“Setakat Ini, Keadaan Bahagian Mata Kirinya…,” – Hanya Fikir Keselamatan Isteri, Aidil ‘Update’ Keadaan Fasha Sandha

Share

Pelakon Aidil Aziz tak mahu tuding jari seterusnya enggan menyalahkan mana-mana pihak susulan insiden yang menimpa isterinya, aktres Fasha Sandha ketika menjalani penggambaran sebuah drama di Johor Bahru, Johor, semalam.

Aidil atau sebenarnya, Mohd Aidil Abdul Aziz, 35, berkata, ketika ini dia hanya mahu mengutamakan kesembuhan isterinya yang mengalami kecederaan di bahagian mata kiri terlebih dahulu.

“Buat masa ini saya tak sempat nak fikir, apa yang penting sekarang adalah keadaan Fasha. Saya mohon kepada semua untuk tolong mendoakan Fasha diberi kekuatan.

“Produksi ada menghubungi saya untuk meminta maaf berhubung apa yang telah berlaku. Perkara ini pun sudah terjadi, nak cerita lebih pun tak ada guna,” katanya.

Aidil turut menjelaskan, pihaknya sedang berusaha untuk memindahkan Fasha mendapatkan di Kuala Lumpur.

“Sekarang isteri saya sedang dirawat di Johor Bahru dan ketika ini sedang menunggu keputusan daripada doktor sama ada dia boleh dibawa ke Kuala Lumpur atau pun sebaliknya.

“Saya masih lagi di Kuala Lumpur dan sedang bersedia sekiranya Fasha dibenarkan untuk mendapatkan rawatan susulan di sini,” katanya lagi.

Ditanya mengenai keadaan semasa Fasha, bapa kepada dua cahaya menambah, isterinya itu masih di bawah pemantauan dan sedang berehat.

“Setakat ini, Fasha hanya memaklumkan mengenai perkembangannya kepada saya dan doktor pun menasihatinya untuk banyak berehat.

“Setakat dimaklumkan, keadaan di bahagian mata kiri Fasha masih lagi bengkak dan tulangnya patah,” katanya.

Terdahulu, menerusi kenyataan yang dimuat naik di akaun Instagram Fasha, pihak pengurusannya memaklumkan, tulang mata kiri Fasha patah.

Selain itu bebola matanya juga bengkak selepas terhentak di bucu katil ketika menjayakan sebuah.

Menerusi video yang dikongsikan, Fasha turut dikihat telah dikejarkan ke sebuah pusat perubatan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH