Vicha atau nama sebenarnya Refika Novianti Faturohman mendedahkan dirinya pernah menjadi mangsa buli pada zaman remajanya.

Situasi pahit itu terpaksa dihadapi gara-gara penampilannya yang bertubuh gempal, suatu ketika dahulu. Malah jelasnya lagi, tiada lelaki yang mahu mendekati dirinya pada ketika itu.

Positif atas apa yang berlaku, pemenang tempat keempat bersama kumpulan Jborn menerusi program Maharaja Lawak Mega di samping Khir Rahman dan Ijoy bagaimanapun menyifatkan berbadan besar bukan satu kesalahan, malah ia pasti ada kelebihan tersendiri.

View this post on Instagram

Alhamdulillah kami @jbornofficial dapat no 4 dalam pentas #MaharajaLawakMega kalau korang tau yaa betapa saya sangat2 bersyukur dapat masuk ke final kalau saya ingat2 balik last saya masuk final adalah tahun 2012 korang kira sendiri dah berapa lama tu 😁 bukan senang nak buat orang gelak , bukan senang nak hiburkan orang , sketsa 5 menit tu pun boleh fikir sampai berhari2, tapi kami akan selalu usahakan yang terbaik untuk setiap persembahan kami , allah dah aturkan semua jalan cerita hidup kita , kita sebagai manusia hanya bisa berdoa dan berusaha , thank u so much kepada semua yang selalu sokong kami selalu ada dengan kami bagi support pada kami , semoga allah membalas jasa baik korang semua 🤲😭😇 dan kepada orang2 yang selalu hina kami buat fitnah kepada kami saya doakan awak2 semua selalu di lindungi allah swt jangan sampai apa yg awak semua cakap tu berlaku pada anak cucu awak, sebagai manusia kita mesti berhati2 dalam berucap 🤲🙏 dan apabila sekiranya kami banyak salah kami mohon maaf 🙏🙏 #JBORN

A post shared by Vicha_Barbie (Besar&Chubby) (@vicha_barbie) on

“Pengalaman paling teruk sewaktu zaman sekolah, tiada siapa mahu berkawan dengan saya. Tiada lelaki yang mahu rapat. Dahulu pemikiran masyarakat belum terbuka lagi.

“Disebabkan itu kini saya suka berkongsi pengalaman bagaimana mahu membina keyakinan yang tinggi setelah berkali-kali dipijak.

Ads

“Cantik bukan dilihat daripada bentuk tubuh, putih atau hitam. Tidak sama sekali. Semuanya cantik, apa yang penting bagaimana kamu membawa diri.

”Namun dengan syarat, penampilan diri juga harus dijaga. Sikap dan hati juga harus dijaga. Kalau ada yang menghina, biarlah. Kena sentiasa berfikiran positif,” terang Vicha.

Ads

Mahu kekal sihat dan cuba menjadi indvidu yang lebih baik, bintang asal Indonesia ini turut akui pernah melakukan prosedur sedut lemak selain pembedahan gastrik bypass dan sekali gus berjaya mengurangkan berat badan hingga mencecah 30 kilogram.

“Saya pernah menjalani pembedahan gastrik bypass dua tahun lalu dan berjaya mengurangkan 30 kilogram berat badan.

“Saya melakukannya kerana paras gula dalam badan mencapai tahap 22, kini ia kembali normal kepada 5. Selain itu, saya juga pernah melakukan prosedur sedut lemak tapi hasilnya kurang memuaskan.

Ads

“Apa pun, nasihat saya, ia semua bergantung kepada diri sendiri dan disiplin. Harus nekad. Tidak perlu lakukan pembedahan, makan pil diet atau sebagainya. Benar ia membantu, namun semua bergantung kepada nekad,” jelasnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Vicha hadir memberi semangat dan motivasi pada sesi pelancaran Mis Claire demi menunjukkan sokongannya kepada kumpulan wanita Plus Size, baru-baru ini.

Koleksi Mis Claire berkenaan didapati menerusi laman sesawang Mis Claire, butik ataupun di Robinson Kuala Lumpur dengan harga bermula dari RM82.00 sehingga RM120.00.

Foto: Instagram Vicha Barbie

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI