Kumpulan muzik terkenal antarabangsa, Linkin Park membuat kejutan dengan memperkenalkan vokalis baharu mereka selepas 7 tahun kematian Chester Bennington.
Paling menggemparkan, vokalis baharu ini merupakan seorang wanita. Dikenali sebagai Emily Amstrong, wanita berusia 38 tahun itu merupakan bekas vokalis Kumpulan Dead Sara selain mula bermain muzik sejak usia 12 tahun lagi.
Membuat kemunculan sulung penuh bertenaga dalam satu persembahan baru-baru ini. Nyata, vokal Emily cukup sesuai dengan lagu-lagu Linkin Park dan dia meraih komen positif daripada para peminat Kumpulan itu.
Selain Emily, kumpulan itu juga turut memperkenalkan pemain dram baharu, Collin Brittain. Mike Shinoda, salah seorang ahli Linkinpark berkongsi dalam satu kenyataan mengenai dua figura baharu dalam kumpulan mereka itu.
Ads
“Semakin banyak kami bekerja dengan Emily dan Colin, semakin kami menikmati bakat bertaraf dunia mereka, kehadiran mereka dan perkara yang kami cipta.
“Kami berasa benar-benar diperkasa dengan barisan baharu ini dan muzik baharu bertenaga yang dihasilkan bersama,” jelasnya
Ads
Kumpulan ini akan melancarkan album baharu yang diberi judul From Zero pada 15 November akan datang. Album tersebut melambangkan simbolik masa lalu, kini dan akan datang Linkin Park.
Ads
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Nabila Huda ada memuat naik beberapa keping foto sedang meluangkan masa bersama suami dan anak yang turut disertai ahli keluarga mertua.
Nabila yang mengisi musim cuti dengan berliburan di sebuah destinasi pelancongan di Negeri Sembilan bagaimanapun menjelaskan, momen tersebut amat bermakna kerana ia menjadi percutian pertama bersama selepas 5 tahun berkahwin.
“Haa tu dia my mom in law, sis in law and brother in law. Kalau korang nak tau, this is our 1st vacay together after 5 years berkahwin.
“Kesian kan keluarga mertuaku dapat menantu Nabila Huda asyik busy, busy, busy…,” tulis bintang Munafik ini jujur.
Nabila telah mendirikan rumah tangga dengan Zaidy Zailani pada tahun 2008, namun berpisah dua tahun kemudian.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak perempuan bernama Keisha Laila, 8.
Selepas itu, Nabila berkahwin bersama Mohd Izwan pada Disember 2015.
Foto : Instagram Nabila Huda
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Hael Husaini akui turuja selepas berpeluang untuk berkolaborasi bersama ‘girl group’ popular negara, Dolla bagi merakamkan lagu raya terbaru yang berjudul, Suara Lebaran Kita.
Menurut Hael, pada tahun ini, dia memutuskan untuk membuat sedikit kelainan dengan merakamkan lagu raya secara berteman dan bukan solo seperti tahun-tahun sebelumnya.
“Jika sebelum ini, lagu raya saya selalunya keseorangan tetapi kali ini saya hendak ‘berteman’ pula.
“Jadi, saya menyapa DOLLA di media sosial dan mereka memberi respon baik. Terus saya katakan ‘hello, jom masuk studio!’,” katanya kepada MH.
Pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-32 itu turut menambah, dia rakan komposer, Ezra Kong juga telah pun menerapkan elemen pop yang sememangnya sudah sinonim dengan Dolla.
“Lagu ini saya ciptakan bersama-sama Ezra Kong dan kami ada memasukkan elemen K-pop yang sememangnya sinonim dengan DOLLA tetapi telah ‘dimelayukan’.
“Pendengar harus mendengarnya sendiri,” tambahnya lagi.
Dalam pada itu, salah seorang anggota kumpulan Dolla, Sabronzo pula memberitahu, dia dan seluruh ahli kumpulannya berasa amat terkejut selepas pertama kali mendengar mengenai tawaran kolaborasi tersebut.
Katanya lagi, mereka juga tidak mengambil masa yang lama untuk merakamkan lagu raya ini kerana mendapat bimbingan secara professional daripada Hael dan Ezra.
“Sudah tentunya kami sangat teruja dan terkejut apabila artis sehebat Hael ingin berkolaborasi dengan DOLLA.
“Single ini merupakan lagu Raya kedua dari DOLLA dan pertama kalinya berkolaborasi dengan artis lain.
“Kami serasi bekerja dengan Hael dan Ezra kerana ada ‘chemistry’. Proses rakaman di studio mengambil masa selama 5 jam sahaja disebabkan bimbingan mereka berdua yang sungguh profesional.
“Walaupun lagu ini agak berbeza dengan genre yang biasa kami bawakan, namun melodinya mengasyikkan, unik, dan ‘quirky’,” kongsinya.
Tambah Syasya, dia menyifatkan Aidil Fitri pada tahun ini sebagai detik yang paling istimewa kerana ini merupakan kali pertama Dolla dapat menyambut hari raya bersama sebagai satu kumpulan.
“Pada tahun ini, saya dan Sabronzo bercadang mengajak Tabby dan Angel beraya di rumah kami kerana tidak dapat berbuat sedemikian sebelum ini.
“Selain itu, Dolla dan Hael berharap agar peminat-peminat kami #iDOLLA dan #Haelers sukakan single Raya ini kerana mesej kegembiraan dan kebersamaan yang ada di dalamnya, semoga Raya pada kali ini memberi seribu keberkatan dan makna buat kita semua,” akhirinya.
Terdahulu, lagu Lagu Lebaran Kita ini merupakan sebuah projek kerjasama diantara dua label hiburan popular tanah air Rocketfuel Entertainment dan Universal Music Malaysia
Lagu Lebaran Kita kini sudah boleh didengari diseluruh platform penstriman manakal muzik videonya pula boleh ditonton di saluran YouTube Rocketfuel Network.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Hael Husaini & Dolla
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...