Pihak syarikat kambing perap, Pak Mat Western tampil menjawab persoalan dan kerisauan orang ramai tentang pengagihan bantuan hasil infak daripada pelakon terkenal, Fattah Amin.
Menerusi satu hantaran di aplikasi Tik Tok, admin syarikat berkenaan memaklumkan kesemua hasil infak telah pun diamanahkan kepada beberapa pihak masjid untuk diserahkan kepada golongan sasar.
Jelasnya lagi, perkara ini juga telah mendapat persetujuan daripada Fattah sendiri.
“Pak Mat faham ramai yang risau. Ramai yang pertikai ‘kenapa tak beri dekat situ? Kenapa tak beri dekat sini?’ dan takut infak tidak sampai ke tangan sepatutnya.
“Setelah berbincang dengan Fattah Amin, ini salah satu jalan terbaik dan telus yang kami boleh buat,” tulinya.
Ads
Dalam pada itu, pihak syarikat juga percaya bahawa pihak masjid akan menjalankan tanggungjawab ini sebaiknya.
“In sha Allah, kami letak keyakinan dan amanah sepenuhnya pada masjid untuk agih pada asnaf,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Fattah telah menolak untuk menerima komisyen jualan daging kambing perap berjumlah RM90,000 sebaliknya diinfakkan kepada masjid yang terpilih.
Ads
Fattah berjaya menjual hampir 10,000 set kambing perap dalam tempoh tiga jam bersiaran langsung menerusi aplikasi TikTok.
Ads
Sepanjang tempoh itu, jumlah tontonan mencecah sebanyak 100,000 dengan meraih lebih 44 juta tanda suka.
Sementara itu, Fattah dalam laman sosialnya turut memaklumkan akan mengadakan satu lagi siaran langsung mempromosikan daging kambing atas permintaan ramai pukul 9 malam ini.
Kemunculannya dijangka disertai pemilik Pak Mat Western yang selama ini identitinya tidak diketahui ramai.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kalau dulu sering kita dengar perkataan ‘abang bomba’ namun kini di laman media sosial heboh tentang dua orang ‘awek bomba’.
Dua orang awek bomba yang dimaksudkan merupakan antara 40 pegawai dan anggota yang telah ditugaskan untuk memadam kebakaran di Pasar Besar Seremban Sabtu lalu.
Aksi berani dan lasak mereka telah menarik perhatian netizen selepas gambar mereka tular di internet.
Anggota yang dimaksudkan adalah, Nor Maisarah Ibrahim, 27 dan Siti Norhaliza Zakaria, 19. Aksi mereka yang sedang mengangkat peralatan memadam kebakaran telah dirakamkan dan kemudian dimuat naik di media sosial.
Menurut Maisarah, dia pada mulanya tidak mengetahui tentang gambarnya yang tular di media sosial namun selepas seorang rakannya berkongsi gambar tersebut di aplikasi Whatsapp barulah dia menyedari tentang hal itu.
“Saya tak perasan pun ada yang ambil gambar kerana tengah fokus bertugas bersama anggota lain. Lagipun ketika itu keadaan gelap dan orang agak ramai,” ujarnya.
Katanya lagi dia memang seorang yang sudah biasa dengan melakukan aktiviti lasak kerana minat dengan cabaran dan sukan lasak sejak dari sekolah lagi.
Dia juga memberitahu bahawa sebelum ini dia pernah bertugas sebagai seorang jururawat namun akhirnya menukar kerjaya sebagai anggota bomba kerana meminati kerjaya ini.
“Sebelum ini, saya bertugas sebagai jururawat tetapi menukar kerjaya sebagai anggota bomba kerana minat,” katanya.
Sementara itu, Siti pula berkata pada awalnya dia berasa malu dengan gambarnya yang tular di laman sosial itu.
Namun dia tidak menyangka ramai pula yang memberi semangat serta dorongan untuk dirinya terus berkhidmat sebagai anggota bomba.
“Saya tak pernah terfikir pun nak jadi bomba dan tak minat pun. Tapi selepas cuba menyertai pasukan ini, rasa teruja dengan kerjaya ini timbul.
Katanya lagi, dia juga berasa bangga sebagai seorang wanita, dia mampu untuk bekerja di dalam bidang yang dimonopoli oleh kaum lelaki ini. Bagi dirinya juga, kerjaya ini telah mendidik dia untuk menjadi seorang yang lebih berdisiplin.
Sumber: Sinar Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini, kecoh di laman media sosial mengenai isu pengasas dan usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat yang didakwa mengenakan kain telekung dan memasuki ruangan solat kaum wanita ketika menunaikan ibadah umrah.
Lalu, terdapat seorang individu telah meluahkan pendapat menerusi akaun media sosial Twitter miliknya.
Individu berkenaan telah memberikan kata-kata nasihat kepada penyanyi lagu Makhluk Pengoda itu untuk mencontohi usahawan kosmetik, Safiey Ilias.
“Mohon Encik Sajjad Contohi Safiey, apa pun pilihan hidup dia, dia masih tau MANA HALAL HARAM DALAM IBADAH,” tulisnya.
Mohon Encik Sajjad Contohi Safiey, apa pun pilihan hidup dia, dia masih tau MANA HALAL HARAM DALAM IBADAH. pic.twitter.com/ZibGQW4lya
Lantas, perkongsian individu tersebut telah menjadi perhatian dan menjadi topik perbualan hangat kalangan netizen.
Menurut sumber Berita Harian Online, agensi yang membawa ahli perniagaan kontroversi, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajad Kamaruzzaman menunaikan ibadah umrah, mengesahkan usahawan itu sudah dibawa keluar dari tanah suci Mekah.
Foto: Twitter Hfnz9
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Seberang, Upiak Isil menduduki markah paling rendah di kalangan semua bintang bertanding dalam saingan minggu kelima konsert Gegar Vaganza musim ke-8 (GV) yang bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi.
Upiak yang mempersembahkan lagu Pengemis Muda yang dipopularkan oleh Dato Sheila Majid menerima markah paling terendah iaitu sebanyak 57.00 peratus.
Sementara Nikki meneruskan persembahan konsisten minggu ini mendedangkan lagu berjudul Gelombang (Salamiah Hassan) sekali lagi meletakkan penyanyi itu di kedudukan markah tertinggi iaitu 79.50 peratus.
Aliff Aziz di tangga kedua dengan 77.80 peratus dan Ani Maiyuni, 67.80 peratus.
Ini dia senarai markah kesemua peserta GV8 minggu kelima;
Kesemua peserta diadili Datuk Ramli MS bersama Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz dan minggu ini, Datuk Yusof Haslam diundang sebagai juri jemputan.
GV8 masih mengekalkan Nabil Ahmad serta Jihan Muse sebagai hos (minggu ini digantikan Elly Mazlein kerana faktor semasa) dan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Juara membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 beserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara RM30,000 tempat ketiga.
Untuk rekod, musim pertama Gegar Vaganza dimenangi oleh Ayai (Ilusi), Siti Nordiana pada musim kedua, Azharina (GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Naqiu & Hady Mirza (GV6) dan Cliff Umar (GV7).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pelakon Eyka Farhana yang selamat mengikat tali pertunangan bersama kekasihnya yang juga pemain bola sepak Kebangsaan, Akhyar Rashid.Berita gembira itu dimaklumkan...