Berita

“Setelah 7 Hari Kami Berkongsi…,” – Genap Seminggu Bersalin, Dayah Bakar Umum Nama Anak Kedua & Maknanya Cukup Indah

Share

Pengacara Dayah Bakar yang selamat menimang cahaya mata keduanya pada 29 Disember tampil berkongsi nama pilihan buat anak lelakinya itu.

Menerusi Instagram, Dayah dan suami sepakat memilih nama yang cukup indah iaitu Armand Muhammad Fayyadh yang mempunyai makna yang cukup indah.

“Setelah 7 hari, kami berkongsi nama putera kedua kami, Armand Muhammad Fayyadh.

Armand : Pengikut Tuhan, harapan, tekad , tentera, orang baik dan terhormat.

“Muhammad : Yang terpuji, dirahmati. Fayyadh : Banyak berbuat kebajikan, banyak memberi/dermawan.

“Semoga sifat-sifat yang membentuk seiring dengan namamu. Semoga menjadi seorang anak yang soleh, budiman, besar jiwanya, merendah diri dan berbakti kepada agama dan negara,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Menerusi hantaran sama, Dayah di samping suami iaitu Muhammad Hanif Hamidi turut berkongsi momen bahagia bersama anak sulung, Achbar Muhammad Fahri yang baru pertama kali bertemu dengan adiknya.

Perkongsian yang dimuat naiknya berapa hari lalu dalam bentuk video itu sudah pun menerima lebih 50,000 tanda suka disusuli dengan ucapan tahniah peminat dan rakan artis.

Kini dalam tempoh berpantang anak kedua, Dayah mendirikan rumah tangga bersama Hanif pada 29 Jun 2019.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH