“Setan Kerja 24 Jam Menghasut Kita Hingga Kiamat,” – Sejuk Hati Zulin Aziz Bila 2 Orang Sahabat Mahu Berhijab

Share

Pelakon dan pengacara, Zulin Aziz ada berkongsi kisah hijrah dua sahabatnya iaitu Leyla Krisya dan Puteri Emilia Mohd Hanif.

Kedua-dua mereka yang lahir menerusi program realiti Pilih Kasih meminta pendapat Zulin untuk mengenakan hijab namun berasa tidak yakin pada awalnya.

Bagaimanapun, Zulin tampil memberi semangat dan berdoa agar mereka memulakan hijab secara perlahan-lahan dan kekal istiqomah.

“Pagi2 Leyla ajak shopping tudung. Tiba-tiba Menangis . Dia kata .. Zulin, aku mimpi aku mati malam td…aku mimpi aku mati dlm keadaan berhijab. Aku nak pakai tudung terus..

“Allah..Leyla, sejuk hati aku dengar pagi2 ni


itu namanya kau dpt hidayah
Mula2 saja je Zulin suruh dia keluar dgn Zulin pakai tudung..

“Dia ckp nnt aku dh kawen aku akan pakai tudung. Zulin cuma senyum kat dia.nak pakai tudung ni kena ikhlas niat kerana Allah .semoga kau dapat hidayah satu hari nanti.
Esoknya dia minta tudung lg.Harini aku nak pakai tudung lah zulin. Zulin katalah Alhamdulillah hari2 pun tak apa.Ambik jelah tudung apa ada tu.nampak manis je dia bertudung kan?

“Harini dia kata nak beli tudung and ambil keputusan nak terus berhijab.Alhamdulillah. Allahuakhbar.Leyla..zaman kita nakal sama2,bila tengok sorang2 berubah MashaAllah ..indahnya rasa.

“Pasti setiap dari kita akan diuji keimanannya. Setan bekerja 24jam setiap saat menghasut kita hingga kiamat.Apa yg buat iman kita kuat,kita jangan tinggal solat,insyaAllah kita sentiasa dalam lindungan Allah swt,” tulis Zulin. 

Sementara itu, sahabatnya, Puteri Emilia Mohd Hanif yang juga merupakan pelakon pembantu dalam drama Cinta Koko Coklat turut terkesan dengan penghijrahan Leyla.

“Allahuakhbar.
Pagi tadi bila Leyla tulis dlm group dia nak pakai tudung.. @emeliehanif_official pun ckp hati dia sayu, dia kata dia pun nak berhijab. Allahuakhbar. Allahuakhbar..

“Doakan kawan2 saya yaaa semua…
Indahnya persahabatan kami ni tak tau nak ckp mcmana. InsyaAllah kami saling menyokong antara satu sama lain kearah kebaikkan.Perlahan-lahan,kita belajar jadi baik dari sebelumnya.

“Kita susah sama2
Senang sama2
Nangis sama2
Ketawa sama2
Allah jemput kita berdua pergi umrah bersama @emeliehanif_official.
Allah beri kita rezeki,beri kita peluang,
Syukur Alhamdulillah.
Semoga Allah terus beri kita hidayah..

“Semoga Allah bukakan,sucikan hati setiap dari kita.
Hidayah milik Allah 
Doakan semoga @emeliehanif_officialkuatkan iman,kuatkan pendirian dan yakin dengan rezeki Allah swt.

“Dulu masa saya ambil keputusan nak berhijab,ramai ckp saya mungkin akan kurang tawaran berlakon.Tapi saya kuatkan hati,saya percaya pada rezeki Allah.Kalau saya miskin pun didunia ,saya nak kaya dengan pahala di akhirat, InsyaAllah.

“Alhamdulillah,saya makin murah rezeki sebenarnya selepas saya berhijab.Saya dapat mcm2 tawaran yg saya tak pernah dapat masa saya free hair.
Kita mencari rezeki dan berkat Allah
InsyaAllah Allah permudahkan
Sahabatku dunia akhirat. ? 
@leyla_krisya @emeliehanif_official, tulis Zulin. 

Foto : Instagram Zulin Aziz

Published by
Amynur Akmal