Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) muat naik satu video di laman Instagram menunjukkan dia sedang melakukan kerja mengemop lantai.
Namun apa yang menarik perhatian netizen apabila DSV sendiri mengakui ini adalah pertama kali dia memegang mop selepas 12 tahun.
“Setelah 12 tahun baru hari ini saya pegang mop, betul-betul mop, kemaskan, bersihkan. Bagi petua kat Cik B.
“Saya tak leh tengok bersepah. Nak bersih dan kemas, baru lahir idea,” tulisnya.
Dalam video berdurasi 50 saat itu juga menyaksikan DSV kelihatan begitu teruja dapat memegang mop menggunakannya sambil dirakam oleh anaknya, Cik B.
Sementara itu, di ruangan komen, kelihatan ramai yang terhibur dengan aksi penyanyi lagu I Am Me itu.
Alahai, MH sendiri turut terhibur dengan rakaman video tersebut. Apa taknya, DSV membuatkan seolah-olah melakukan kerja mengemop itu kelihatan begitu seronok sekali.
Apa-apapun, mungkin akan ada yang buat parodi mengemop selepas ini? Semua gara-gara DSV!
Foto/Instagram: Datuk Seri Vida