Dalam video berdurasi 50 saat itu juga menyaksikan DSV kelihatan begitu teruja dapat memegang mop menggunakannya sambil dirakam oleh anaknya, Cik B.
Ads
Sementara itu, di ruangan komen, kelihatan ramai yang terhibur dengan aksi penyanyi lagu I Am Me itu.
Ads
Alahai, MH sendiri turut terhibur dengan rakaman video tersebut. Apa taknya, DSV membuatkan seolah-olah melakukan kerja mengemop itu kelihatan begitu seronok sekali.
Apa-apapun, mungkin akan ada yang buat parodi mengemop selepas ini? Semua gara-gara DSV!
Foto/Instagram: Datuk Seri Vida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza akui terharu dengan sorakan dan tepukan gemuruh para penonton selepas selesai membawakan lagu Power Of Love nyanyian asal penyanyi terkenal dunia, Celine Dion di konsert Hitman David Foster & Friends malam tadi.
Menurut Siti, dia mahu membuktikan penyanyi Malaysia juga mempunyai kualiti yang baik dan mampu bersaing dengan penyanyi-penyanyi antarabangsa.
“Alhamdulillah, Allah tolong saya dan semuanya kerana anda yang berada di sini malam ini.
“Anda yang memberikan saya semangat untuk buktikan yang penyanyi Malaysia juga mempunyai kehebatan yang tersendiri,” katanya.
Disebabkan tepukan gemuruh itu, komposer dan penulis lagu terkenal, David Foster turut sempat berseloroh dengan mengatakan para penonton harus memberikan kredit yang lebih kepadanya kerana dia yang menciptakan lagu ikonik tersebut.
“Saya hanya nak ingatkan anda satu perkara, dia (Siti Nurhaliza) tak tulis pun lagu itu. Saya yang tulis.
“Nyanyi awak begitu indah sekali. Awak menyanyikannya dengan bagus,” selorohnya.
Dalam pada itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut menyifatkan peluang berada sepentas bersama David Foster ibarat mimpi jadi kenyataan.
“Terima kasih kerana menjemput saya dipertunjukkan awak malam ini (Isnin). Saya sangat gembira kerana saya dapat sekali lagi bersama dengan insan yang saya kagumi.
“Ia merupakan mimpi jadi kenyataan untuk berada di satu pentas bersama David Foster dan menyanyikan lagu beliau,” ujarnya lagi.
Bukan setakat itu, David Foster bersama seluruh pemuzikya turut mengiringi Siti untuk menyanyikan salah satu lagu di dalam album terbaharunya, Sitism yang berjudul Seindah Matahari.
Selain Siti, Konsert Hitman David Foster & Friends ini turut menampilkan barisan penyanyi popular antarabangsa seperti Loren Allred, Peabo Bryson, Katharine McPhee dan Michael Bolton.
Penyanyi, Loren Allred membuka tirai persembahan dengan menyayikan lagu popularnya, Never Enough yang juga merupakan lagu runut bunyi bagi filem The Greatest Showman.
Loren kemudiannya bergandingan bersama Peabo Bryson untuk membawakan lagu A Whole New World yang dipetik daripada filem Aladin 2019.
Dalam pada itu, seluruh penonton seakan mengimbau memori ketika zaman kanak-kanak apabila Katharine McPhee berduet bersama Peabo untuk menyanyikan lagu daripada animasi popular Disney, Beauty And The Beast.
Suasa romantis turut menghangatkan segenap ruang di Megastar Arena saat penyanyi popular era 80-an Micheal Bolton naik ke pentas.
Meskipun usianya sudah mencecah 70 tahun namun, kualiti vokalnya saling tidak tumpah seperti zaman mudanya ketika membawakan lagu When A Man Loves A Women, Said I love You But I Lied, Georgia On My Mind dan How Am I Supposed To Live.
Sebagai persembahan penutup, paduan suara Loren dan Katharine membuatkan penonton terpaku melihat mereka bergandingan menyanyikan lagu madley daripada penyanyi popular Hollywood, Whitney Houston menerusi album Bodyguard.
Konsert Hitman David Foster & Friends sememangnya berada di kelas yang tersendiri. Susunan muzik serta kualiti vokal yang mantap yang ditunjukkan barisan penyanyi membuatkan para penonton meninggalkan dewan dengan rasa puas hati.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara sesasi, Azwan Ali seakan memberikan bayangan tentang calon pemimpin yang diundinya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang yang menyaksikan abangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut bertanding di kawasan berkenaan.
Memetik laporan video yang dikongsikan portal berita, Malaysiakini, Azwan atau lebih mesra disapa Diva AA memaklumkan hubungan adik beradik tidak sesekali mempengaruhi undiannya sebaliknya, dia mahu memilih pemimpin yang boleh melaksanakan kerja dengan baik.
“Bercakap mengenai siapa yang akan saya undi? Anda rasa siapa? Jawapan saya senang sahaja. Bukan darah daging yang jadi percaturan.
“Walaupun saya sudah berpuluh kali memberikan kenyataan untuk berbaik dengan dia, tapi dia tak endah pun. Lu siapa? Konsep dia. Jadi, saya ajar balik la,” katanya seperti yang dipetik.
Jelas Azwan lagi, abangnya itu juga dikatakan tidak melakukan sebarang perubahan sewaktu memegang jawatan selaku Menteri Besar Selangor satu ketika dahulu.
“Tiada istilah undi adik beradik. Tiada isu di sini. Isunya sekarang adalah kita mahu memilih pemimpin yang berkebolehan. Bila kita tengok seseorang itu, kita tahu dia boleh memimpin terutamanya DUN Hulu Klang yang vass ini.
“Sendiri kena ingatlah saya pilih siapa. Kita tak nak pilih pemimpin yang dahulunya punya jawatan tapi tak tahu apa yang dia buat. Ada satu sen kau bagi dekat aku masa kau jadi menteri besar?,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Azwan difahamkan merupakan pengundi terawal yang selesai menjalankan tanggungjawab di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Klang Gate pagi tadi.
Sekadar info, kerusi DUN Hulu Kelang menyaksikan saingan satu lawan satu antara Mohamed Azmin yang juga bekas Menteri Besar Selangor dari Perikatan Nasional (PN) dengan dengan ‘anak didiknya’, Juwairiya Zulkifli mewakili Pakatan Harapan (PH).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Video: Twitter MalaysiaKini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan, Liyana Rosli atau lebih mesra disapa Kak KM menzahirkan rasa syukur dan bangga apabila memaklumkan anak perempuannya, Nabila Razman menerima tawaran menyambung pengajian di Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur.
Jelas Kak KM, segala penat lelahnya dalam membesarkan anak-anak dianggap berbaloi meskipun seringkali dikritik.
“Alhamdulillah syukur terima kasih ya Allah. Tahniah anak mama @nabilamalu. UNIVERSITI MALAYA anak aku. Hanya Allah je tau apa rasa perasaan ni bangganyaaa rasa berbaloi. Hilang penat lelah ni.
“Anak mama memang pandai sejak kecik lagi, 3 tahun lebih dah pandai membaca. Dapat BEST STUDENT KAT SEKOLAH… ya Allah happynya,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan anak kepada pelakon senior, Normah Damanhuri itu menerusi satu hantaran yang dikongsikan di laman Instagram.
Nabila bakal membuat pendaftaran secara dalam talian di dalam jurusan Diploma Pengurusan Perniagaan bermula 17-30 Jun ini.
“Tahniah anak mama, UM call. Nampak anak aku pandai. Korang dok mengata aku. Kak KM tergelek-gelek… Anak aku pandai weh dapat masuk Universiti Malaya. I love you anak mama,” katanya menerusi video yang dikongsikan.
Turut dimuatnaik ialah tangkap layar surat tawaran dari universiti awam terbabit.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira selain turut mendoakan semoga segala urusan anak gadisnya itu dipermudahkan.
“Ya Allah…Tahniah Bella sayang. I’m the happiest person ever. Really proud of you”
“Congrats Nabila. Hiraukan apa orang cakap. Suka tengok cara Kak KM satu family.”
“Alhamdulillah, tahniah! Moga Bella terus maju jaya buktikan dekat orang yang mengata tu habuk pun takda.”
“Congrats Kak KM. Bukan calang-calang tau boleh masuk UM ni. Good luck in future,” antara reaksi-reaksi netizen di ruangan komen.
Sementara itu menerusi platform sama, Kak KM sekeluarga turut meraikan kejayaan Nabila dengan menghadiahkan sebiji kek bersama hadiah wang ringgit dan telefon bimbit.