Penyanyi terkenal, Faizal Tahir tidak akan menolak sekiranya diberikan peluang untuk menyertai misi bantuan dan kemanusiaan di negara bergolak, Palestin.
Bagaimanapun, Faizal mahu kehadirannya itu mempuyai motif yang jelas dan bukan hanya sekadar melawat.
“Saya tiada masalah untuk ke sana tapi saya kena pastikan kehadiran saya itu dapat memberikan satu impak atau perubahan.
“Kalau saya setakat pergi tapi tak tahu apa yang kita boleh buat, rasanya tak perlu. Orang-orang di sana pun kini sedang berperang. Sumbangan mereka juga amat dasyat.
“Jika saya setakat pergi untuk bagitahu yang saya ini merupakan wakil daripada Malaysia, lebih baik tak payah.
“Lebih baik saya duduk di Malaysia dan fikirkan inisiatif lain,” katanya kepada MH.
Ads
Penyanyi lagu Maha Karya Cinta itu berkata sedemikian ketika ditemui di program Faith4Palestine baru-baru ini.
Jelas Faizal lagi, perkara sama turut disuarakan oleh isteri kepda aktivis kemanusiaan, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman yang juga merupakan warganegara Palestin.
“Seperti yang diperkatakan isteri kepada Nadhir, lebih baik dia duduk di Malaysia dahulu buat ketika ini. Kalau datang ke Palestin pun tak banyak perkara yang dia boleh buat.
“Mereka yang berada di Palestin ini sedang berjuang untuk hidup. Jadi, buat mereka yang berada di luar, lebih baik bantu menyebarkan kesedaran tentang apa yang berlalu ketika ini,” ujarnya lagi.
Ads
Pada masa sama, Faizal turut mengulas mengenai pandangan negatif segelintir pihak yang menyifatkan penganjuran konsert pada ketika ini seakan tidak sensitif dengan konflik yang sedang berlaku di Palestin.
“Yang penting adalah pengisian. Saya bersyukur kerana mempunyai team pengurusan yang mampu memberikan nasihat tentang apa yang patut saya lakukan.
“Alhamdulillah, saya ada lagu yang sesuai untuk dinyanyikan. Kalau saya nyanyi lagu Batu Dan Golek tadi, memang tak sesuai la.
Ads
“Kalau penyanyi lain tiada lagu yang sesuai, nyanyi lagu cover sahaja” ujarnya lagi.
Terdahulu, program Faith4Palestine anjuran Faizal telah berjaya mengumpul wang dana berjumlah RM43,806.21 dalam masa satu hari.
Dalam acara tersebut, Faizal telah melelong barangan kesayangannya seperti trofi AJL, gitar, kasut, jaket kulit dan 47 figura aksi.
Keseluruhan wang tersebut akan disumbangkan bagi membantu mangsa perang di Palestin menerusi pertubuhan Cinta Gaza Malaysia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Drama Nur 2 hampir menemui penghujung dan semakin lama, semakin kerap pula kritikan dilemparkan sehingga pelakon drama hebat ini turut terpanggil memberi respon terhadap drama arahan Shahrulezad Mohameddin itu.
Menurut Azhan Rani yang berkongsi sebuah artikel ‘Nur Dipanggil Bodoh’, tulisnya, dia menyedari akan ‘kebodohan’ watak yang dimainkan barisan pelakon, namun Nur 2 dibikin bukanlah untuk memuaskan hati sesiapa.
“Terbaca perkongsian ni.
“Lama juga dah aku nak bercakap pasal ni sepanjang #nur2 bersiaran… sebenarnya reaksi korang ni semua adalah reaksi cliche dan memang aku dah jangka.. disebalik yang beria suka drama ni memang adalah yang menyalak tak suka, kata drama ni bodoh, aku bodoh, pengarah bodoh, cerita bodoh apa saja la bodoh dalam #nur2 ni.
“Ye aku tak nafikan kebodohan tu bila aku setuju nak sambung #nur2 ni walaupun dari awal memang aku tak suka sambung.. sebabnya memang akan ada yang akan nak membandingkan #nur dengan #nur2 atau dengan cerita lain.
“Dah tentu #nur yang mula2 lebih asli tiada tekanan membikinnya.. #nur2 lahir dari permintaan peminat2 drama #nur sendiri.. maka sebagai tanda penghargaan dibikinlah #nur2 .. namun #nur2 bukanlah dibuat untuk memuaskan hati sesiapa.”
Tambahnya lagi, drama ini mencerminkan realiti dalam hidup.
“Ini drama untuk kita mencerminkan diri akan fantasi cerita ini dengan realiti kita.. #nur2 menyampaikan pesan dan peringatan. sakit untuk dipandang tapi tapi tak boleh untuk kita lepaskan.
“Semestinya aku pun tak akan kata ini karya bijak.. jadi aku terima rakan2 lakon , rakan penerbit, penonton mahupun netizen yang menghamburkan kata2 bodoh pada aku termasuk pengarah cerita ni @budakijat.
“Aku terima setulus ikhlas.. hidup ini dalam 24 jam sehari kita akan ada dalam bodoh dan pandai.. secara positifnya adanya kebodohan dan kekurangan kami ini adalah asbab untuk korang melengkapkan kekurangan ini agar lebih banyak karya2 bijak lahir selepas ini ditangan korang.
“Jadi jangan sekadar melalak.. baiki kelemahan kami dalam karya korang pula. yg pelakon majukan diri dengan lakonan lagi baik, yang penerbit hasilkan karya yang lebih tinggi kualiti dan nilai murni kepada penonton,” tulisnya lagi.
Dia juga memohon agar netizen tidak hanya melihat Nur sekadar drama, namun ambil pengajaran untuk pembangunan minda.
“Penonton dan netizen pula zahirkan pembangunan minda korang dengan mengambil impak2 positif bukan lagi pada hal2 populariti karya tapi isi karya.. kalau benci watak syaiton aku ni..buktikan korang mampu jadi manusia lebih baik dimuka bumi ni.
“Terus sama2 berikan saranan baik.kita akan sama2 membangunkan drama yang baik untuk penonton dan generasi akan datang. esok #nur2 habis. tugas kami dah selesai.. korang dah boleh mulakan sekarang tugas korang buat yang jauh lagi baik daripada kami. ayuh. sama2.”
Garapan setiap watak dan perwatakan dilihat berjaya membangunkan drama ini menjadi lebih menarik setiap hari. Kalau tidak, tiadalah netizen yang merempan setiap hari akibat sakit hati dengan Nur, Ustaz Adam, Julia dan Ustaz Hamadi.
Lebih mengejutkan, jiran sebelah rumah yang hanya muncul sesekali boleh menjadi trending, wushu wushu wushu surat khabar cina…hahaha
Foto : Instagram Azhan Rani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas berhempas pulas hampir lapan minggu, Farhan Mustapha menepati ramalan apabila namanya diumumkan sebagai juara Gimme The Mic Malaysia 2024.
Persembahan konsisten yang dipamerkan hampir setiap minggu dan malam ini membolehkan Farhan membawa pulang hadiah utama RM10,000 sumbangan Astro, USD2,000 daripada Tik Tok, projek album single bersama Rocketfuel dan trofi.
Rezeki malam akhir, Farhan turut membolot Anugerah Gimme The Mic Alha Alfa sekali gus menang wang RM10,000.
Malah, peserta berusia 26 tahun ini juga bakal mengetuai cabaran ke peringkat Gimme The Mic Global bersama lima lagi pemenang Grand Six.
Melengkapkan kedudukan Grand Six itu ialah Jelly Belly, Shazreen Shaharum, Syaffiq Sahli, Ameerais dan Bulan Asyraff.
Kesemua mereka bakal berentap bersama para peserta daripada negara-negara lain.
Pada malam ini, peserta yang layak ke peringkat Grand Six telah pun membuat dua persembahan.
Manakala, cabaran empat peserta lain iaitu Epet, Junllyod Egano, Syamel Hamzah dan Raes terhenti di pusingan pertama konsert finale Gimme The Mic Malaysia.
Kesemua peserta malam ini diadili oleh empat juri tetap yang terdiri daripada artis terkenal iaitu Hael Husaini, Ajai, Yuna dan bintang Indonesia Bunga Citra Lestari.
Konsert finale Gimme The Mic Malaysia yang berlangsung di Auditorium CIDB, Cheras dihoskan oleh Sherry Al Hadad dan Sean Lee.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon berpengalaman, Nor Khiriah meluahkan rasa sebak dan gementar saat melakonkan babak di dalam liang lahad untuk drama Seribu Tahun, sebelum ini.
Menurut Khiriah, babak...