diatur dan pihak penganjur bersetuju untuk buat pada Mac tahun depan.
“Alhamdulillah, ini adalah konsert solo pertama saya dalam negara. Apa yang istimewanya adalah penonton kebanyakannya dalam kalangan suku kaum Bajau dan Suluk. Sebab permintaan sangat banyak.
“Selama ini mereka tanya kenapa saya sibuk buat konsert di Filipina dan bukannya di sini. Sebab ketika itu rezeki di sana dan sekarang baru diberi kesempatan untuk buat di negara sendiri,” katanya.
Konsert itu bakal diadakan selama dua hari di dua lokasi berbeza secara tertutup dan terbuka iaitu di Sabah Hotel dan Tiong Hua Hall, Sandakan.
“Alhamdulillah, dari segi lokasi konsert dan penaja sudah ada. Malah ramai yang sudah tempah tiket. Tapi memandangkan terpaksa tunda jadi kita bawa ke tahun depan. Mereka okay dan masing-masing tak sagar nak teruskan konsert ini.
“Insya-Allah, pada konsert ini saya akan menyanyikan lagu dalam Bahasa Suluk, Bajau dan Tagalog. Semoga kes Covid-19 semakin berkurangan dan konsert ini berjalan lancar,” katanya.
Konsert itu juga bakal menampilkan penyanyi baharu Husadee dan beberapa lagi penyanyi tempatan di Sabah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Love You So Much!,”- Nadiyah Shahab Titip Ucapan Hari Jadi Buat Imamnya, Siap Berpelukan Di Itali!
Pelakon, Nadiyah Shahab ada menitip ucapan hari jadi buat suami tercinta, Ben Ali yang kini sudah genap mencecah usia 29 tahun.
Kongsi pemilik nama sebenar Sharifah Nadiyah Syed Fuad Al Shahab ini, dia bersyukur kerana Ben menjadi peneman hidupnya.
“Happy 29th birthday my sweetheart.
“4 years together and I still think the sun shines out of your ass.
“It’s funny my adoration for you grows everyday when in truth I was kinda expecting to get bored after marriage HAHA!
“Turns out you’re ten times more fun, even sillier now, infinitely more loving and could it possibly be that you’re funnier too? A life with you to annoy me everyday is the BEST life and isn’t it great I finally get your jokes?
“Love you so much my living walking giant teddy bear, I live for the soft marshmallow that envelops your being and may you achieve your “by-30” goals this year baby! Continue to be the inspiring spirit that you are, you’ll always be the most spectacular human being in my world,” tulis Nadiyah sambil disertakan foto berpelukan bersama Ben di Itali.
View this post on InstagramA post shared by Nadiyah Shahab (@nadiyah.shahab) on
Lalu, netizen turut menitip ucapan buat Ben yang merupakan pengasas kek.
Untuk rekod, pasangan ini berkahwin pada 10 November 2018.
Nadiyah turut menerima wang hantaran berjumlah RM45,000 selain menyerahkan lima dulang hantaran berbalas jumlah sama daripada pengantin lelaki.
View this post on InstagramA post shared by Nadiyah Shahab (@nadiyah.shahab) on
View this post on InstagramA post shared by Nadiyah Shahab (@nadiyah.shahab) on
View this post on InstagramSince your wife is a walking umbrella, you can always take shelter with her 😂❤️ @bena1i
A post shared by Nadiyah Shahab (@nadiyah.shahab) on
View this post on InstagramNever thought these eyes would behold such beauty.
A post shared by Nadiyah Shahab (@nadiyah.shahab) on
Foto : Instagram Nadiyah Shahab
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI