Pempengaruh Haqiem Stopa mengakui kesilapannya kerana memandu tanpa lesen selepas tular gambar seorang lelaki ditahan polis dan surat saman di laman sosial, kelmarin.
Meski foto berkenaan dikaburkan pada bahagian wajah, namun rata-rata netizen meneka ia ialah ‘influencer’ berusia 22 tahun itu.
Meski mengakui dia ditahan polis ketika melalui sekatan jalan raya terbabit, Haqiem menerusi laporan Harian Metro menafikan dia disaman atas kesalahan tiada lesen motosikal.
Sebaliknya, dia ditahan ketika memandu kereta dan hanya satu notis saman dengan nilai RM600 atas dua kesalahan dikeluarkan ke atasnya dan bukan banyak seperti didakwa segelintir netizen.
“Selesai makan malam, saya dan pemandu peribadi terus bergerak untuk pulang ke pejabat saya di Sungai Buloh. Kebetulan pemandu peribadi saya tidak larat, jadi saya pandu kereta sendiri namun ditahan polis kira-kira jam 11 malam ketika melalui satu sekatan jalan raya di ibu kota.
“Hasil pemeriksaan, polis dapati saya tiada lesen memandu dan nombor pendaftaran tidak ikut spesifikasi, jadi saya terima kerana mereka (polis) hanya jalankan tugas. Lagipun memang betul saya bersalah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Haqiem bagaimanapun kesal apabila gambar dengan notis saman yang tertera butiran peribadinya ditularkan.
Ads
“Hairan juga siapa yang curi-curi ambil gambar kerana hanya saya, pemandu peribadi dan anggota bertugas sahaja ada ketika itu. Gambar itu agak jelas kerana diambil dari jarak dekat dan notis saman ditularkan juga tertera nama serta alamat penuh tempat ibu bapa saya menetap.
“Bagi saya, gambar dan butiran peribadi saya tidak sepatutnya dihebahkan kepada umum kerana ia membabitkan privasi dan dibuat (dihebahkan) tanpa persetujuan saya.
“Lagipun saya pernah terima ugutan sebelum ini, jadi bimbang sekiranya berlaku perkara tidak diingini kepada orang tua apabila alamat rumah ditularkan,” katanya.
Dia turut menambah, hanya adik-beradiknya tahu mengenai kes berkenaan setakat kelmarin kerana dia cuba merahsiakan hal itu daripada ibu bapanya.
Ads
“Mereka (adik-beradik) ada tegur dan semua okay selagi ia tidak babitkan jenayah berat seperti dadah. Untuk saya pula, nak kata terganggu sangat daripada segi mental tidak juga kerana pengurus yang bantu semak kebanyakan mesej di telefon bimbit.
“Setakat ini, saya boleh hadap lagi situasi dan akan cuba cari masa untuk ambil lesen memandu kereta nanti. Buat masa ini saya tangguhkan dahulu (ambil lesen) kerana masih gunakan khidmat pemandu peribadi untuk ke mana-mana,” katanya lagi.
Berhubung statusnya sebagai ikon permotoran yang sering dipertikai netizen, Haqiem mengulas diasudah banyak kali dia menjelaskan kekeliruan ramai dalam hal itu.
“Banyak kali sudah saya beritahu yang gelaran itu bukan dapat secara rasmi tetapi orang tak faham
Ads
“Apa boleh buat, cuma saya berharap netizen dapatkan berita betul sebelum percaya bulat-bulat kerana kesilapan penyampaian cerita boleh rosakkan reputasi seseorang,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan berita mengenai seorang pempengaruh terkenal disaman kerana didapati tidak mempunyai lesen memandu ketika ditahan dalam pemeriksaan di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, lelaki berusia 20-an berkenaan ditahan ketika sedang memandu kereta jenis Audi.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim ketika dihubungi mengesahkan polis mengeluarkan notis saman terhadap individu berkenaan bagi kesalahan tiada lesen memandu dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Tahniah diucapkan buat pelakon dan penyanyi, Bella Astillah yang diumumkan selaku pemenang Celebrity Of The Year di Tik Tok Awards 2024 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur pada Ahad.
Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah turut menewaskan lima pencabar lain iaitu Nabila Razali, Hairul Azreen, Amsyar Lee, Siti Khadijah Halim dan Meerqeen
Menurut Bella, Tik Tok merupakan platform yang bermanfaat sekiranya digunakan dengan betul.
“Ribuan terima kasih saya ucapkan untuk anugerah ini. Saya tidak terfikir pun akan menang.
“Sejak menyertai Tik Tok pada 2018, saya merasakan platform ini memberikan impak positif dan membuka peluang buat ramai pihak.
“Semoga kita dapat berikan yang terbaik di dalam semua perkongsian kita,” katanya sejurus selepas menerima anugerah.
Sementara itu, satu lagi kategori utama iaitu Creator Of The Year pulah telah dimenanagi oleh pempengaruh Che Sayang Kitchen.
Che Sayang atau nama sebenarnya Qayyum Halid dilihat sebak saat menerima anugerah di atas pentas.
“Terima kasih kepada yang undi saya. Sebenarnya saya rasa mustahil nak menang.
Ini hasil kerja keras dua kali ganda.
“Kalau anda boleh bermimpi, itu bermakna anda juga boleh berkerja keras untuk kejar mimpi tersebut,” katanya sebak.
Dalam pada itu, Brader Wheel Chair dan Lokohopunohgroup pula meraih trofi anugerah istimewa Changemaker Of The Year.
Anugerah istimewa ini bertujuan untuk mengetengahkan dan memberi sokongan kepada mereka yang berani mencipta impian.
Berikut adalah senarai penuh pemenang bagi kategori pilihan popular dan pilihan juri Tik Tok Awards 2024;
Pemenang Pilihan Juti
1. Entertainment Creator of the Year:
– Kanafly
2. Animation Creator of the Year:
– Yimotapir
3. Gaming Creator of the Year:
– King Shah X
4. Education Creator of the Year:
– AminXAbid
5. Food Creator of the Year:
– Tang_Guo
6. Sports Creator of the Year:
– Amaranas
7. Beauty & Fashion Creator of the Year:
– Aishah Rahim
Pemenang Pilihan Popular
1. Video of the Year:
– Agy.Official
2. TikTok LIVE Creator of the Year:
– Acap S @ Asraf Jaafar
3. TikTok Shop Creator of the Year:
– Pinn Yang
TikTok Awards Malaysia 2024 menampilkan Che Puan Sarimah Ibrahim dan Janna Nick sebagai pengacara utama, manakala Ain Edruce dan Ceddy Ang menggalas tanggungjawab sebagai hos karpet merah.
Turut memeriahkan acara adalah persembahan dari artis popular seperti Aina Abdul, Naim Daniel, Aisha Retno, Sarah Suhairi, Amir Jahari, Zubir Khan, Ezra Kairo, Alfie Zumi, Muahx, Faizal Tahir, Wani Kayrie dan Afieq Shazwan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Mengorak langkah dan mula mengukir nama sebagai model muslimah, sebelum namanya menjadi tular dek kerana mempunya rupa paras persis pelakon jelita, Mira Filzah.
Nama pelakon yang masih hijau, Qasrina Karim semakin mendapat perhatian di dalam industri seni Malaysia, malah kian memuncak setelah membintangi drama bersiri terbaru, berjudul My Famous Ex-Boyfriend yang ditayangkan di slot Megadrama, Astro Ria.
Rahsia Qas Sentiasa Cantik Dan Bertenaga!
Qasrina yang lebih mesra disapa sebagai Qas bukan sahaja menjadi perhatian orang sekeliling dengan wajah yang manis dan ayu. Ramai yang mengidolakan gadis ini kerana keterampilannya sebagai wanita hijabi yang sopan dan cantik.
Pasti ada dikalangan peminat khususnya, gegadis diluar sana yang ingin mengetahui rutin kecantikan Qasrina, yang sentiasa tampil elegan dan ‘on point’ meski pun sedang sibuk melunaskan tanggungjawab kerjaya. Apa agaknya rahsia Qas ya?
Ketika ditemubual MH, Qas menjelaskan bahawa dia tidak pernah culas melakukan rutin kecantikannya, walaupun sibuk. Katanya, itu merupakan satu investment jangka panjang bagi kekalkan kecantikan diri sebagai seorang selebriti dan juga Public Figure.
Kecantikan Satu Investment Besar!
“Kecantikan ini satu investment jadi saya amat pentingkan penjagaan kulit wajah.
“Walau sibuk macam mana pun, skincare is a must kerana itu satu kepentingan dalam menjaga kecantikan diri.” ujarnya.
Apabila disoal mengenai tip atau bahan alami yang digunakan, Qasrina akui dia mengambil suplemen untuk membantu mengekalkan kemulusan kulit wajahnya seperti vitamin C selain untuk kekal bertenaga.
Malah, dia juga gemar mengambil buah-buahan sebagai bahan semula jadi untuk tubuh badannya.
“Suplemen yang saya ambil adalah Vitamin C, tak perlu tambahan yang lain kerana ia cukup berikan kecergasan buat badan sebab sering rasa penat bila shooting.
“Saya juga suka makan buah-buahan seperti Blueberi, Strawberi dan juga Salad. Ia menjadikan diet seimbang untuk tubuh badan dan kulit wajah!” katanya lagi.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Pelakon Erra Fazira telah menyambut hari kelahirannya yang ke 45 pada 9 Februari yang lepas.
Anak kepada pelakon jelita Rozita Che Wan, iaitu Aaisyah Dhia Rana atau gemar dikenali sebagai Aaisyah telah memuat naik satu video di akaun Instagram miliknya berserta ucapan hari jadi kepada Erra Fazira.
“Assalamualaikum Erra Fazira, happy birthday to you, muah” kata si comel itu.
Selepas hampir 10 tahun berehat, pengarah dan pelakon Pierre Andre tidak cemburu dengan kejayaan yang telah diraih oleh dua rakan pengarah lain, Syamsul Yusof dan Syafiq Yusof yang kini ‘mendonia’ dalam industri perfileman tanah air semasa.