Pelakon Betty Rahmad teruja apabila dapat bersiar-siar bersama keluarga selepas beberapa bulan duduk di rumah bagi menangani wabak pandemik Covid-19.
Dalam masa sama, adik kepada Erma Fatima itu membawa anaknya, Ardy Wira menaiki Transit Aliran Ringan, LRT buat pertama kali.
“Finally @ardywira_ goes on his first train ride! Happy lah dia setelah berbulan-bulan terkurung dalam rumah.
“Alhamdulillah priceless lah reaction dia happy nampak train #ardywira #17monthsold,” tulisnya.
Menerusi video yang dirakam Betty, menyaksikan reaksi Wira buat pertama kali menaiki LRT.
Sementara itu, di ruangan komen,rata-rata terhibur melihat gelagat kanak-kanak lelaki berusia 1 tahun 5 bulan itu.
Terdahulu, Betty dan Ardy Damis mendirikan rumah tangga pada 4 Februari 2018.
Pasangan itu dikurniakan anak lelaki, Ardy Wira yang kini berusia 1 tahun 5 bulan.
Foto/ Video : Instagram Betty Rahmad
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Pegang Isteri Sendiri, Orang Lain Pula Sakit Hati,” – Babak Dalam MV, Shahir Serah Pada Allah Lawan Sakit Ain
Mahu menyampaikan kisah cinta yang lebih nyata, penyanyi Shahir Zawawi memutuskan untuk menampilkan isterinya, Jaskin Jaludin di dalam muzik video lagu terbaharunya yang berjudul Aksara.
Menurut Shahir, pemilihan isterinya itu juga merupakan salah satu tanda penghargaan bersempena ulang tahun perkahwinan mereka yang kedua.
“Lagu dan muzik video ini memang berkisarkan tentang kisah kami. Ia juga merupakan satu penghargaan buat dia. Malah, ia juga bersempena ulang tahun perkahwinan kami yang ke-2.
“Selama ini, ketika saya melakonkan mana-mana muzik video, saya tak dapat menjayakannya dengan real kerana tak boleh berpegangan dan sebagainya.
“Kali ini saya ingin bawakan sesuatu yang bila orang tengok, ia nampak nyata,” katanya kepada MH.
Juara Akademi Fantasia musim ke-8 itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media lagu Aksara yang berlangsung di Ace Cafe, Kuala Lumpur pada Khamis.
Pada masa sama, Shahir akui dia dan isteri berasa agak janggal untuk sama-sama berlakon di dalam muzik video buat pertama kalinya.
“Saya jarang buat begini. Walaupun kami ini suami isteri, nak bermesra sangat di hadapan orang luar pun tak boleh sangat.
“Namun, saya jalani penggambaran dengan keluarga World Peace Entertainment yang sudah pun begitu rapat. Jadi, janggal itu kurang sedikit,” ujarnya lagi.
Ditanya sama ada dia bimbang dengan penyakit ain jika terlalu menunjukkan kemesraan bersama isteri di khalayak umum, Shahir menegaskan dirinya percaya dengan aturan Allah SWT.
“Tak bolehlah kata begitu. Isteri saya pun ada akaun Instagram. Takkan nak suruh dia tutup pula. Tak mengapalah, kita berdoa sahaja kerana Allah maha pelindung.
“Kalau saya tidak menunjuk sekali pun, jika ada orang berniat jahat, mereka akan buat juga. Yang penting, babak kami itu tidaklah menyakiti hati orang.
“Takkanlah sebab saya pegang isteri sendiri, orang lain pula yang sakit hati,” ujarnya lagi.
Malah, Shahir yang kini bernaung bersama syarikat rakaman, World Peace Entertainment turut mengakui dirinya sudah lali untuk berhadapan dengan kritikan netizen.
“Sejak dahulu lagi, saya sudah biasa dengan hal seperti ini. Saya berpegang kepada kisah Luqmah Al-Hakim dengan anaknya.
“Buatlah apa sekali pun sama ada perkara baik atau jahat, tetap ada yang tak suka. Saya tak boleh puaskan hati semua orang,” akhirinya.
Terdahulu, Aksara merupakan sebuah lagu ciptaan komposer Omar K, Iqie Hugh dan Shahir sendiri.
Muzik video Aksara bakal ditayangkan secara rasmi di saluran Youtube, World Peace Entertainment tepat jam 12 pagi Jumaat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Amir Ahnaf Terkejut Bangun Pagi Tengok Artikel Mengenali Angel – “Saya Minat Dolla Sejak Lagu Pertama Mereka Lagi.”
Pelakon Amir Ahnaf akui terkejut apabila membaca artikel berkenaan hubungannya bersama salah seorang anggota Dolla, Angel, selepas dia hadir menonton konsert sulung ‘girlgroup’ itu di Zepp KL, Sabtu lalu.
Bagaimanapun, Amir atau nama sebenarnya, Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin, 24, tidak menafikan mereka sebenarnya sudah saling mengenali sejak tahun lalu.
“Bila bangun pagi, saya ada terbaca sebuah artikel mengenai perkara itu. Saya hadir untuk menyokong Angel dan saya memang salah seorang peminat Dolla.
“Sejak debut mereka lagi, saya sudah teruja memandangkan kita akhirnya ada girl group yang ada potensi besar untuk kembangkan bakat ke peringkat antarabangsa.
“Siapa lagi yang nak sokong kalau bukan kita. Itu sajalah,” katanya ketika ditemui di majlis Wrap Party Kahar Kapla High Council, di Six In The City, Petaling Jaya, pada Rabu.
Amir turut menjelaskan dia ada menghubungi Angel secara peribadi untuk bertanya mengenai konsert tersebut.
“Kita ada bermesej dan saya tanya bila tarikh konsert. Lalu dia tanya sama ada saya nak hadir atau tidak dan saya memang tidak mahu lepaskan peluang untuk menonton persembahan mereka.
“Macam itu sajalah… as simple as that,” katanya yang turut meminati beberapa buah lagu Dolla seperti Bad dan Classic.
Amir pada masa sama terbuka sekiranya ada rezeki untuk saling bekerjasama dengan kumpulan MPop itu, misalnya menerusi penghasilan muzik video mana-mana single Dolla selepas ini.
Terdahulu, kehadirannya ke konsert sulung Dolla, Dolla Re: Birth The Experience mengundang spekulasi warganet mengenai sejauh mana hubungannya dengan Angel.
Pada malam konsert itu, Amir difahamkan baru saja selesai menjadi model untuk satu acara pertunjukan fesyen di ibu kota sebelum bergegas ke konsert bersama rakan pelakon, Hazeeq Dean.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Risau Terambil Hak Parkir Orang Lain,” – Syahmi Sazli Tutup Gerai Air Balang, Ramai Puji Tak Selfish
Pengarah dan Youtuber popular, Syahmi Sazli mengambil keputusan untuk menutup terus gerai air balang yang diusahakan meski mendapat sambutan yang baik.
Menurut Syahmi, keputusan tersebut dibuat kerana dia bimbang gerainya itu mengganggu ruang parkir di samping beberapa faktor lain.
“Salam semua. Ni ada berita pasal kedai air balang Mi ni. Mengambil kira beberapa faktor antaranya adalah parking (Mi risau terambil hak parking orang lain) dan faktor lain lagi, Mi memutuskan untuk mengakhiri jualan air balang Mi pada minggu ini,” tulisnya.
Pengumuman tersebut dikongsikan pengarah filem Mael Totey The Movie itu menerusi Instagram.
Ulasnya lagi, andai ada rezeki, dia berhasrat untuk membuka semula gerai air balangnya itu di lokasi yang lebih selesa dan strategik selepas ini.
Malah, dia juga turut merakamkan ucapan penghargaannya buat semua pihak yang telah menyokong bisnesnya itu.
“Jadi, last Mi jual adalah esok (Khamis).
Insyaallah ada rezeki depan hari, Mi akan buka dgn kedai yg lebih besar dan selesa.
“Apapun, jangan lupa support filem kedua arahan Mi yang akan ditayangkan di Astro First pada bulan ini. Terima kasih semu yang pernah mengunjungi kedai air balang mi,” tulisnya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat memuji sikap Syahmi yang tidak mementingkan diri sendiri. Antaranya;
“Allahu tak sempat lagi nak try. Semoga dipermudahkan urusan Mi.”
“Kami respek dengan akhlak Mi.”
“Semoga terus maju jaya dalam bisnes.”
“InsyaAllah ada rezeki lain tu.”
“Rezeki tu luas. Nanti buka di tempat yang lebih besar.”
Sekadar informasi, dia memulakan perniagaan berkenaan sejak Ramadan lalu dan atas sambutan menggalakkan, Syahmi meneruskan jualan sehingga hari ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI