Pelakon Balkisyh Semundur Khan selamat menyambut kelahiran anak ketiganya kira-kira jam 12.09 pagi pada 9 Februari lalu.
Bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Nor Qaiyfaal Khan itu dilahirkan seberat 2.6 kilogram.
Balkiysh memaklumkan berita gembira itu menerusi perkongsian di Instagram.
“Assalamualaikum semua. Alhamdulillah saya telah selamat melahirkan ‘baby boy’ pada tarikh 09/02/2022 jam 12.09 pagi seberat 2.68kg setelah 42 jam bertarung,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Menerusi satu hantaran lain, Balkisyh yang sinonim menerusi siri Mok Cun ini turut mendedahkan tarikh lahir anak sama dengan ulang tahun kelahiran suaminya, Mohd Nazri Zakaria.
“Allamdulilah selesai sudah register nama baby hari ini, Muhammad Nor Qaiyfaal Khan. Masa Lahir Baby : 12.09. Tarikh Lahir Daddy : 12.09. Alhamdulillah kebetulan, syukur,” tulisnya lagi.
Balkisyh mendirikan rumah tangga bersama Mohd Nazri pada 26 Disember 2020 di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Bintang itu sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga buat pertama kali pada 2007 dan bercerai pada 5 September 2017.
Hasil perkahwinan itu, dia dan belas suami dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qalesya dan Muhamad Nor Qaisyh Khan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.