Genap setahun pada 19 Mac lalu, populariti Siti Aafiyah Khalid sukar dinafikan.

Apatah lagi, si cilik ini merupakan satu-satunya cahaya mata penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Jadi, ketahui 10 trivia menarik Siti Aafiyah yang mungkin ramai tak tahu. Jom layan!

1. Sepanjang tempoh 11 tahun berkahwin dan beberapa kali percubaan rawatan kesuburan ‘In Vitro Fertilization (IVF)’, akhirnya doa Siti untuk mendapatkan cahaya mata akhirnya dimakbulkan.

2. Mendapat nama Siti Aafiyah ketika sedang menunaikan umrah, jelas Siti, dalam doa ada menyebut perkataan ‘Aafiyah’ yang membawa maksud untuk menyelamatkan daripada sebarang kesusahan yang menimpa, menjadi sihat dan mempunyai wang yang cukup.

3. Walaupun tiada akaun Instagram, namun anak ketiga Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, Asyraf Khalid telah mencipta akaun untuk adiknya. Sehingga kini jumlah pengikut laman Instagram tersebut mencecah 258,000.

IKLAN

Setara Populariti DS Siti Nurhaliza, Ini 10 Trivia Menarik ‘Siti Aafiyah Anak Ibu’, Kalau Ada Yang Belum Tahu!

4. Satu-satunya bunga dalam keluarga dan mempunyai 4 orang abang iaitu Muhd Anas Zawawi, Muhammad Adib, Muhammad Asyraf dan Aazief.

5. Menariknya, Aafiyah punya tagline tersendiri dan sering disebut-sebut oleh netizen selepas dipopularkan oleh Siti, ‘Aafiyah anak ibu.’

IKLAN

6. Sebelum memuat naik foto Aafiyah di laman sosial, Tok Ti akan meminta pandangan dan izin suami terlebih dahulu. Bimbang jika ia tidak sesuai untuk dikongsikan.

7. Tok Ti pernah mendedahkan tidak mahu anaknya terlalu terdedah kepada umum kerana masih kecil.

8. Baru berusia setahun, namun Aafiyah telah ‘bercuti’ ke beberapa buah negara seperti Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jepun, Indonesia dan Singapura. Hebat!

IKLAN

9. Sewaktu namanya baru sahaja diumumkan, Siti Aafiyah mempunyai lebih 60 akaun palsu di laman Instagram.

10. ‘Mencuri’ populariti ibunya, ulas pengurus, jika dahulu netizen akan bertanya perihal Siti, namun kini tumpuan teralih kepada si anaknya pula.

Foto – Instagram Siti Nurhaliza

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI